Dilantik ketua siapa semua hamba,
12 rumah Yahud bangsa mereka,
Bawakan kami ke tanah merdeka.”
Patutnya dibunuh tapi Firaun leka,
Terlepas dibesarkan di dalam istana,
Penyelamat kita dari hidup merana.”
Tak sangka dulu ku timangnya di atas riba,
Bagai ahli sihir dia penyilat mata,
Aku boleh matikan dia bila-bila masa.”
Aku mahu lihat Tuhan Si Bodoh ini,
Tak nampak pun batang hidung Tuhan yang lembik,
Tuhan ku hamba dah lari menteri ku bertempik.”
Ke tanah sendiri yang dijanji,
Ikut anak angkat Raja Nabi kami,
Dikejar tenteranya jadi kita lari.”
Kejar di hamba kepunyaan Tuhan kami,
Depan ada laut hey mana mahu lari,
Tuhan kami akan tewaskan Si Nabi.”
Firaun dan tentera mengejar menyerang,
Dinding air runtuh mereka kabur kelam,
Cuba berenang dipaksa menyelam.”
Yang mulanya surut sekarang sudah pasang,
Dah tiada pilihan apa boleh buat,
Terpaksa aku akui Tuhannya lagi hebat.”
Tombak dan pedang, masih di dalam genggam,
Kami terus berjalan pagi petang siang malam,
Mencari halaman untuk bercucuk tanam.”
40 tahun dalam perjalanan.”
Maksud: Bani Israel yang degil ini sering membantah arahan nabi Musa sehingga mereka dihukum sesat di semenanjung Sinai selama 40 tahun lamanya. .
Membelah lautan dengan tongkatnya.”
Maksud: Bani Israel sedang menuju kegemilangan setelah dibebaskan dari perhambaan Firaun di Mesir hasil bimbingan Nabi Musa yang membawa cahaya Tauhid. Baginda membelah lautan dengan tongkatnya.
Yang karam bersama kesumat dan dendam.”
Maksud: Sepertimana yang termaktub dalam al-Quran, Firaun yang tenggelam itu pasti akan menghuni neraka. Dia karam dalam keadaan hatinya berlumuran dengan pebagai sifat kefasikan.
Maksud: Sememangnya, ayat dalam lirik ini amat tepat sekali. Masih sehingga kini, para pengkaji sejarah Mesir purba, sejarah Bani Israel sama ada dari kalangan pendeta Judaism mahupun ulama Islam sendiri tidak sependapat dalam...