, 18 tweets, 4 min read
My Authors
Read all threads
"Mutasi Genetik Bajau Laut"

Salah satu masyarakat yang masih mempunyai keupayaan untuk melalui proses evolusi baru-baru ini adalah kaum Bajau Laut, yang kebanyakkan mereka menetap di atas rumah bot di perairan Sabah. Kemahiran superhuman menyelam mereka.

Oleh: Illzano Sharky
Kaum ini dikatakan mempunyai keupayaan yang mengatasi manusia biasa dalam satu aktiviti yang dinamakan sebagai freediving. Kemahhira freediving Bajau Laut mengatasi keboleh manusia biasa sekaligus menimbulkan kagum saintis.
Sebelum itu, mari kita lihat secara asasnya, apa yang berlaku apabila kita menyelam. Manusia, spesis yang tergolong dalam kumpulan mamalia akan mempunyai refleks menyelam (diving reflex) sebaik sahaja bahagian muka kita terkena air.
Terdapat beberapa perubahan dalam fungsi fisiologi tubuh badan kita iaitu:

1. Penurunan kadar denyutan nadi - hal ini berlaku bagi menjimatkan tenaga dan oksigen yang digunakan oleh jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
2. Pengecutan salur darah di bahagian extremities (peripheral vasoconstriction) - hal ini adalah untuk mengalihkan pengumpulan darah yang mengandungi oksigen ke bahagian tengah badan, di mana organ-organ utama dijadikan sebagai keutamaan untuk dibekalkan dengan darah.
3. Pengecutan organ limfa - limfa (spleen) merupakan organ yang menyimpan sel darah merah yang mempunyai oksigen yang tinggi selain daripada fungsinya yang menapis darah. Pengecutan ini akan meningkatkan lagi kadar oksigen ke dalam badan kita.
Daripada itu, kita dapati untuk orang biasa, puratanya, seseorang itu mampu menahan nafas selama 45 saat. Selepas itu, badan kita akan mulai mengalami beberapa gejala akibat kekurangan oksigen dalam darah iaitu hypoxaemia (hypo - rendah, oxa - oksigen, aemia - di dalam darah).
Jadi, apakah kelainan yang terdapat pada masyarakat Bajau Laut? Para saintis dan pakar genetik menjalankan ujjan dan mendapati bahawa terdapat 25 gene yang berbeza di antara mereka dengan kaum yang terdekat dengan mereka yang tinggal di darat. Fokus dua dalam thread ini.
Yang pertama adalah gene bernama PDE10A. Gene ini berkaitan dengan penghasilan hormon tiroid yang bernama thyroxine (T4) yang berkait rapat dengan saiz spleen.
Hasil daripada penghasilan hormon ini dengan tinggi menyebabkan rata-rata masyarakat ini mempunyai saiz limfa yang lebih besar daripada orang biasa, iaitu sebanyak 50%. Hal ini disahkan dengan ujian ultrasound yang dilaksanakan kepada mereka.
Saiz limfa yang besar mempunyai kapasiti untuk menyimpan sel darah merah yang kaya dengan oksigen, menjadikan peningkatan sebanyak 10% kandungan oksigen di dalam badan mereka ini.
Gene yang kedua yang mempunyai perubahan bernama BDKRB2 yang berkait ramat dengan saiz lumen salur darah mereka yang terletak di extremities. Hal ini akan memaksa lebih banyak darah untuk ke tengah badan, yang menjadi sebagai salah satu diving reflex seperti yang dinyatakan tadi.
Mutasi genetik ini menjadikan mereka superhuman, di mana kebanyakkan mereka mampu untuk menahan nafas selama 12 minit dan mampu untuk menahan kesan tekanan tinggi di dalam air yang membolehkan mereka berada pada kedalaman 70 meter tanpa mempunyai apa-apa masalah.
Mutasi genetik ini menjadikan mereka superhuman, di mana kebanyakkan mereka mampu untuk menahan nafas selama 12 minit dan mampu untuk menahan kesan tekanan tinggi di dalam air yang membolehkan mereka berada pada kedalaman 70 meter tanpa mempunyai apa-apa masalah.
Jadi, inilah antara perubahan yang menakjubkan hasil daripada kehidupan mereka yang tinggal di atas bot selama lebih 1000 tahun disamping mereka menggunakan 60% daripada masa mereka bekerja di dalam laut, iaitu memburu ikan, dan mengutip hasil laut.
Saya amat kagum dengan kemahiran dan daya ketahanan badan mereka, dan saya masih ingat pengalaman saya yang sedang menyelam menggunakan pelbagai alat seperti full face dive mask, spare tank dan regulator beserta alatan lengkap untuk menyelam.
Hanya kemudiannya disapa oleh kaum ini pada kedalaman 38 meter di mana mereka hanya berseluar pendek dan memakai goggle yang mereka buat sendiri sahaja.
Geram melihat kehebatan mereka dan pada masa yang sama, amat kagum memerhatikan perubahan pada badan mereka, hasil daripada evolusi genetik mereka yang menjadikan mereka luar biasa.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!