, 16 tweets, 3 min read
My Authors
Read all threads
"Betul Ke Parameswara Tu India?"

Selain Hang Tuah itu Cina, mitos sejarah yang popular yang terutama dipeluk sebilangan kecil masayrakat India ialah mereka percaya pengasas Melaka itu seorang berbangsa India/Tamil, lebih dasyat dikatakan berasal dr India.

Oleh: Helmi Effendy
Thread ini dirangkai untuk menjawab tuduhan jahat dibawah yang cuba mengatakan bahawa Parameswara berketurunan India.
Hakikatnya walaupun Parameswara memakai nama Sanskrit yang bermaksud Tuhan Yang Esa namun baginda tetap seorang Raja yang berketurunan Melayu. Setakat ini tiada bukti bahawa baginda merupakan orang India . Keturunan baginda sangat jelas iaitu daripada Sang Sapurba dr Palembang.
Perlu diketahui bahawa pada zaman tersebut, orang Melayu masih mengganut agama Hindu/Buddha. Tak hairanlah kalau mereka mengambil nama berbaur Sanskrit seperti mana orang Melayu Islam hari ini bernamakan Bahasa Arab. Jadi, berhujah hanya pada nama sahaja tak cukup.
Dalam tradisi klasik Melayu, Parameswara dikatakan daripada keturunan Iskandar Zulkarnain dari Macedonia yang dari keturunannya melahirkan raja-raja Melayu yang memerintah Alam Melayu.
Menurut Sejarah Melayu, Paramesawara merupakan Raja Temasik yang keempat. Kerajaan Temasik atau Singapura telah diasaskan oleh Sang Nila Utama sekitar tahun 1324M. Sang Nila Utama telah memerintah Singapura dari tahun 1324M-1372M.
Selepas baginda mangkat, Kerajaan Singapura telah diambil alih oleh putera baginda yang bernama Paduka Sri Pekerma Wira Diraja ( Raja Kechil Besar ) dari tahun 1372M-1386M. Selepas itu, Paduka Seri Rana Wira Kerma telah menjadi raja dan memerintah dari tahun 1386-1399M.
Raja terakhir Temasik ialah Paduka Sri Maharaja Parameswara yang memerintah dari tahun 1399M-1401M sebelum terpaksa melarikan diri selepas serangan Majapahit ke atas Singapura.
Selepas itu, baginda telah mengasaskan Empayar Melayu Melaka. Kisah terkenal melibatkan baginda ialah baginda terlihat anjing perangnya ditendang oleh seekor pelanduk. Baginda mendapat ilham untuk menubuhkan negara ditempat baginda duduk. Nama pokok sempena pohon baginda rehat.
Menurut versi Suma Oriental pula, Parameswara merupakan anak kepada Raja Sam Agi dari Kerajaan Palembang. Semasa Majapahit semakin lemah, Parameswara telah mengambil kesempatan untuk membebaskan Palembang daripada kekuasaan Majapahit.
Baginda telah mengisytiharkan dirinya sebagai Mjuera yang bermaksud “orang yang berani” untuk mencabar Majapahit. Betara Tamavil  (Wikramardhana) dari Majapahit telah mengarahkan tenteranya untuk menyerang Palembang.
Ternyata, kekuatan Majapahit masih berbisa dan tidak mampu ditandingi oleh Palembang sehingga menyebabkan, Parameswara melarikan diri ke Temasik. Di Temasik, baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil Siam dan kemudian menjadi pemerintah Singapura yang baharu.
Siam yang mengetahui peristiwa pembunuhan Temagi tersebut telah mengarahkan tenteranya untuk menyerang kedudukan Parameswara di Temasik sehingga menyebabkan Parameswara terus melarikan diri ke utara dan mengasaskan Kerajaan Melaka.
Walaupun mempunyai naratif yang berbeza, namun Sejarah Melayu dan Suma Oriental sebenarnya mempunyai persamaan secara tidak langsung dimana mereka bersetuju bahawa Parameswara merupakan keturunan daripada Palembang
Tidak ada satu pun kenyataan dari sejarah, sama ada daripada sumber orang Melayu atau Portugis yang mengatakan bahawa Parameswara berasal dari India. Jadi hentikanlah rapuan merepek ini, dan belajar sejarah dari sumber yang benar.
Thread lain akan dibuat untuk menjawab pertuduhan lain ke atas sejarah dan identiti orang Melayu seperti budaya dan bahasa Melayu. Nantikan!
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!