My Authors
Read all threads
Antara CGPA dan kemahiran, dalam industri teknologi. Mana yang perlu diutamakan?

Pada pendapat aku la kan, dalam dunia IT ni, aku lebih suka utamakan kemahiran.

Mungkin ada yang tak setuju dengan aku bila baca first tweet ni, tapi jemput baca bebenang ni sampai habis.
Rasanya isu ini agak sensitif, kalau salah tulis ni boleh jadi kena backlashes 😂

Mungkin dah ramai kupas isu ni secara umum – graduan takde kerja sebab takde skills lah, apa lah, memacam.

Tapi dalam bebenang ni aku khususkan untuk bidang teknologi.
Selepas habis alam universiti, secara umumnya seseorang tu akan pilih salah satu jalan ni:

1. Jadi bos untuk diri sendiri (usahawan).
2. Bekerja dengan syarikat.
3. Menganggur.
4. Sambung belajar (academician)

Sebenarnya, jalan 1 & 2 sangat memerlukan kepada kemahiran anda.
Manakala untuk jalan ke-3 pula, semoga Allah buka jalan untuk mereka sama ada pada jalan 1, 2 atau 4.

Kita tak boleh terus conclude diorang takde kemahiran ataupun CGPA rendah. Boleh jadi diorang kuat salah satu, tapi belum ada rezeki.
Sekarang ni kita taknak diskus pasal menganggur. Kita nak diskus pasal jalan pertama, kedua dan keempat.

Di akhir bebenang ni aku akan buat kesimpulan.
1. Technopreneur.

Nak jadi usahawan (technopreneur) dalam bidang IT ni dah tentu memerlukan kepada kemahiran terutamanya programming.

CGPA kurang bagus pun tak terkesan sangat. Kalau kemahiran ada, inshaAllah boleh la bawak diri.
Let's take this case; bayangkan korang nak buka bisnes web design.

Pada fasa awal ni, mungkin korang nak mulakan sendiri-sendiri dulu sebab capital tak ada untuk gajikan/outsource talent luar bukan?
Rata-rata bisnes pada awalnya memang macamtu. Kau lah promoter, kau lah yang buat servis tu sendiri, kau yang buat semua.

Kalau ada rakan kongsi pun, masih lagi korang kena buat semuanya sendiri kan?
Bayangkan kalau design skills kelaut. Basic web programming pun kosong. Macamana nak provide servis kat orang?

Nak hire orang? Kalau ada capital silakan, tapi kalau takdo?
Maka kalau nak tempuhi jalan pertama ni, nak tak nak, memang korang memerlukan kepada kemahiran tertentu sesuai dengan venture korang.
2. Bekerja dengan syarikat.

"Banyak company tengok CGPA dulu.. CGPA ni first impression je.." okey la. Aku setuju, tapi tak 💯%.

Kita ni dari kecik lagi dibesarkan dengan mazhab "belajar rajin-rajin, score exam, dapat kerja besar".
Bagi aku, mazhab ni agak tradisional untuk dapatkan kerja. Cuma ia mungkin masih terpakai lagi kot untuk industri lain.

Tapi untuk industri IT ni lain sikit tau. Kebanyakan kerjaya dalam industri kita ni berteraskan kemahiran.
Contoh situasi; sorang ni namanya Pudin. Dia pandai, jadi dia nak minta kerja sebagai Software Engineer kat Syarikat A.

It's totally fine kalau nak bergantung secara total kepada CGPA tinggi dengan kemahiran yang minimum.

Memandangkan dia pandai, dia dipanggil untuk interview.
Dalam masa yang sama, Fakhri pun minta role yang sama juga kat Syarikat A. CGPA Fakhri bese-bese je, tak gempak pun. Pudin jauh lagi pandai dari dia.

Tapi kemahiran Fakhri ni gila-gila punya. Pengalaman dia bekerja sambilan dalam bidang software ni memang boleh naik ke langit.
Bila Syarikat A panggil diorang ni interview, memang benar nampak Fakhri lebih matang & berpengalaman bila bercakap tentang software.

Fakhri boleh terangkan secara terperinci stacks dia guna untuk buat sistem itu dan ini.
Mungkin sukar untuk menolak kedua-duanya. Tapi jawatan Software Engineer hanya untuk sorang je.

Kalau ambik Pudin, nak kena train dia dari zero. Kalau ambik Fakhri, kita boleh ringkaskan training.

Dan secara tiba-tiba Fakhri precedes Pudin dalam hiring decision syarikat.
Faham tak situasi yang aku cuba sampaikan ni? Tu contoh jelah, tapi dalam realiti memang lebih kurang macamtu.

Kalau aku recruiter atau CTO atau CEO syarikat pun, terasa sukar nak menolak orang yang ada skills dan experience ni berbanding yang sebaliknya.
Dalam resumé aku, aku tak letak langsung pun berapa CGPA aku kahkah. Aku cuma beratkan kat skills dan experience. Kalau korang tengok, memang aku padatkan dalam satu page.

Dulu aku pernah la letak resumé kat profile LinkedIn. Yela, mana tahu ada kerja lumayan ke kan? Hahahah.
So far aku memang tak pernah cari kerja, tapi banyak recruiter & even CTO sendiri yang offer kerja. Sejujurnya tak sempat nak reply semua huhu.

Mungkin situasi ni normal untuk orang lain juga kot, entah la. Bukan boast diri sendiri, hanya kongsi pengalaman peribadi aku je.
Sebenarnya aku decline semua offer sebab aku lebih cenderung kepada technopreneur dan memang ada kerja.

Dalam bebanyak recruiter tu taktau la ada scam ke apa, wallahu a'lam sebab tak pernah accept.

Tapi aku rasa tak kot, sebab yang aku reply, diorang ok je tak memaksa pun.
Rupa-rupanya kerjaya IT ni tak letak CGPA dalam resumé pun berderet ja orang offer peluang kerja, asalkan ada kemahiran dan pengalaman.

Aku kongsi ni pun sebab aku rasa mungkin korang boleh cuba sendiri kot cari pengalaman sebanyak mungkin waktu study.
Aku berulang-ulang kali tekankan (even dalam bebenang aku sebelum-sebelum ni pun) supaya korang explore apa patut dan cuba timba pengalaman walaupun masih belajar.

Macamana nak cari pengalaman pun aku dah banyak kali tulis sebelum ni, cari ja dalam kompilasi thread aku.
4. Ahli akademik

Ini mungkin sesuai untuk mereka yang suka belajar dan skor setiap kali exam. Sebab biasanya nak sambung belajar ni pointer tu penting.

Walaubagaimanapun, minta maaf kalau ada pensyarah yang terasa dengan apa yang anda bakal baca lepasni.
Bagi aku pensyarah seronok dirujuk adalah pensyarah yang ada pengalaman industri dalam bidang kepakaran dia.

Betul. Sebab pensyarah ni tak terikat sangat dengan buku. Kalau terlalu terikat dengan buku ni sukar sikit, especially bila pelajar nak rujuk real world scenario.
Mostly dia tak dapat nak explain dengan baik. Sebab kekadang agak berbeza teori yang termaktub dalam kitab-kitab tebal IT tahun 2008 dengan real world application.

Pengalaman developer sebenar tak sama dengan pengalaman pensyarah yang tak pernah develop apa-apa seumur hidup.
However, this mostly applicable to lecturers who teach practical subjects, not to theoretical ones.

Biasanya kalau diorang ajar subjek teori, diorang memang power untuk dirujuk.
Point kat sini adalah, kalau korang berniat nak sambung belajar untuk jadi pensyarah yang mengajar subjek praktikal, mungkin korang perlu kepada pengalaman industri.

Pendapat aku kalau korang bagus dalam teori, maka teruskan.
KESIMPULAN

Pendapat aku, dalam mengejar CGPA, janganlah korang lupakan skillsets. Dan dalam mengejar skillsets jangan pula korang abaikan CGPA.
Kalau nak mintak kerja tapi CGPA lemah pun tak best juga walaupun pengalaman banyak. Sebab nampak tak seimbang.

Bimbang juga orang kata kita ni pemalas belajar ke apa.
Dan dalam kejar CGPA jangan la pulak lupa untuk kumpul skills dan pengalaman. In most cases, sistem peperiksaan ni banyak uji kemampuan kita mengingat/menghafal.

Dalam periksa, tak boleh Google, tak boleh bawa rujukan. Semuanya kena hafal. Sapa kuat menghafal boleh la score.
Tapi kalau hafal untuk exam je, biasanya lepas exam tu kita lupakan je benda kita hafal. Jadi? Apa function dia?

Lagipun dalam real world, tengah coding tu kalau ada masalah CONFIRM kita Google punyalah! 😂

Hafal apakebenda? Kahkah.
Tapi aku nasihatkan, kalau nak acquire kemahiran dan pengalaman, kekalkan 3.0 ke atas pun ok kot, given that you have skills & experience.

Kalau pengalaman takde, kemahiran takde pointer pulak rendah, bimbang impression orang kat kau sebagai pemalas. Susah nanti.
Apa-apa pun, this is merely my view based on my personal experience. Orang lain mungkin berbeza pendapat, dan aku raikan je pendapat orang lain.

Kalau ada manfaat boleh ambil, kalau tak bermanfaat tinggalkan.
Thank you for reading and stay tuned.

Follow to read more upcoming topics regarding CSIT inshaAllah.

Read other threads here:
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Omar Mokhtar عمر

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!