, 51 tweets, 12 min read
My Authors
Read all threads
Waktu awal degree dulu, laptop aku rosak. Mak ayah aku tak mampu nak beli baru. Aku pun segan lah nak minta.

Kemudian aku nekad untuk cari duit sendiri. Akhirnya, laptop dapat beli dan berjaya buat beberapa puluh ribu ringgit dengan benda aku suka, coding.

[THREAD]
Tujuan aku tulis ni bukanlah untuk bangga diri atau apa. Dan bukan pula untuk kata aku berjaya. Aku tulis ni mungkin boleh beri manfaat sedikit sebanyak kepada yg membaca.

Mungkin ada antara korang yg masih belajar. Takde duit? Kita semua mungkin pernah sesama merasa 😢
Dulu aku pernah tulis sekali tapi tak detailed dan aku dah delete. Tapi haritu ada orang tanya macamana nak buat freelance web/app dev. Jadi, aku tulis balik la kat sini.

Kalau bebenang ni bermanfaat untuk korang, share, RT dan like lah ye hehe.
Sepanjang bebenang ni, aku akan share pengalaman hidup dan macamana aku guna kebolehan aku untuk buat income waktu study. Aku akan selitkan jugak tips sikit berdasarkan sudut pandang aku. Moga bermanfaat.

⚠️ PENAFIAN: ini bukan bebenang tips kewangan atau tips menyimpan tau!
Bagi pelajar software macam aku, laptop adalah satu benda penting. Namun, aku bukan datang dari keluarga senang.

Arwah ayah aku masa tu kerja supervisor pembinaan dan mak aku kerani sekolah saja.

Jadi, nak beli laptop baru tu bukannya senang. Aku ada adik tengah sekolah lagi.
Aku bukan nak kata aku ni baik sangat ke apa, tidak. Tapi ada la perasaan taknak susahkan mak ayah. Aku anak laki. Bila aku bagitahu laptop aku rosak, aku down teruk.

Masa tu, mak aku offer nak hantar repair tapi aku tolak. Sebabnya motherboard yg rosak & laptop tu dah 10 tahun.
Kalau repair laptop tu pun, nanti akan ada problem lain pulak. Taknak bazir duit parents untuk benda tu. Aku fikir, lebih baik guna untuk benda lain yang lebih penting; contohnya bagi duit untuk adik aku yang tengah sekolah.

Aku? Aku takpa, ada la PTPTN walaupun sikit hahaha.
Aku hilang semua kerja yang aku buat sejak umur 14 tahun kat laptop tu. Sedih, dah takdak kenangan. Yang tinggal cuma skrinshot kat Facebook ja 😂

Masa rosak tu juga, aku tengah develop e-commerce system, banyak progress yang tak sempat backup. Hilang camtu je.
Dah la laptop rosak, kerja penting hilang. Orang kecewakan kita. Pastu duit dah habis pulak.

Hidup dengan PTPTN kat KL ni banyak mana lah sangat. Yuran universiti saja dah RM2k, PTPTN cuma lebih kurang RM3k satu sem.

Tolak itu ini, pertengahan sem duit dah habis dah 🙂
Bila duit PTPTN habis, terpaksa mintak daripada parents. Mak aku transfer duit dengan pesanan "berjimat naa, habis gitau" 😂

Tahu kan, perasaan berat nak mintak duit kat parents tu camna. Rasa macam kita ni beban, lelagi bila fikir macamana depa nak cari duit untuk kita 😢
Dapat duit aku berjimat lah. Gunakan duit mak bagi tu untuk makan je. Takdak awek, tak dating, jimat! Alhamdulillah cukup makan dan tak jemu makan benda sama 😌

Baju baru? Seluar baru? Kasut baru? Teringin tu ya, beli tu tak mampu la. Aku pakai kasut lama yg dah koyak tapak ja.
Sepanjang degree, alhamdulillah aku tak pernah la ikat perut. Tapi sebelum tu di matrik, ya. Sehari sekali ja aku makan nasi, malam makan roti.

Ada masa tu makan Maggi ja 3 hari berturut-turut sampai sakit perut. Buat gitu sampai kurus kering, akhirnya cuma tinggal 42kg ja 😂
Aku yakin, rezeki itu sentiasa ada yg Allah nak beri. Dia dah bagi jaminan dah pun kat dalam Surah Hud ayat 6.

Setiap kesusahan juga pasti ada kesenangan. Ini pun Allah dah tegaskan dalam Surah Al-Insyirah ayat 5-6.

Jadi sampai bila aku nak rasa down? Aku nak beli laptop baru!
TURNING POINT.

So itu turning point aku. Aku fikir, "aku pandai coding, why not aku freelance?"

Aku minta nasihat dan tunjuk ajar daripada sifu-sifu dan mereka yang lebih berpengalaman. Bila kita berborak dengan orang yang ada visi, secara tak langsung kita pun akan berkobar!
Nasib baik mak aku ada satu laptop biasa. Aku minta pinjam dulu, dan gunakan laptop tu fully untuk cari duit. Then iklankan servis kat media sosial, develop web sendiri & tulis blog.

Pada awalnya agak susah la nak cari klien, audiens aku tak ramai. Impressions tak banyak.
Dari total impressions post kita tu, hanya berapa percent sahaja yang engage dengan kita. Dalam engagement tu pulak berapa percent ja yg kita berjaya close deal.

Secara istilahnya, ia dipanggil sebagai sales funnel. Nak mula bisnes web/app dev ni, takyah agresif sangat pun takpa
Sebab dapat close satu projek dalam sesuatu masa tu pun sudah memadai. Beribu dah boleh dapat bossque 😂

Katakan engagement rate kau biasanya <1%. Then make sure impressions korang 1k ke atas. Katakan ada 3 orang engage korang. Make sure close at least satu, tak perlu banyak.
Kau tak perlu main volume pun sebab kau bukan jual produk kosmetik, kau jual servis web/app development, sorang pulak tu. Benda ni makan masa untuk deliver.

Jadi, nak close banyak-banyak pun buat apa? Tak menang tangan nanti kau nak buat sorang hahaha.
"Impression saya 60 orang je satu post, cane? 😢"

Mintak/bayar la influencer RT. Kalau kat IG mintak/bayar la diorang post. Nak target specific consumers? Guna Google Ads, FB Ads.

Aku taknak tulis pasal ads kat sini. So kalau nak tahu lebih lanjut, mintak tunjuk ajar pakar ye.
PORTFOLIO.

Job pertama aku, dapat rekemen dari kawan, WordPress saja. Biasanya job pertama ni susah sikit close. Sebab rata-rata syarikat nak tengok hasil kerja yg lepas. Inilah masalah dia. Most beginner takdak portfolio.

Nak atasi masalah ni, ada dua cara korang boleh buat:-
1. Bekerja untuk diri sendiri

Develop website/projek sendiri dulu. Web make sure guna domain la (.com). Nak tunjuk kepakaran lagi, design sendiri cecantik.

Aku develop side projek cecantik sebelum tackle klien pertama. Diorang mintak portfolio, aku bagi tu je. Close deal terus.
2. Yakinkan prospek yang korang boleh deliver projek tu.

Propose la prototype design untuk diorang, jangan bagi quotation kosong je. Tapi make sure korang boleh deliver la design tu, jangan buat pepelik pastu waktu nak develop tak reti ataupun tak proportional dengan harga 😅
GOING PRO.

Hasil dari projek pertama, aku invest pada laptop yang sesuai dengan aku. Goal nak beli laptop dah tercapai. Tapi takkanlah nak berhenti kat situ saja kan? 😯

Aku teruskan, tapi kali ni dengan niat nak buat lebih banyak income. So aku invest kepada laptop high-end.
Aku yakin investment aku pada Macbook Pro bukan satu pembaziran. Sebab dengan benda ni, aku rasa aku boleh belajar banyak benda dan generate lebih banyak income.

Kalau nak invest ke laptop, biarlah berbaloi dan make sure kau tahu apa kau buat. Ini kenapa aku consider MBP ☺️
Dan ia memang bebetul berbaloi. Sebelum ni aku tackle projek kecik macam WordPress (atas limitasi laptop), kemudian aku open untuk bina sistem web, Android & iOS apps.

Dengan skills dan alatan baru, income pun meningkat dari 2k, 6k, 10k kepada 20k+ per project. Alhamdulillah.
Walaupun impression media sosial kau sedikit, kau jangan ingat benda post kau tu tak bermakna. Marketing mulut-ke-mulut pun masih valid tau.

Contoh, korang punya post dilihat oleh A. Satu hari, Company B tengah cari developer, so Company B tanya A. Tiba-tiba A teringat kau.
Sebab tu aku tak lupa untuk post hasil kerja dekat IG story, sometimes kat Twitter dan Facebook. Kalau orang kata kau show off ke apa, pedulikkan la. You know what you're doing 😌

Kalau bab kerja gini, memang kena show off sikit. Jangan sembunyi. Bunyi macam kelakar tapi betul.
Kalau korang jenis sembunyi-sembunyi, macamana orang nak tahu capabilities korang? Orang bukannya ada mejik boleh tahu korang developer.

Tapi limit pada beberapa keadaan la. Janganla expose business model dan rahsia-rahsia klien tanpa kebenaran pulak. Ada benda ok, ada tak ok.
NAIK TURUN.

Perlu ingat, freelancing ni fluctuates dan sangat uncertain. Dalam erti kata lain, ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Ada masa kita ada duit, ada masa kita tak ada duit.

Walaupun dapat projek beribu-ribu, kadang-kadang kita tak dapat duit tu instantly.
Kadang-kadang klien kita delay bayaran. Kadang-kadang atas faktor produktiviti dan faktor-faktor lain yang kita tak dapat kawal.

Tambahan lagi kalau anda seorang student. Nak belajar lagi, exam lagi. Jadi banyak la cabarannya.
Tapi point yg aku paling down sekali adalah bila arwah ayah aku meninggal. Dia banyak bagi moral support. Berbulan juga la aku down.

Sebenarnya, aku mimpi aku dapat berita ayah aku meninggal. Tapi aku abaikan sebab itu cuma mimpi. Tapi dia memang bebetul pergi 2 minggu kemudian.
Kematian tu datang pada ayah aku sendiri. Aku di sebelah dia saat-saat terakhir. Kami mandikan, kafankan dia. Aku imamkan solat jenazah.

Waktu solat jenazah tu, aku tak dapat tahan. Yang terbaring kat depan aku tu ayah ku sendiri. Allah je tahu betapa sempitnya terasa dada ni.
Satu hari tu, duit dalam bank cuma tinggal RM50. Nak survive macamana? Nak balik kampung (cuti panjang) pun tak lepas nak bayar tiket.

Terduduk aku. Taktahu nak buat apa, taktahu macamana nak describe. Aku dapat sumbangan, beratus jugak la. Aku bagi semuanya kat mak aku.
Bayangkan, duit dahla takdak, tetiba dapat sumbangan, pastu nak kena bagi semuanya kat mak. Rasa berat tak? Sebagai seorang manusia biasa, mestilah aku rasa berat la hahah! 🤣

Tapi aku bagi jugak kesemuanya. Aku fikir mungkin Allah nak ganti dengan rezeki yg lebih baik.
Allah itu Maha Pemurah. Bila down, mintaklah bersungguh-sungguh daripada Dia. InshaAllah Dia akan bagi apa yang hambaNya minta.

Aku malu nak mengaku tapi.. aku menangis solat hajat minta pada Allah moga diberikan rezeki dan dipermudahkan urusan.
Tak lama lepas tu (tak ingatlah berapa lama, tapi shortly after that), ada WhatsApp masuk.

"Salam Omar, kami nak buat sekian sekian.. budget kami RM1.5K, boleh?"

Bukan itu saja, Allah bagi lagi projek lagi besar lepas setel yang RM1.5K tu. Tanpa promo dan tanpa marketing.
Aku langsung tak buat marketing apa-apa pun, website pun dah lama dah down aku tak bayar domain dan tak mampu nak maintain hahah 😂

Tapi bila fikir balik, Allah.. memang betul Dia nak ganti duit sumbangan ratus-ratus tu dengan sesuatu yang jauh lebih baik. Alhamdulillah.
Lepas ayah aku meninggal, aku down beberapa ketika dan kemudian came back up. Waktu tu adik aku nak masuk universiti, dia pun perlukam laptop.

Tak perlulah dia buat apa aku buat. Dia cuma perlu belajar ja, biar aku yang belikan laptop baru untuk dia haha.
PENUTUP.

Kalau anda down, sebelum anda luahkan kepada manusia, cuba luahkan pada Allah dulu. Kalau mampu bangunlah tahajud. Minta kat Allah dari hati.

Aku rasa cukup aku cerita sampai situ saja pengalaman aku. Aku ada beberapa nasihat untuk mereka yg baru nak mula freelance ni.
1. Niat, kemahuan dan goal kena jelas.

Korang kena jelas apa yang korang nak. Benda ni akan motivate korang untuk terus bergerak ke hadapan. Tanpa benda ni, korang akan langgar dinding dan taktahu apa kau buat.

And be confident with yourself.
2. Cari passion yang sebenar.

Cari benda yang kau suka, sebab passion aku pandu korang untuk sentiasa kuat dan bersemangat untuk belajar dan bekerja. Jadikan ia sebagai hobi dan sila jadi expert dalam benda yang korang suka tu.

Kalau expert baru boleh provide service bagus.
3. Belajar betul-betul.

Belajar biarlah tahu apa yang dipelajari. Bukan sekadar hafal dan muntahkan semuanya di dalam exam sahaja, tapi taktahu nak aplikasi. Belajar dan buat eksperimen, kaji betul-betul.

Tanpa ilmu dan skills, tak boleh la jadi freelance developer beb.
4. Kuasai benda kecil dulu.

Sebelum nak tackle company besar, buat untuk company kecil dulu. Company yang paling kecil korang boleh pergi adalah diri sendiri, macam aku tulis di atas.

Anggap projek kecik ni sebagai training grounds dan untuk bina portfolio.
5. Daftar SSM

Bila dah ada portfolio yang mantap, baru boleh settle company lebih besar. Baru diorang boleh letakkan kepercayaan kepada korang.

Tapi korang daftar la SSM dulu. Sole proprietorship je cukup. Kerajaan sebelum ni peruntukkan untuk pelajar daftar SSM secara percuma.
Sekarang ni aku taktahu camna. Tapi nak daftar SSM ni tak mahal mana pun kalau kena bayar. Daftar je la, dia boleh tingkatkan keyakinan syarikat luar terhadap korang.
6. Invest dalam peralatan yang bagus.

Bukan nak suruh membazir. Tapi untuk buat hasil kerja yg baik, selain skills yang mantap, anda perlukan peralatan yang bagus juga.

Make sure investment anda selari dengan budget anda. Pepandailah survey laptop apa yang bagus kat luar sana.
7. Adopt knowledge yang trending dan in-demand.

Rajin-rajinlah pergi conference, baca tech news dan baca thread aku (pftt.. gurau). Cara aku, aku cuma adopt skills tu bila klien aku perlukan sesuatu yang aku taktahu. So aku akan belajar benda tu.
8. Jangan putus asa.

Kadang-kadang, ada satu masa tu kita langsung takde duit sebab dah habis pakai. Kalau saving pun, kalaun dah terdesak takda job berbulan-bulan, akan habis jugak. Waktu down, mohon tabah dan jangan putus asa 🥺
9. Sedekah.

Bantu orang yang memerlukan. Amalan sedekah ni power, lelagi bila sedekah sesuatu yang korang sayang. Sedekah yang paling utama adalah kepada keluarga sendiri. Belanja la adik-beradik dan parents korang ☺️
Okay, sampai situ saja bebenang kali ni. Terima kasih kepada yang membaca sampai habis. Belajar sesuatu? Kongsikan.

Baca thread lain yang aku dah tulis di sini

Follow for more threads and sharing about Computer Science & IT ☺️
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Omar Mokhtar عمر

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!