Hari ini kita akan kupas sumber-sumber maklumat yang digunakan dalam sains dan mengapa puak-puak sains tak habis habis kata 'tiada bukti', 'belum pernah ada kajian' atau yang seumpamanya.
Bebenang~
Sains tdk menyebarkan kebenaran, akan tetapi ia satu cara /kaedah / mekanisma mengenal alam. Ia satu cara utk menguji apa yang kita percaya, dgn apa yg sebenarnya berlaku.
Mari kita kembali kepada 3 sumber maklumat:
1. Sumber Utama.
2. Sumber Sekunder.
3. Sumber Tertiari.
Contoh sumber sekunder dalam sains ialah buku teks (apa-apa buku teks), review paper, laporan analisis, dokumentari.
Sumber tertiari ialah sumber yang mengunakan sumber utama dan sekunder dan telah ditambah ulasan tambahan. Contoh: nota kuliah anda!
1. Sumber utama - jurnal - sumber yg kuat.
2. Sumber sekunder - buku teks.
3. Sumber tertiari - nota kuliah - sumber kurang kuat berbanding yang atas.
Sumber utama = jurnal ilmiah
~ Selamat Datang Ke Dunia Ilmuan~
Sekarang, anda dah satu langkah lebih jauh membasmi berita palsu.
Lebih jauh *dari* berita palsu haha..
1. Peer-reviewed journal (Ada menjalani proses semakan penentusah)
2. Non peer-reviewed journal (Tiada proses semakan)
Setiap penulisan yang bakal diterbitkan dalam jurnal ini akan menjalani proses semakan untuk menentusah data yang diterbitkan, kaedahnya betul atau tidak, analisisnya logik atau tidak..semuanya akan diteliti.
Namun itulah proses sains sebenarnya. Ada semakan & tentusah.
Kemudian jurnal ilmiah pula dibahagikan mengikut disilplin. Kalau anda pengamal media, adalah jurnal yang berkaitan media.
Kalau anda cikgu, adalah jurnal yang berkaitan pendidikan.
Macam-macam disiplin ada!
1. Utk mencari sumber yang sahih, saya mestilah cari dr sumber utama.
2. Sumber utama dlm sains ialah jurnal ilmiah.
3. Jurnal ilmiah yang berautoriti pula jurnal yang melalui proses peer-review.
Tadaa~ anda menjadi lebih cakna!
Jangan risau, ini dia! (TweetSains melawan berita palsu bahagian 1 - sumber-sumber berita)