My Authors
Read all threads
Banyak sangat 'berita' / 'sumber' di internet, mana satu yang betul!? Mari kita menangkis penyebaran maklumat yang salah dengan mempelajari ilmu sumber!

Bebenang~
Pertama: kenal pasti jenis sumber!
Ingat tak masa tingkatan 1 dulu kita ada belajar sumber-sumber sejarah? Ha, yang itu lah! Sebenarnya, untuk apa-apa bidang ilmu pun kita guna pakai pengelasan yang sama.
Sumber maklumat ada 3:
1. Sumber utama (primary sources)
Sumber utama ialah sumber maklumat paling dekat, terus, tanpa ada penambahan atau komen. Sumber utama datang dari orang yang mempunyai hubungan terus dengan maklumat tersebut.
Contohnya, anda melihat rakan sebilik anda berguling sakit perut di bilik. Nampaknya serius. Anda nasihatkan dia untuk ke klinik. Jadi anda maklumkan kepada pensyarah anda yang rakan sebilik anda ke klinik.
Anda: sumber utama cerita!
Pensyarah: sumber kedua.
Antara contoh sumber-sumber utama:
1. Undang-undang Malaysia.
2. Laporan berita, oleh wartawan yang menyaksikan fenomena itu.
3. Ucapan, diari, surat dan temuramah oleh orang yang terlibat dengan fenomena itu.
4. *Kajian Asal*.
5. Bancian
6. Gambar, video atau rakaman suara.
Sumber maklumat yang kedua
2. Sumber sekunder!
Sumber sekunder ini jauh sikit dari sumber utama. Selalunya sumber sekunder ini lebih kurang serupa dengan sumber utama tetapi telah ditambah maklumat dari sudut penafsiran maklumat, menetapkan maksud, menambah perincian.
Contohnya; selepas anda memaklumkan pensyarah anda bahawa rakan sebilik anda sakit perut, pensyarah anda kata "haaa..kalau sakit perut ini mesti makan banyak sangat mi segera, ataupun berlapar terlalu lama"

Penambahan maklumat ini menjadikan pensyarah anda sumber sekunder!
Contoh sumber sekunder:
1. Apa-apa jenis buku mengenai sesuatu topik.
2. Analisis atau penafsiran data.
3. "Review article"
4. Dokumentari (video, gambar, atau rakaman suara)
Tapi anda kena berhati-hati, kerana sumber utama juga boleh menjadi sumber sekunder, dan juga sebaliknya!
Bukan semua yang tertulis dalam akhbar itu sumber utama dan bukan semua yang tertulis dalam buku itu sumber sekunder.
Jika anda terbaca sebuah penulisan mengkritik filem "Parasite" dari Korea Selatan, penulisan itu dikira sumber sekunder kerana ia memunyai penambahan maklumat.
Temuramah merupakan sumber utama, tetapi penulisan biografi mengenai orang yang ditemuramah merupakan sumber sekunder.
Baik, saya sudah faham jenis-jenis sumber maklumat. Jadi apa langkah seterusnya?

Langkah kedua ialah menilai siapa yang mengeluarkan maklumat tersebut.
Sambungan cerita rakan sebilik anda yang sakit perut tadi:
Pensyarah anda terus tanya "betul ke dia pergi ke klinik untuk mendapat rawatan?" - mengetahui anda dan rakan anda ahli tuang kelas semalaya. Jadi macam mana nak menilai betul ke tak?
Dalam situasi ini ada beberapa cara:
1. Anda "alah, Prof! Saya yang hantar dia ke klinik tadi, kemudian saya terus ke sini".
2. Ada surat dari doktor yang mengesahkan rakan anda dirawat, dan diberi cuti sakit.
3. Ada cara lain??
Woi macam mengajar ponteng kelas sahaja!
-Kembali pada topik-
Maklumat yang tersebar di internet ni tak bercakap dan tiada emosi. Bila kita tekan "Tweet" / "Pos" / "Hantar" benda yang kita tulis itu berada di internet selama-lamanya.
Ate macam mana?
:: Menilai Sumber Utama ::
Pertama: Siapa yang tulis?
Bila kita membaca apa-apa jenis penulisan di internet, perkara yang paling penting untuk kita semak ialah, siapa yang tulis? (Authority)
Jika anda terjumapa penulisan mengenai COVID-19 di internet, cuba semak dulu siapa yang tulis?
Wartawan melodi ke? Doktor pakar penyakit berjangkit ke? Pakar herba nusantara ke? Pelajar diploma pergigian ke? Cikgu ke? Jurujual makanan tambahan ke?
Cari! Cari! Cari!
Tip 1: Jika anda jumpa penulisan tu di sebuah laman web, tengoklah laman web itu mengenai apa. Jika penulisan COVID-19 ada dalam blog hiburan, lepas tu tiba-tiba pulak nak memberi nasihat kesihatan, sangsi! Apa kepakaran orang tu nak memberi nasihat kesihatan?
Tip 2: anda boleh gelintar nama penulis artikel tersebut. Tengok latarbelakang pendidikan penulis.
Oh! Rupanya penulis itu merupakan penulis jemputan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi kesedaran. 1 minit sahaja Google!
Tip 3: Kadang kadang tengok domain pun boleh tahu!
.edu.my = institusi pendidikan. Barangkali pensyarah!
.gov.my = institusi kerajaan
.org = organisasi. Seperti WHO / WWF
.com = laman komersial (berhati-hati!)
.net = laman pesendirian (berhati-hati!)
:: Menilai Sumber Utama ::
Kedua: untuk siapa artikel itu ditulis!
Ha...hati-hati..ini lah perangkap yang selalu membuatkan kita terjerat. Kadang-kadang kita susah nak baca niat orang yang menulis. Tetapi, ambil masa sedikit teliti tulisan terdahulu orang ini. Mana tahu?
Contoh: adalah seorang kawan, lama tak jumpa. Tiba-tiba ingin menjadi kawan kita di Facebook. Lepas tu dia pun mesej bertanya khabar. Tanya dah kahwin ke belum. Dah ada kereta ke? Tanya gaji....tanya perbelanjaan bulanan...
La...nak jual kereta rupanya?!
Si penjual kereta mestilah tulis yang baik-baik mengenai kereta yang dijualnya.
Si penjual makanan tambahan mestilah tulis pil dia bagus.
Si ahli persatuan X mestilah tulis mengenai persatuan dia bagus.
Ha...inilah yang perlu kita kenal pasti awal!
(Tidak salah untuk menjual barang, tetapi setiap penulisan mesti ada berat sebelahnya. Ini namakan penulisan bujukan "persuasive writing". Bila ingin membuat keputusan eloklah kita ketahui segala lubang & perangkap.)
Contoh lagi! Adalah seorang ini menulis di laman sesawangnya mengenai tongkat ali mampu merawat COVID-19. Tetapi selepas diselidik, rupanya si penulis ini merupakan ahli pencangkul tongkat ali terulung. Maka bila banyak tongkat ali dijual, untung pun banyak!
:: Menilai Sumber Utama ::
Ketiga: bila artikel itu ditulis!
Maklumat boleh berubah mengikut masa. Contoh yg terdekat ialah mengenai PKP yang sedang berjalan. Awalnya, tidak boleh pergerakan antara negeri.
Kemudian, boleh.
Sekarang, tidak boleh.
Tengok bila maklumat itu ditulis!
:: Menilai Sumber Utama ::
Keempat: Betul ke maklumat yang ditulis!
Ada sesetengah artikel di internet memakai kalimat "seperti yg kita tahu", "umum diketahui", "turun-temurun" dsb tidak menggambarkan ketepatan maklumat yang ditulis.
Lepas tu ada pula artikel yang mempunyai kesalahan ejaan, kesalahan tatabahasa yang kronik. Ini tanda-tanda artikel itu tidak disunting, apatah lagi maklumatnya belum melepasi proses tentu sah.
Sebagai penutup bebenang ini, ini cara ringkas untuk menilai sumber>>>>
1. Siapa yg tulis / kata? - Cari kelayakan org tu.
2. Bila org tu kata? - Yg lama mungkin x relevan.
3. Apa tujuan maklumat? - Jgn berat sebelah!
4. Ada beri rujukan maklumat?
5. Relevan ke maklumat tu?
Jom cuba kaedah tapisan maklumat di atas!
Tajuk WhatsApp: Helikopter TUDM digunakan utk mencegah COVID-19.
1. Siapa yg tulis: tiada nama.
2. Bila org tu kata: saya terima hari ini.
3. Tujuan: sebar maklumat / menakutkan.
4. Rujukan: tiada.
5. Relevan: tidak.

GAGAL! BERITA PALSU!
Jom cuba kaedah tapisan maklumat di atas!
Tajuk: COVID Hour.
1. Siapa tulis: tiada nama.
2. Bila org tu kata: saya terima semalam.
3. Tujuan: sebar maklumat / menakutkan.
4. Rujukan: Tiada.
5. Relevan: mungkin ya.

GAGAL! BERITA PALSU!
JIKA TAK PASTI DALAM SATU, WALAUPUN SATU DARI LIMA TAPISAN INI, JANGAN KONGSI!!!
Oh ya. Masa yang macam ni ramai orang guna nama yang berautoriti utk menyebarkan berita palsu. "Dari PDRM" lah, "dari Kementerian XYZ" lah, "kata Majlis Bandaraya" lah dll. Macam mana nak tahu betul ke tidak?
Tip 1: Cuba semak maklumat dari sumber asal agensi tersebut.
Kalau kata dari PDRM, semak di Facebook / Twitter / laman sesawang PDRM. Telefon pun boleh tapi tahu la malas kan...
Kalau kata dari Majlis Bandaraya, hubungilah PBT anda.
Tip 2: (Bahaya sikit) Gelintar maklumat di Google. Jika anda dapat maklumat yang sama dalam 3 format yang berbeza, ada kebarangkalian ia betul.
Mari kita ambil contoh ini: Hm...ada logo UNICEF lagi..mesti betul kan?

SALAH!!

Gelintar di Google: "drinking hot water and sun exposure" atau mana-mana ayat dalam warta ini.

Hasil:
BERITA PALSU
BERITA PALSU
BERITA PASLU.

nst.com.my/news/nation/20…
Sambungan internet laju tapi nak ambil 30 saat untuk semak pun berkira 🤷🤷
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with TweetSains Duduk Rumah!

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!