My Authors
Read all threads
ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA?

Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat dengan mata sendiri gerhana matahari cincin pada 26 Disember ini! Ya! Di Malaysia!!

(Ini merupakan bebenang maklumat gerhana)
Bersedialah bagi sesiapa yang berada di kawasan sejajar dengan:
Tanjung Piai, Johor.
Bau, Serian, Kota Samarahan, Sri Aman, Lubok Antu, Sarawak.

Anda beruntung kerana anda berada di kawasan yang sesuai untuk melihat gerhana matahari cincin!
Bila gerhana matahari ini berlaku?

Nantikan pada 26 Disember 2019.
Gerhana akan bermula pada sekitar jam 11:30 pagi dan akan berakhir pada sekitar 3:17 petang.

NAMUN BEGITU, kemuncaknya, ya, dimana kawasan itu akan bergelap pada sekitar jam 1:20 (di Tg. Piai).
Tak semua tempat akan bergelap. Hanya di tempat yang saya senaraikan tadi.

Bagaimana pula dengan kawasan-kawasan lain di Malaysia?

Lihat berapa % gerhana yang anda boleh cerap di kawasan anda di laman ini timeanddate.com/eclipse/solar/…
Awas! Jangan kecewa jika anda keluar rumah, renung matahari..macam tiada apa-apa berlaku. Sebab, bila bulan melindungi matahari melebihi ~90% barulah anda akan nampak perbezaan cahaya matahari di langit.

Jadi, anda memerlukan alat untuk mencerap gerhana matahari!
Cara mencerap gerhana:
Guna teleskop yg mempunyai penuras cahaya matahari. Cara yg lain ialah dapatkan cermin mata gerhana.

Selain menggunakan cara yg berteknologi tinggi, anda boleh sediakan bekas air yg besar, isi dgn air & lihat pantulan cahaya matahari pd permukaan air.
☠️AWAS. JANGAN LIHAT MATAHARI DENGAT MATA KASAR. ☠️

Selain melihat gerhana pd pantulan air anda juga boleh gunakan kamera lubang jarum (pinhole camera) buatan sendiri.

Caranya ialah cari sebuah kotak & tebukkan sebuah lubang sehalus jarum pd permukaan kotak.
Halakan lubang sejajar dgn cahaya matahari & letakkan sekeping kertas pd lantai utk cerap gerhana.

Protip: jika anda seorang anti-sosial, dapatkan sebuah kotak peti ais, tebuk lubang & cerap gerhana seorang diri dlm kotak tu.

Minta kawan tutup kotak sepenuhnya guna pita pelekat
(Psst: saya ada beberapa lagi cara yg berisiko sedikit. Tapi tanggunglah kesannya sendiri.)

TANGGUNG SENDIRI.

1. Guna selimut kecemasan (yg digunakan dlm situasi outdoor).
2. Guna pita filem yg baru (jgn guna yg terpakai!)
3. Guna topeng kimpalan.

TANGGUNG SENDIRI.
Walaupun perkara di atas kurang selamat, apa yang lebih bodoh utk dilakukan ialah susun 5 kaca mata hitam sekali dan tengok matahari dengan tepat. Salah kaedah mencerap matahari boleh menyebabkan buta kekal!
SAINS DAN MATEMATIK DI SEBALIK GERHANA MATAHARI.

1. Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi di hadapan matahari lalu menghalang cahaya matahari ke bumi.
2. Ada 3 jenis gerhana matahari, gerhana matahari separa, gerhana matahari penuh, gerhana matahari cincin.
3. Saiz matahari 400x ganda lagi besar dari bulan. Tetapi mengapakah ketika fenomena gerhana ini, bulan boleh menutupi matahari?
4. Jangan terkejut! Walupun matahari 400x lagi lebih besar, tetapi bulan, kebebetulan-ke-tak, ~398x lebih dekat dgn bumi berbanding matahari.
5. Kalau begitu kisahnya kenapa kita tak dapat lihat fenomena gerhana matahari setiap bulan?
6. Di sini datangnya ilmu astonomi.
A. Sukacita diingatkan bahawa, 'laluan' (orbit) bulan mengelilingi bumi bukannya bulat, tetapi lebih menghampiri bujur.
B. Jika orbit bulan bulat, bulan mengelilingi bumi pd setiap 29.5 hari. Ttp disebabkan bujur, ia jadi 27.5 hari.
C. Satu hal lain pula bumi pun mengelilingi mataharinya. Dan tak mengejutkan jg orbit bumi juga bukan bulat. Ini menambah kerumitan kebarangkalian berlakunya gerhana.
D. Kari tambah! Orbit bumi mengelilingi matahari pula bukannya mendatar, tetapi condong sedikit (dalam 5 darjah).
E. Maka jika dihitung, gerhana ni memang fenomena sekali seumur hidup lah ye?!
F. Tak juga! Tahukah anda bahawa gerhana matahari pun ada kitarannya!

Tahan nafas!

Gerhana matahari akan berlaku di tempat yang sama pada setiap 6,585.3 hari (yakni, 18 tahun, 11 hari, 8 jam). Kitaran ini di namakan.

Kitaran Saros.
(Tetapi disebab Kitaran Saros ini dihitung tanpa mengambil kira bumi ini berputar, maka sebenarnya gerhana matahari yg dicerap selepas 18 tahun itu boleh dicerap pada kawasan 1/3 lebih barat dari kawasan 18 tahun sebelumnya.)
Kesimpulannya gerhana yang sama akan berlaku di tempat yang sama selepas berlakunya 3 Kitaran Saros (Lebih kurang 3 * 18 tahun = 54 tahun)

Pening? Mudah cerita:

Jika tahun 2019 kita boleh cerap gerhana matahari di Tg Piai, gerhana seterusnya di Tg Piai ialah pada 2073.
Bilakah gerhana matahari seterusnya yg boleh dicerap di Malaysia?

Set tarikh ni ya!

21 Mei 2031
Gerhana Matahari Cincin akan terbang di kawasan berikut:

Sarawak - Mukah, Kapit, Sibu, Sarikei
Terengganu - Dungun, KT.
DAN Hampir seluruh negeri Kelantan, P. Pinang, Kedah Perlis!
Sebelum org tanya:

Tadi kata Kitaran Saros setiap 18 tahun. Kenapa ini 11 tahun je dah ada gerhana?

Kitaran Saros bukan ada 1. Tetapi banyak. Didapati ada 183 Saros yang direkodkan, yang mencakupi fenomena gerhana dari tahun 3250 Sebelum Masihi sehingga tahun 4212 Masihi.
Cermin mata gerhana bukan cermin mata 3D.
Tahu tak TweetSains pun ada menerbitkan video! Tontonlah!
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with TweetSains! 👩‍🔬

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!