My Authors
Read all threads
Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat (PRIHATIN) merupakan usaha kerajaan untuk melindungi rakyat & menyokong para peniaga & pekerja yang menjadi tulang belakang ekonomi rakyat.
Nilai pakej ini adalah RM250bn (17% drpd KDNK) berbanding RM67bn yang diumum untuk menangani krisis kewangan pada tahun 2009.
Suntikan fiskal dari kerajaan RM25bn yang baki adalah nilai simpanan dan perkhidmatan yang dapat digunapaki atas keputusan dan rundingan kerajaan (contoh moratorium bank hasil dari rundingan BNM & bank2 atas permintaan kerajaan).
Aspek utama suntikan fiskal adalah BPN yang merupakan cash transfer yang terbesar dalam sejarah negara (RM10bn) dan buat kali pertama meliputi golongan kelas menengah M40. Penerima akan dapat antara RM1,600 - RM800 berdasarkan kelayakan.
Strategi ini bukan hanya untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang tidak dapat kerja tetapi juga menjana ekonomi apabila duit itu dibelanja dan permintaan akan meningkat untuk barang2 dan perkhidmatan.
Selain BPN, kerajaan membenarkan pencarum KWSP untuk keluarkan simpanan sehingga RM6,000 dari akaun 2. Ini juga akan meningkatkan pembelian dalam ekonomi. Ya, ini simpanan hari tua, tapi pada masa ‘darurat’ tidak salah pencarum diberi pilihan untuk guna duit itu atau tidak.
Bagi melindungi para pekerja dan syarikat kecil & sederhana, subsidi upah (wage subsidy) diperkenalkan. Syarikat yang menetapi syarat menerima RM600 setiap pekerja setiap bulan untuk menampung pembayaran gaji mereka selama 3 bulan.
Program subsidi upah ini dijangka memerlukan RM5.9bn suntikan terus dari kerajaan.
Para peniaga juga mendapat manafaat moratorium pinjaman selama 6 bulan, dana pinjaman soft loan dan penangguhan sumbangan KWSP & HRDF.
Subsidi elektrik diberi kepada 3.3 juta pelanggan dan diskaun diberi bagi telco/TV berbayar.
Banyak lagi yang diberi melalui PRIHATIN. Saya cuma ingin menyakatan bahawa kerajaan menyediakan suntikan ini kerana kita berdepan dengan krisis. Respon kita mesti luarbiasa. Sudah pasti defisit fiskal kita akan merosot. Dulu kita selalu jaga defisit fiskal.
Kita tidak mahu agensi penarafan downgrade sovereign rating Malaysia. Tetapi itu tidak lagi menjadi keutamaan dalam zaman ‘darurat’. Seluruh dunia sedang menggunakan apa sahaja sumber untuk melindungi rakyat mereka. If there is a time to have to widen your deficit, it is now.
Pada akhir ucapan PM, beliau juga sebut semua kementerian diarah untuk mencari penjimatan. Ini adalah signal bahawa kerajaan akan sentiasa pantau perkembangan. Kalau ada policy instrument yang perlu ditambah, kerajaan ada ruang room for maneuver apabila kita cari penjimatan.
Saya harap PRIHATIN dapat dilaksana dengan segera. Get money into the rakyat’s hands, help businesses stay afloat and workers employed. Protect & recognise the heroic frontliners. Stay safe. Let’s live to fight another day.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Khairy Jamaluddin

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!