My Authors
Read all threads
#Covid_19 antara bala dan rahmat Allah Subhana Wa Ta’ala. Ianya boleh menjadi bala dan ianya boleh menjadi rahmat dariNya. Bagaimana? Baca lanjut...
Ianya akan menjadi bala andai #Covid_19 menyebabkan kita mula meragui kewujudan Tuhan kerana akal kita yang terbatas tidak dapat memahami kenapa ada wabak begini melanda dunia.

Bukannya dengan menolak kewujudan Tuhan, golongan ateis ada jawapan untuk persoalan itu! Mereka buntu!
Ianya akan menjadi bala andai sepanjang #Covid_19 menjadikan manusia lebih syirik (menyekutukan) dengan mendekati bomoh, tukar ramal, memohon pada makhluk dan bukan pada makhluk.

Kufur nikmat apabila tidak bersyukur kepada Pemberi Nikmat tetapi kepada makhluk ciptaanNya!
Ianya akan menjadi bala andai sepanjang #PKP #Covid_19 kita meninggalkan solat fardhu 5 waktu sebagai Muslim.
Ianya akan menjadi bala andai sepanjang #PKP #Covid_19 ilmu kita berkaitan agama untuk mendekatkan diri kepada Allah tidak bertambah.
Ianya akan menjadi bala andai sepanjang #PKP #Covid_19 kita tidak mengawal lisan dan anggota badan kita dari menyakiti orang sekeliling khususnya ahli keluarga kita.
Ianya akan menjadi bala andai sepanjang #PKP #Covid_19 kita melayari atau menonton program lucah.
Ianya akan menjadi rahmat andai #Covid_19 ini menjadikan manusia berfikir kenapa semua ini berlaku dan memikirkan tentang kewujudan Tuhan Yang Maha Mengetahui & Maha Bijaksana.

Ateis mula mencari Tuhan bukannya terus tenggelam dalam kegelapan.
Ianya akan menjadi rahmat andai #Covid_19 ini menjadikan Muslim mengambil pengajaran dengan menjadikan ini antara isyarat agar kita kembali kepadaNya sebelum kita dikembalikan kepadaNya!

Semakin yakin dengan Qada & Qadar Allah (ketentuan dari Allah) & hari kiamat.
Ianya akan menjadi rahmat andai #Covid_19 ini menjadi penyebab kita mula solat 5 waktu yang selama ini kita lalaikan kerana kesibukan dunia.
Ianya akan menjadi rahmat andai #Covid_19 ini kita jadikan sebagai peluang untuk kita solat berjemaah bersama ahli keluarga kita dengan lebih kerap.
Ianya akan menjadi rahmat andai sepanjang #PKP #Covid_19 kita manfaatkan untuk mencari ilmu dengan membaca, menonton atau mendengar kuliah agama yang bermanfaat meningkatkan iman kita.
Ianya akan menjadi rahmat andai sepanjang #PKP #Covid_19 kita semakin dekat dengan Allah Subhana Wa Ta’ala , semakin mengenaliNya dan semakin mencintaiNya.
Ianya akan menjadi rahmat andai sepanjang #PKP #Covid_19 hubungan silaturahim kita dengan ahli keluarga bertambah erat dan kuat. Kita manfaat masa di rumah untuk lebih banyak berkomunikasi dengan insan yang tersayang yang selama ini kita jarang memiliki peluang itu.
Ianya akan menjadi rahmat andai sepanjang #PKP #Covid_19 membuatkan kita semakin bersyukur kepada Allah Ash-Shakur yang selama ini memberikan kita nikmat kelapangan masa, kesihatan dan kebebasan bergerak ke sana sini.
Ianya akan menjadi rahmat andai sepanjang #Covid_19 kita semakin pemurah dengan menyumbang serta membantu mereka yang memerlukan.
Ianya akan menjadi rahmat andai SELEPAS BERAKHIRNYA #Covid_19 , kita menjadi Muslim yang lebih baik dan lebih bertaqwa.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Firdaus Wong

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!