Profile picture
سَيْف @LeAlterEgo
, 30 tweets, 5 min read Read on Twitter
3 hari aku bermalam kat Port Dickson, ada gambar menarik dan satu kejadian tak diingini jadi. Malam sikit aku share.
3 hari 2 malam to be exact. Aku sampai kat PD dan gerak dari JB hari Rabu. Sampai dah almost pukul 6. Tapi before that aku memang dah pergi site visit pun untuk buat program kat sana.
Hotel pertama yang pergi memang aku rasa tak disenangi. Macam ada vibe ‘benda’ tu tak suka aku. Aku masuk je kat lobi hotel masa site visit tu dah meremang. Masuk tengok bilik dah rasa semacam. Tapi nasib baiklah tak jadi buat kat hotel ni.
Aura dekat hotel yang aku buat site visit tu lagi teruk. Macam kau rasa diperhatikan. Tempat memang cantik, tapi kau sentiasa rasa tak sedap hati. Itu yang aku rasa. Aku bersyukur juga tak jadi buat dekat hotel tu. Dan hotel yang ni merupakan antara pilihan akhir tanpa site visit
Masa dalam perjalanan aku dah remind dekat colleague aku supaya jaga mulut dan yang lain-lain. Based on pengalaman aku pernah kena. Dan kalau berani, jangan berani sangat. Kalau takut pun jangan takut sangat. Aku bagi nasihat tu sebelum sampai hotel ni.
Sampai je hotel tu, aku tak ada rasa yang pelik. Berbanding hotel yang waktu aku buat site visit. Yang ni better. Dan bilik aku satu aras dengan surau & bilik sekretariat. Berdekatan lobi cuma kena ke hujung sikit.
Kalau ikut perancangan memang malam pertama tu aku kena tidur sorang, so aku tak kisah pun. Masuk je bilik aku pun tak rasa apa. Buka balkoni ada pokok kelapa. View tak berapa lawa, tapi yang lain-lain okay.
Dan yang paling penting aku tak perlu naik lif. Macam aku cakap malam lepas check in, aku ada meeting dekat bilik sekretariat. Tapi sebelum tu kami pergi dinner dulu
Dipendekkan cerita, aku join meeting macam biasa. Dan sepatutnya dalam pukul 10 suku macam tu aku kena makan ubat. Tapi ubat aku tertinggal kat dalam bilik. Jadi aku minta diri sekejap untuk ambik ubat kat bilik.
Masuk je bilik, aku rasa tak sedap hati. Tapi still aku rasa okay je sebab dah pernah kena dekat Morib dulukan. So aku baca apa yang patut. Aku ambik ubat dan nak keluar. Belum sempat nak keluar, housekeeping ketuk pintu bilik.
Dan memang aku sebenarnya nak keluar bilik semula pun waktu pintu kena ketuk. Aku buka pintu dan housekeeping cakap “Tadi bilik awak ada call nak selimut lebihkan?” Aku terdiam. Selimut lebih?
Bila masa pulak bilik aku ni call minta selimut lebih? Sedangkan lepas Maghrib je tadi aku dah pergi dinner & join meeting kat bilik sekretariat. Bila masa pulak ada orang call minta selimut lebih? Aku cakap, “Tak ada. Awak salah bilik kot.”
Tapi housekeeping tu mati-mati cakap bilik aku yang call tadi minta selimut lebih. Tak sampai lima belas minit dia kata aku call. Aku malas nak fikir sebab aku kena gerak balik ke meeting, tapi dalam hati berdebar. Dalam hati aku, benda ni nak bergurau ke?
Aku simpan cerita tu tak beritahu sesiapa kat bilik meeting. Tapi dalam kepala aku agak seriau nak balik bilik. Risau ‘benda’ yang call minta selimut lebih tu marah aku sebab aku kata bilik ni tak perlu selimut lebih. Lol
Aku buat macam biasa, tak fikir. Aku buka iFlix buka TV dan biarkan terpasang. Tapi sesekali tersedar juga dari tidur. Bila tersedar aku lebih memilih untuk baca surah 3 Qul & ayat Kursi sampai aku terlelap semula. Baru aku rasa selamat. Dan alhamdullilah tak ada apa-apa.
Esoknya bengkel dijalankan dekat dewan satu lagi. Dan ada bilik air berdekatan dengan dewan tu. Tak ada apa yang jadi tapi petang tu colleague aku beritahu dia kena usik dekat toilet tu. Telinga dia kena cuit. Aku pun buka cerita pasal semalam yang aku kena usik jugak.
Terus rasa seram. Tapi masih lagi aku act normal dan malas nak fikir sebab aku dah lali. Paling penting, jangan fikir sangat. Dan buat pendinding pada diri. Itu paling utama.
Sebab walau macam mana sekalipun, kalau kau berserah pada Allah SWT, benda tu takkan berani nak kacau. Dan aku memang tak dikacau lagi malam tu. Tapi...
Tapi malam tu diadakan dinner berkonsepkan tepi pantai, ada acara semua dan berakhir dekat jam 11 lebih jugalah. Aku antara yang balik bilik lewat dari dinner tu. Sebab ada sesi karaoke.
Selesai karaoke, tinggal dalam beberapa orang yang ada. Aku baru sedar kad bilik aku tak ada. Aku cari, dan masa tu salah sorang yang attend dinner tu ajak wefie. Aku tak nak join, sebab aku tengah sibuk cari kad bilik aku.
Dan hasilnya dari wefie tu dapat gambar ni. Cuba perhatikan sesuatu yang pelik pada gambar ni. Belakang sekali tu merupakan pantai.
Tapi tak ada orang pun yang notice tentang gambar ni sampailah pagi Jumaat tadi. Dan aku bersyukur juga benda tu tak ikut aku balik bilik. Masa dalam perjalanan balik JB, memang aku baca apa yang patut untuk halang dari diikut macam kes #MORIB dulu.
Ya, gambar tu diambil semalam. Dan bukan dari telefon aku. Diorang tunjuk dekat aku waktu nak balik tadi. Diorang kata “Cuba tengok gambar ni..” Baru aku notice ada sesuatu yang masuk juga.
Kalau korang kata housekeeping salah bilik, memang dia cakap bilik aku. No bilik aku dia sebut 5 kali, jadi kat situ dah tahu bukan salah bilik. Dan perfect timing pulak waktu aku ambik ubat kat bilik.
Kalau ada yang tak nampak gambar tu, ni aku bulatkan.
Okay tu saja, benda ni pun baru je jadi. Aku harap takde apa-apalah yang jadi. Apa pun aku bersyukur sebab tak kena tindih atau apa-apa waktu malam ambik gambar tu.
Apa pun, nak percaya tak nak percaya terpulang. Cuma pesanan aku, untuk yang mudah terkena, kalau ke area sana pandai jaga diri. Macam aku, benda tu sendiri pernah dulu cakap dekat ustaz yg ‘dia’ ikut aku balik sebab tak jaga mulut. Jadi aku cuma sampaikan supaya korang tak kena
Selain dari tu, tak ada apa yang menakutkan. Kalau korang okay, okay aje. Dan PD cantik kot. Definitely aku akan pergi lagi ke hotel ni walaupun kena macam ni. Sebab servis makanan semua bagus.
Okay tu saja. Selamat malam dan sebelum tidur jangan lupa baca 3 Qul, Ayat Kursi, Al-Fatihah 7 kali. InshaAllah dijauhkan dari segala gangguan & hasad dengki manusia. Semoga bermanfaat 😘
Kalau ada apa-apa soalan boleh terus DM. Sebab aku akan mute thread ni. Previous thread banyak sangat mention merepek. Kalau nak nasihat, tips atau nak tahu lokasi hotel mana bolehlah aku layan. Selain dari tu, aku takde masa nak melayan.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to سَيْف
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!