Profile picture
Aku Ikmal Hanif @akuikmalhanif
, 57 tweets, 13 min read Read on Twitter
Hye geng! Salam satu dunia yang penuh tipu helah! Aku start awal story harini sebab nak kena siapkan assignment jap lagi. Sila rapatkan kedudukan anda dengan screen dan stanby jari-jemari anda bagi menutupi gambar yang akan terpapar sebentar lagi. So, ini ada #storypuaka !
Benda ni terjadi beberapa bulan lepas aku kena lock dalam asrama. Sila baca thread #storypuaka sebelum ni bagi mengelakkan pertanyaan "Weh aku tak fahamlah".

Time tu minggu balik asrama. Aku ikut pakgad balik rumah dia. Mcm yg aku ckp dulu, pakgad ni salah seorang daripada ahli darul syifa'. Rumah dia jauh dalam pendalaman kampung.
Untuk ke rumah dia, kau kena lalu kubur, lorong kecik yang kiri kanannya dipenuhi pokok getah and semak samun. Rumah dia terletak betul-betul tengah ladang getah.
Rumah kampung jenis papan. Sederhana besar and dipagari dawai kawat. Sampai je depan rumah, ada 2 buah pokok besar betul-betul di luar pagar rumah. Dah macam pintu gerbang!
Dia tinggal berdua dengan isteri dkt rumah tu. Anak semua bekerja di KL. Aku turun dari kereta, isteri dia keluar rumah pakai baju tshirt bola MU sambil berkain batik. Perghh budak-budak GGMU rupanya makcik ni!
Isteri dia sumpah baik gila! Aku baru jejak tangga rumah, bini dia dah hulurkan air kopi. Perghh baru nak minum air kopi, bini dia dah hulur semangkuk bubur. Dah rasa macam anak raja weh. Disumbatnya aku macam-macam makanan!
Sambil lepak di depan rumah, pakgad tu bercerita yang rumah ni ialah rumah pusaka. Dia anak tunggal. So nak jual sayang sbb rumah ni dah turun temurun. So dah ada sentimental value dkt rumah tu.
Aku tny, tak takut ke rumah dekat tengah-tengah ladang getah and jauh daripada jiran-jiran? Jiran terdekat terletak dalam jarak 50meter.
Dia cakap rumah dah dipagar. Pencuri, hantu semua tak boleh masuk jika bukan izin Allah. Aku lega. Fuuhhh blh rest weekend ni daripada benda-benda seram hanat ni. Aku tanya lagi

"Pokok godio tu depe umoh? Guano besar sgt?"
(translate: Pokok apa tu depan rumah? Kenapa besar sgt?
Dia cakap yang tu pokok cengal. Makin besar pokok tu, makin mahal bila nak tebang. So tu macam sahamlah kut-kut something happen and perlukan duit, dia akan jual pokok tu.
Aku kagumlah dengan dia punya pemikiran. Selalu saham orang main dekat bank, main MLM, dia main saham dengan pokok cengal je wei. Legend kemain!
Dalam pukul 6, aku masuk rumah. Bini dia tunjukkan bilik untuk aku. Selesalah bagi rumah kampung. Katil king size. Tingkap jenis boleh kopak mcm iklan adabi menghadap pokok chengal. Tapi tak berpintu. Just ada langsir polka dot je sebagai pemisah.
Lepas maghrib, kami makan sesama. After makan, pakgad ckp yang dia kena balik asrama sebab mlm ni shift dia sampai pukul 8 pagi. Then aku terfikir, setiap hari pakgad tu shift malam, siapa yang teman bini dia?
Rumah dah lah tengah ladang getah! gelap! Rumah jiran pun jauh. Kesian bini dia nak membawang pun susah!
So lepas je bini dia bungkuskan bekal untuk suami, pakgad tu pun gerak ke asrama. Tinggal kami berdua. Aku tanya,

"Sokmo kalu pokcik gi kijo male, mokcik duk nga sapo?"
(Selalu kalau pakcik ada shift malam, makcik duduk dgn siapa?)
Dia jawab yang dia dah biasa duduk sorang. Kalau takut, dia mengaji Al-Quran. Aku terdiam. Tak sangka ada orang yang berani macam dia! Aku ni kalau takut, tahu jerit je.
Malam tu bosan sebab TV takde cerita best. Ada channel 1,2,3. Dah puas tawaf channel 2-3 kali then aku decide nk masuk bilik dalam pukul 9. Bini dia tengah lipat baju dkt ruang tamu.
Lepas landing sambil berangan-angan dapat kahwin dengan artis popular then aku terlelap. Lama lepastu aku terbangun sebab lampu tak tutup so bilik tu jadi bahang. Tingkap bukak pun still panas!
Aku cari fon, tengok jam dah pukul 3 pagi. Aku intai luar bilik, gelap. Senyap sunyi. Maybe makcik tu dah tidur. Then aku tutup lampu and baring balik try untuk tidur.
Pejam punya pejam, mata tak boleh lelap. Dalam 30 minit aku duk resah atas katil. Pusing kiri tak selesa, nak pusing kanan takut sebab ada tingkap. Badan dah berpeluh lencun sebab panas. Aku decide nak ambik angin sejuk dkt beranda.
Aku bukak pintu rumah,

SRRHHEEEeekkkkkkkk!!!!!

Angin sejuk menyapu muka. Aku duduk atas kaki pintu sambil pandang sekeliling. Gelap. dalam 50meter nampak lampu luar rumah jiran terdekat.
Bunyi cengkerik and bunyi daun bergesel antara satu sama lain menemani aku malam tu sambil main game snake xenzia! Tengah kusyuk duk kejar highscore SUDDENLY!
Ular aku tergigit badan sendiri. Shit sikit lagi siak nak highscore. Aku decide masuk bilik. Baru bangun, then suddenly aku terbau bunga kemuning. Bau dia manis and wangi.
Bau yang sgt kuat! Macam orang baru lepas spray perfume flavour bunga dekat depan hidung kau. Aku tarik nafas dalam-dalam. Time tu aku fikir maybe ni bau udara kampung waktu-waktu macam ni. But aku salah. Itu adalah petanda bahawa dia ada berdekatan.
Secepat bau tu datang, secepat tu jugak dia hilang! Bau wangi tu bertukar bau hamis. Bau hanyir. Try imagine kau pergi pasar yang jual-jual ikan tu then kau tarik nafas panjang-panjang!
Aku cepat-cepat tutup pintu, kunci and masuk bilik. Aku dah fikir bukan-bukan. Nak tutup pintu bilik, bilik ada langsir je. Aduuhh.. Time tu aku perasan yang tingkap bilik tak tutup. Hahahasiallah.
Aku seberang katil sebab nk tutup tingkap. Masa aku nak capai daun tingkap, mata aku ternampak something di sebelah pokok cengal. Berdiri kaku, bewarna putih.
Badannya berbalut dengan kain putih tapi lusuh dengan kesan tanah kehitaman. Mukanya tak kelihatan tapi terlihat jelas susuk badannya yang terikat. Berbunjut. POCONG!
Aku terpaku. Tak boleh bergerak. Mata aku pandang je benda tu. Aku dalam keadaan sedar tak sedar. Nak bergerak, tak boleh. Lidah aku kelu.
Suddenly benda tu hilang. That time aku rasa mcm tertipu dengan cerita tv yang tunjuk bahawa pocong ni melompat. Actually dia tak lompat weh! Dia ZAAPPPP HILANG!
Entah mcm mana aku dapat kekuatan untuk bergerak and tutup tingkap. Trus aku tutup, kunci! Aku keluar bilik sebab nak pergi dekat makcik tu. Takut punya pasal, aku lari ke bilik dia yang terletak dekat dapur!
Sampai depan bilik dia, aku ketuk pintu.

TOK! TOK! TOK!
Takde respond. Aku ketuk lagi.

TOOK! TOKK! TOOKK!
Then aku dgr makcik tu bersuara

"Sapo tu? Wakpo?"
(translate : Siapa tu? Kenapa?)
Aku cakaplah yang aku takut tidur sorang sebab tak sedap hati. That time tiba-tiba aku dengar ada bunyi anjing menyalak from belakang rumah.
Menyalak dia bukan main aggresive dah macam K9 jumpa terrorist bawak bomb! Aku panik! Dalam otak aku maybe anjing tu ternampak terrorist bawak bomb or dia nampak pocong tu main cikucak di balik pokok getah!
Then aku dengar makcik tu cakap dari dalam bilik

"Tidurlah. Takdok gapo pung. Nati mokcik gi teme."
(translate : Tidurlah. Tiada apa pun. Nanti makcik datang teman.)
Aku dengan berat langkah, jalan ke bilik. Aku baring atas katil. Time tu macam-macam bunyi aku dengar. Bunyi anjing menyalak, bunyi kucing mengawan. Then aku sedar yang ada bunyi benda lain.
Kau pernah dengar bunyi buah kelapa jatuh atas tanah? Yes bunyi kelapa jatuh atas tanah but berulang kali.

DUP! DUP! DUP! DUP!
Aku fikir, tu bukan bunyi kelapa jatuh. Mana ada kelapa jatuh satu persatu banyak kali! Tu benda lain. Bunyi benda melompat. Bunyi tu betul-betul dekat luar tingkap bilik aku. Hanya papan yang memisahkan aku dgn benda tu.
Bau hanyir and busuk mcm ikan lama menyengat ke dalam hidung! Aku tahan! Dalam hati macam-macam zikir aku baca. Aku tekup muka dengan bantal and make sure kaki tak melebihi katil sebab takut dia datang kaut kaki!
After 10 minutes benda tu jadi, suddenly aku terdengar bunyi moto masuk ke halaman rumah diselangi bunyi bercakap-cakap and serentak tu jugak bau and semua bunyi tu hilang! Hanya ada bunyi cengkerik sahaja!
Aku rasa selamat. Dalam otak aku fikir, maybe pakgad tu dah balik. Tapi jam baru pukul 5pg? Aku tak kisah. Aku terus keluar bilik and bukak pintu rumah!
Bukak je pintu, aku terus terduduk atas lantai. Aku bersyukur pakgad tu balik. But aku terkejut yang di belakang pakgad tu ada orang ikut dia turun moto.
Pakgad tu naik rumah and tanya aku

"Wak gapo duduk sini? Tok tido lagi?"
(translate : Buat apa duduk sini? Tak tidur lagi?)
Cuba teka siapa yang aku nampak with pakgad tadi! It's was her wife! Bini dia naik moto dengan husband dia! And itu bermaksud aku duduk dekat rumah tu sesorang sepanjang malam!
Then suara siapa dekat bilik dia tadi?! Suara siapa yang cakap akan datang teman aku tadi?! Suara siapa yang suruh aku masuk tidur tadi?!
Then something spark dlm otak aku. Itu maybe suara pocong tadi and dia tepati janji untuk teman aku tidur that night. Sepanjang malam dia melompat di sebalah aku yang hanya dipisahkan oleh dinding papan. Dia buat apa yang dia cakap.
Aku cerita benda ni dekat pakgad tu. Dia cakap yang tadi dlm pukul 2pg, ada orang kampung kena sampuk. Pesakit tu perempuan sebabtu bini dia ikut. Dia nak bagitahu aku tapi aku tidur macam mayat so dia tak nak ganggu.
Then aku tanya, if rumah kena pagar then why benda tu still boleh ganggu?

Dia cakap yang hantu is syaitan. Rumah dipagar untuk menghalang syaitan. But qarin di dalam badan yang melekat dengan kita sejak azali tidak boleh dipagar.
Selagi qarin ni melekat dgn kita, selagi itu syaitan ni dapat collabrate dgn qarin untuk menjatuhkan iman kita.
What is qarin? DO SOME RESEARCH GUYS!! So maknanya pocong tadi tak masuk rumah. But qarin dalam badan kita ni yang buatkan kita fikir macam-macam sampaikan one point kita terdengar yang bukan-bukan. That time syaitan pun ambik peluanglah!
Malam tu, kami tidur bertiga di ruang tamu. Kemana sahaja makcik or pakgad tu pergi, aku mesti ikut! Seram doh sebab pocong ni suka dengan orang yang suka menyendiri. Dia jenis 1 vs 1. Itu apa yang aku belajarlah. Haa korang duduk sesorang ke tu?
So thats all for now. Lepas ni insyaAllah aku akan bukak balik cerita pasal asrama from member-member aku. Sejak aku bukak story pasal asrama, makin aku tahu yang ramai rupanya kena ganggu dekat tempat tu.
Till next time guys? So take care, jaga diri, make sure kaki tak melebihi katil and make sure surrounding korang cerah sebab.....
Pocong suka tempat gelap, lembab and kotor. This is fact! So if dalam bilik korang terdapat baju kotor or tempat lembab and at the same time gelap, hati-hati. Lagi-lagi if kau duduk sesorang. Complete! Bila-bila masa je dia boleh datang.
Or maybe dia dah ada. Menyamar as bantal peluk time korang tidur or berdiri di sebalah tingkap bilik korang. Sambil melompat.

DUP....DUP....DUP...............
Jumpa next thread! CHAO!
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Aku Ikmal Hanif
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!