Profile picture
MAKSU @athirahridwan12
, 34 tweets, 4 min read Read on Twitter
Adakah lepas ni DS Rosmah akan terima nasib macam Imelda Marcos?

Lebih 5 RT aku cerita siapa Imelda Marcos ni sampai ada muzium kasut bagai.
Imelda Marcos merupakan isteri presiden Filipina yang ke-10. Merupakan bekas penyanyi dan ratu cantik. Beliau juga merupakan orang yang terkaya dekat Filipina waktu zaman tu
Beliau ni jugak merupakan wanita yang gila kan kasut. Beliau memeliki 3000 pasang kasut. Antara jenama jenama kasut yang dia ada:

Ferragamo, Givenchy, Chanel, Christian Dior, Charles Jourdan dan Bally. Ada jugak jenama tempatan yang terkenal
Aku tak tahu la kan sebab dia kaya dia sanggup bayar denda $2000 sebab makan gula-gula getah dekat San Francisco International Airport.
Yang lebih gila lagi, duit banyak en. Beliau ni sanggup paksa pilot patah balik time tengah kat atas awan tu sebab beliau terlupa nak beli cheese kat Rome.
Bila dah kaya sangat, mestilah orang curios kan dari mana dapat duit tu. Beliau dituduh memiliki akaun bank Swiss tapi beliau nafikan, katanya harta beliau tu dari Emas Yamashita
beliau juga gilakan perhiasan dan karya seni yang meliputi karya-karya buatan:

Michelangelo, Botticelli, Canaletto, Raphael, serta L'Église et La Seine à Vétheuil karya Monet, Langland Bay karya Alfred Sisley, dan Le Cyprès de Djenan Sidi Said karya Albert Marquet.
Sorry la kalau cerita dia berterabur sikit sebab aku akan tulis apa benda yang aku ingat. heheh
Waktu beliau pergi bercuti dekat luar negara, beliau telah menhabiskan US$7 juta dalam masa 90 hari JE! Berapalah dia habiskan duit dalam sehari tu.
Pergi sana bukan makan angin je, tapi beliau telah membeli bangunan pencakar langit dekat New York iaitu Woolworth Story setinggi 66 tingkat dan Herald Center berharga US$ 60 juta
Pada tahun 1981, rumah lelang Sotheby terpaksa batalkan acara lelang sebab Imelda telah borong karya seni yang jumlah dia $5 juta sebelum acara tu mula.
Kalau kat Malaysia, majlis perkahwinan anak bekas pm kita guna bunga hidup, tapi anal Imelda Mercos ni lagi gilo
Imelda telah menghabiskan $10.33 juta untuk renovate satu kota yang ada kat Filipina supaya kota tu nampak macam kota tua yang ada dekat Sepanyol.
Lagi kelakar, tujuan beliau nak buat benda ni sebab nak kalahkan The Wedding Royal time tu Princess Diana dan Prince Charles baru kahwin
Pada tahun 1986, berlaku pergolakan dekat Filipina, beliau dan keluarga lari keluar dari Filipina dan pergi ke Hawaii
tahun 2014, tiga koleksi perhiasan milik Imelda Marcos iaitu koleksi Malacanang, koleksi Roumeliotes, dan koleksi Hawaii; bersama dengan lukisan-lukisan Claude Monet disita oleh kerajaan Filipina
2015 pulak, kerajaan Filipina jumpa berlian merah jambu yang harga $5 juta dalam koleksi perhiasan beliau
Dua thun lepas, kerajaan Filipina dah umumkan bahawa koleksi yang disita bernilai $21 juta.
mengikut apa yang aku baca, dulu Filipina ni merupakan negara yang terkaya dekat asia selepas jepun. tetapi zaman pemerintahan Ferdinand Marcos, rakyat jatuh miskin dan menyebabkan Filipina menjadi negara termiskin di Asia
berdasarakan web: zulsegamat.wordpress.com, antara usaha nak mengekalkan kedudukan beliau adalah:
Mengangkat family dan para kroni untuk menduduki jabatan-jabatan strategik dengan tujuan agar dapat melakukan justifikasi perompakan wang rakyat. Isterinya, Imelda Marcos, telah diangkat menjadi Datuk Bandar Manila merangkap Menteri Perumahan Rakyat dan Ekologi
ketenteraan penting diisi oleh para kroni Marcos untuk menjamin sokongan angkatan bersenjata kepada dirinya.
Kemudian, para pegawai tentera telah dimanjakan dengan bisnes dan projek bernilai jutaan dollar yang difasilitasi negara dengan menggunakan kaedah intimidasi, ugutan dan monopoli kepada para ahli-ahli perniagaan lain.
banyak lagi korang boleh tengok dekat link tu
Disebabkan penyalahgunaan kuasa, family Imelda Marcos ni lari pergi di Hawaii dan suami beliau meninggal dekat sana jugak
menurut Transparency International, jumlah harta yang dimiliki Ferdinand Marcos ni sebanyak $10 bilion dan akaun bank telah dibekakan. mengikut apa yang aku jumpe, 10 bilion ni tak termasuk dengan barang-barang yang Imelda Marcos ni beli
Dah lari pegi Hawaii tu takkan dia nak bawak semua 3000 pasang kasut dia lepastu dengan baju baju mahal dia yang satu bilik. Gila kau. Kalau nak bawak pun kena sewa kapal terbang satu
so koleksi barang barang dia semua di simpan dekat muzium sebagai daya tarikan pelancong yang datang ke Filipina
tapi sayang la sebab kebanyakkan barang beliau dah rosak dimakan anai-anai
aku tak pastilah kan sama ada zaman pemerintahan Ferdinand Marcos ni sebenarnya baik ke tak sebab bila aku tengok kat web ramai kutuk tapi bila aku tengok tempat lain, ramai yang puji
benda tu biarlah rakyat Filipina tentukan sebab mereka lebih tahu.
Walaupun Imelda Marcos ni cam hawau dia punya boros tapi ada je benda yang bagus dia buat (katanya) tapi tak tahulah. Korang boleh buat kajian kot
sekian sajaa dari saya. Mintak maaf kalau ada yang tersilap ke apa. Sis manusia yang tak pernah berhenti buat silap. Bye!
bila aku tengok balik, ada yang kata dia beli chewing gum ada yang kata bayar denda.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to MAKSU
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!