Tak perlu tayang-tayang.
Tak perlu kongsi-kongsi.
Tutuplah aib diri sendiri.
Tak boleh tinggal dosa, paling kurang tak tunjuk, tak kongsi, tak pengaruhi orang lain.
Moga-moga dgn demikian, Allah sudi ampunkan dosa yang kita tak mampu tinggal itu.
menunjuk pula, tayang bangga, pengaruhi orang lain ikut,
kemudian persoal kenapa kalau Allah Maha Pengampun, Allah akan hukum orang macam ini masuk neraka.
Kita usaha sungguh2 nak dapatkan pengampunan tu pun tak,
demand lebih2.
Setiap kebaikan menghapuskan dosa( Hud, 114). Satu kebaikan dibalas berkali ganda, manakala kejahatan hanya dikira 1 sahaja(Al-An'am ayat 160). Kemudian, kita duk buat dosa, Allah hidupkn lagi arini. Peluang!
Orang macam ini, setelah Allah SWT beri peluang berkali-kali, SETIAP HARI, SEPANJAG HIDUP dia, bila dia mati dalam keadaan degil, kufur segala perintah Allah, bangga dgn dosa2nya, Allah masukkan orang macam ini di dalam neraka, salah Allah lagikah?
Orang yg ingatkan fasal neraka dituduh nak jadi Tuhan pulak.
Kita buat dosa, ada kena terus panah petir?
Tak kan? Kenapa? Sebab Allah Maha Pengampun!
Sekelumit malu pun tak ada sampai bangga sangat tayang kemungkaran, ajak pulak orang lain. Cemane?
Moga2, dgn usaha yg sedikit itu, rasa malu itu, Allah kasih pada kita, ampunkan kita.
Itu sudah satu sumbangan yg besar dalam era bejat hari ini.
Muhasabah.