Profile picture
Aiman Psikologis @AimanPsikologis
, 19 tweets, 3 min read Read on Twitter
Depression Anxiety Stress Scale, atau DASS ialah ujian saringan bertulis untuk kenal pasti tahap kemurungan, kerisauan dan stres seseorang.

Tetapi DASS bukan diagnosis.

Ini ialah thread mengenai ujian DASS dan apa proses yang berlaku sepanjang buat ujian tu.
DASS berguna untuk keep track kita punya mood, stres, emosi, semangat/tenaga, tidur dll lagi yang melibatkan Depression, Anxiety dan Stress.

Standard DASS ada 21 soalan. 7 soalan untuk setiap subtopik Depression, Anxiety dan Stress.

Ada juga DASS 42. Lagi detail dan spesifik.
DASS ialah panduan untuk kita kenalpasti simptom dan sebagai indicator awal sama ada kita perlukan rawatan kesihatan mental atau tak.

DASS BUKAN DIAGNOSIS.

Ramai yang buat DASS, terus self-diagnosed. Don’t!

Tak fair la 21 soalan dah tentukan diagnosis mental kita kan?
Okay proses dia.

1. Google for DASS test. Buat dengan jawab ikut situasi kita dalam 2 minggu ini.

Kalau lupa, take your time untuk recall balik mood, energy etc dalam 2 minggu itu.

Sebabnya? Kondisi mental kita selama 2 minggu, berkait rapat dengan simptom Depression.
2. Dapat result, bacaan skala setiap subtopik.

- Depression
- Anxiety
- Stress

Kalau normal, alhamdulillah.

Kalau mild, berjaga-jaga.

Kalau moderate, better pergi treatment.

Kalau severe, pergi treatment ASAP!

Kalau extremely severe, STOP EVERYTHING, JUST GO TO HOSPITAL!
Result yang anda dapat tu BUKAN DIAGNOSIS, tetapi panduan dan indikator awal status kesihatan mental kita.

Elakkan self-diagnosed.

Would you really want just 21 questions to define your health status? Without any further test from the professionals?
3. Dah dapat result dan kalau perlu rawatan, print dan bawa ke Klinik Kesihatan terdekat.

Aku galakkan ke KK instead of terus ke hospital sebab hospital banyak kes emergency nak handle.

Doktor pun tak sempat nak bagi perhatian penuh kat hospital.

Kalau KK, lebih menyeluruh.
Doktor di KK, setakat pengalaman aku, ada basic knowledge pasal mental health.

Isu kesihatan mental mula dititikberat oleh doktor KK, especially untuk ibu mengandung, remaja/belia yang sakit kepala/nafas dll.

Kalau nak terus ke KK pun boleh, sana nanti dia suruh buat DASS juga.
4. Lepas sesi di KK, kalau perlu, doktor KK akan rujuk kita ke hospital terdekat, untuk rawatan selanjutnya.

Ingat ya, MO atau GP (doktor biasa kat KK/hospital) tak ada kepakaran dan tauliah untuk beri diagnosis.

Hanya Psikiatris atau Psikologis saja yang berhak bagi diagnosis.
5. Waktu ke hospital pula, jangan expect untuk terus dapat jumpa Psikiatris/Psikologis.

Jumlah dorang sangat sikit kat hospital awam. Psikiatris pun banyak handle kes yang severe saja.

Kita masih ada kaunselor, Social worker, Family Medicine Specialist etc, sebelum Psikiatris.
6. Lepas dah dapat diagnosis, jangan terlalu ralit dengan tu. Yes, boleh bersedih, kecewa, marah etc. Itu normal.

Diagnosis tu cuma pintu awal untuk kita kenal diri, bukan something define kita.

Fokus on what kind of treatment instead, after you have deal with the diagnosis.
7. Kalau diberi ubat untuk makan, jangan tinggal/berenti makan, walaupun ubat bagi kesan sampingan kat diri.

Berat badan naik, diri jadi tak bermaya, penat sangat, hilang tenaga etc.

Don’t stop eating your medicine. Tell your doctors instead of the side effect, so dia tahu.
Ubat untuk mental disorder macam ini biasanya kuat dan boleh jadi addicted kalau tak dijaga.

Untuk berhenti makan, tak boleh stop tiba-tiba.

Doktor biasanya akan slowly an gradually kurangkan dos supaya diri kita tak terkejut, supaya tak relapse pula nanti.
8. If possible, usahakan dapatkan rawatan melalui psikoterapi oleh Psikologis Klinikal, atau terapi kaunseling melalui kaunselor.

Bukan semua mental disorder itu rawatannya melalui perubatan.

Sometimes, psychotherapy works far better for mild and moderate case.
9. Which kind of treatment works the best?

There’s no such thing. It depends entirely on individual case.

But research has proven the combination of both psychotherapy and medicine works better for healing processes.
10. Boleh ke nak dapatkan rawatan alternatif (perubatan Islam, Darussyifa’, bomoh etc) ?

Boleh. Asalkan:

- Tak bertentangan dengan Quran dan Sunnah

- Tak mengganggu proses rawatan di hospital (makan pelik-pelik sampai ganggu biologi badan)

- Tak tinggal rawatan di hospital
Jangan harapkan rawatan semata-mata. Jangan expect doktor atau Psikologis untuk jadikan kita sihat.

Kita sendiri perlu usaha untuk lawan. Jadi pejuang!

- Buat task from Psikologis (kalau ada diberi)

- Increase social interaction with family & friends

- Learn coping mechanism
In the end, we cannot help people who doesn’t want to be helped.

Therefore, we need to pick ourselves up, hadiri sesi rawatan, usaha untuk sembuh dan jangan stay dalam loop of depression/anxiety.

Work your way to get out from that. Your Psychologist can help with this.
So nampak tak macam mana DASS ini jadi pintu awal, first indicator dalam usaha untuk kita dapatkan rawatan kesihatan mental kita?

DASS bukan diagnosis, tetapi panduan untuk kita kenalpasti masalah diri, sebelum proceed ke proses penyembuhan.

That’s all about DASS 😊

Sekain.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Aiman Psikologis
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!