Profile picture
Market Demon @market_demon
, 16 tweets, 5 min read Read on Twitter
Berdasarkan poll yang lepas, masih ramai lagi yang tak tahu apa itu blockchain? mari ketahui teknologi masa hadapan ini dengan bahasa yang paling mudah. Semoga bermanfaat
Teknologi Blockchain direka untuk membolehkan anda memindahkan harta digital secara selamat (seperti wang), tanpa memerlukan mana-mana orang tengah (seperti bank) dengan kos yang lebih murah dan cepat
Bukan sahaja teknologi blockchain menjamin pemindahan selamat, ia juga digunakan untuk mengesahkan dan merekodkan sebarang transaksi yang berlaku.
Sebarang maklumat akan direkodkan dalam bentuk Kod komputer dimana untuk mengubah rekod ini adalah mustahil sebaik sahaja sebarang maklumat ditambah kepada blockchain.

Bahasa mudahnya, tiada unsur pihak ketiga dalam blockchain hanya penghantar dan penerima sahaja
Oleh kerana tiada sesiapa yang boleh mengubah rekod, blockchain adalah sumber maklumat yang boleh dipercayai. Ini membolehkan orang asing bersetuju untuk melakukan transaksi, walaupun mereka tidak mempercayai atau mengenali antara satu sama lain. Hebat bukan!
Bagaimana Blockchain berfungsi?

Bayangkan empat orang asing yang duduk di dalam bilik, masing-masing dengan komputer riba mereka sendiri. Kerana mereka adalah orang asing, pastinya mereka tidak mempercayai satu sama lain.
Empat orang asing dalam contoh ini mewakili komuniti pengguna blokchain. kebanyakan pengguna blockchain tidak mengenal satu sama lain.

Komputer riba dalam contoh ini adalah blokchain itu sendiri. Blockchain menyimpan rekod awam setiap transaksi yang pernah dibuat di atasnya.
apabila wang digital dihantar, transaksi itu direkodkan pada SETIAP satu daripada ribuan salinan blockchain di seluruh dunia. Setiap salinan adalah rekod identik yang tersendiri dan beza dari yang lain.
Jika salah satu mendapat transaksi berbeza(kuantiti aset digital kurang) maka transaksi ini adalah satu penipuan dan penerima boleh membatalkan transaksi tersebut. Bukan itu sahaja mangsa boleh menjejaki penipu itu dengan mudah dan cepat.
Bahasa mudah, dengan teknologi Blockchain semua pemegang aset digital direkodkan dan ini membuktikan pemilikan seseorang tanpa memerlukan pihak ketiga seperti bank.
Manakala mata wang fiat tidak mempunya blockchain jadi agak sukar untuk membuktikan siapa pemiliknya dan ini menjadikan mata wang fiat lebih mudah berlaku kecurian dan penipuan.
Sebagai contoh seorang pencuri mencuri wang tunai anda sebanyak RM 30 dari anda jadi agak sukar bagi anda untuk membuktikan wang itu milik anda. dengan teknologi blockchain ini, masalah ini selesai kerana aset digital anda mempunyai rekod identik yang anda seorang sahaja ada.
Teknologi blockchain ini sangat bernilai kerana ia membuang keperluan pihak ketiga(bank atau syarikat kad kredit) yang kebiasaannya mengambil untung daripada setiap transaksi yang dilakukan oleh anda. Tidak lagi termasuk kos tersembunyi 😤
Dengan blockchain, orang asing kini boleh menukar harta digital tanpa sebarang kepercayaan dan tanpa memerlukan pihak ketiga.
Perlu diingatkan teknologi blockchain ini bukanlah hanya untuk aset digital sahaja malahan boleh digunakan dalam banyak bidang lain seperti dalam hiburan, pengstoran data, pengundian, pengesahan identiti, rekod pemilikan dan pelbagai lagi.
Jadi ketahuilah bahawa teknologi ini amat membantu dan kita terima atau tidak teknologi ini bakal digunakan oleh semua pihak. Jadi apa yang anda rasa tentang teknologi ini?
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Market Demon
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!