Hubungan seks seawal usia remaja meningkatkan peluang mendapat kanser serviks - BUKAN MITOS !
Dewasa ini, memang banyak remaja belasan tahun atau masih yang bersekolah sudah melakukan hubungan seks luar nikah. Ada yang sudah berkahwin seawal usia 15 tahun dan ada yang mengandung anak pertama seawal usia 12 tahun!
Saya kurang pasti adakah mereka ini benar-benar matang dan bersedia untuk berumah tangga, atau hanya mencuba suka suka membuat hubungan seks.
Yelah masih lagi keanak-anakkan, dan tidak mempunyai ilmu bagaimana untuk mengelakkan kehamilan serta penyakit-penyakit bawaan kelamin sekaligus menyebabkan si anak gadis ini ‘TERmengandung’ dan menjadi pesakit saya, yang paling muda yang pernah sy rawat adalah berusia 12 tahun!
Jika anak gadis yang tidak mempunyai ilmu ini taktahu ape kemungkinan yg akan berlaku pada mereka jika melakukan hubungan seks seawal usia remaja, maka saya berasakan kita perlu berbalik kepada peranan ibu bapa atau penjaga mereka dalam memberikan maklumat serta pendidikan.
Perlu diingatkan berkali kali disini, membuat hubungan seks pada usia awal remaja mendedahkan remaja perempuan ini mendapat kanser serviks jenis invasif dikemudian harinya. Mengapa saya berkata sedemikian?
Sistem ketahanan dan immuniti pangkal rahim ( transformation zone seperti dalam gambar) anak-anak remaja ni tidak lagi matang untuk melawan segala jangkitan kuman lebih-lebih lagi virus HPV yang menyebabkan kanser serviks.
Maka pangkal rahim mereka senang dijangkiti HPV dan seterusnya merubah sel sel yang normal pada pangkal rahim itu menjadi tidak normal dan boleh merubah menjadi kanser.
Jika wanita yang sudah matang pun boleh terdedah kepada kanser serviks biarpun ‘transformation zone’ pada pangkal rahim mereka sudah matang, apatah lagi anak-anak remaja gadis ini?
’Transformation zone’ pada pangkal rahim ini matang pada usia lebih kurang 20 tahun dan jika perlu dikahwikan kan anak gadis itu juga, kahwinkan mereka selepas umur 20 tahun, bukanlah seawal belasan tahun.
Belum lagi bercerita mengenai kesihatan mental anak-anak gadis remaja ini untuk menempuh alam rumah tangga, kesusahan dalam mengandung, melahirkan anak. Kalau nak cerita tu memang tak abes-abes.
Jangan amek jalan mudah, dan nak lepaskan tanggungjawab dengan menikahkan anak gadis itu seawal remaja. Budak-budak memang tktau pape, mak ayahnya perlu buka mata dan buka minda.

Usah gunakan nama agama sebagai cara mengelakkan maksiat.Semuanya dtg dari dalam diri kita sendiri
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to 𝕯𝖗. 𝕴𝖟𝖟𝖆𝖙
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!