, 15 tweets, 3 min read Read on Twitter
SIAPALAH KITA UNTUK MENENTUKAN MASA DEPAN

Ada yang komen seolah-olah UMNO mustahil berubah ke arah kebaikan. Masa ni dia lemah, nanti jika kuat, UMNO akan kembali seperti asalnya, kata mereka.

Mari kita bincang. UMNO tu apa?
Kalau maksudnya nama sebuah parti, itu tak ada apa-apa. Nama parti bukan orang. Yang berubah atau tidak ni ialah orangnya. Maka apa hak kita untuk menetapkan seolah-olah telah termaktub sejak azali orang-orang UMNO tidak akan berubah?
Anwar Ibrahim pun dulunya UMNO. Wan Azizah juga UMNO. Mahathir juga UMNO. Azmin juga UMNO. Mahyudin pun UMNO. Adakah syarat perubahan itu ialah mesti keluar UMNO? Kalau keluar UMNO tapi perangai masih sama atau ulang kesilapan yang sama atau lebih teruk dari dulu, apa gunanya?
Perubahan bukan semata-mata tukar jenama atau kulit atau logo. Perubahan ialah perubahan pendirian, sikap, kaedah, pendekatan dan cara. Pimpinan-pimpinan UMNO sudah berulang kali menyatakan kekesalan mereka di atas kesilapan silam.
Ada perkara yang mereka pertahankan dan ada perkara yang mereka akui silap. Maka hari ini mereka berusaha melakukan perubahan.

PAS pernah berkerjasama dengan Anwar dan DAP. Dengan penuh harapan agar Anwar benar-benar berubah dan menyesali kesilapannya yang lalu.
PAS juga berharap semasa kerjasama itu agar DAP berpeluang mengenali PAS dan dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Tapi pengalaman itu membuktikan pada PAS bahawa Anwar mabuk kuasa melebihi segala-galanya. Sementara pengalaman tahaluf itu jelas membuktikan DAP adalah jahat.
PAS hari ini ingin mengambil peluang untuk mengajak UMNO yang telah kalah dan dalam proses reform dalaman mereka. PAS ingin berkerjasama dengan mereka dengan titik utamanya ialah ISLAM MEMIMPIN.
PAS ingin dekati ahli UMNO yang selama ini jauh dengan PAS kerana fasa pertembungan yang telah sekian lama.

Adakah pimpinan dan ahli UMNO benar-benar akan berubah dari kesilapan silam mereka? atau lebih jelasnya berubah kepada prinsip Islam sebagaimana yang dipegang oleh PAS?
"akan berubah" ini adalah berkaitan masa depan. Yang pertama, masa depan adalah di dalam ilmu Allah. Siapa kita untuk menetapkannya seolah-olah pasti dan yakin orang UMNO tidak akan berubah? Yang kedua, hidayah adalah milik Allah.
Kewajipan kita adalah terus berusaha untuk dakwah, islah dan tarbiyah. Natijahnya itu adalah di dalam kuasa, kehendak, keizinan dan ilmu Allah.

PAS bergembira untuk terus berkerjasama mengajak UMNO (pimpinan dan ahli-ahlinya) kembali memperbetulkan kesilapan dan kesalahan lalu.
PAS ingin agar Islam menjadi keutamaan dlm kerjasama ini. Hanya itulah yg PAS ingin sejak dulu. PAS sanggup bersendirian demi Islam. PAS sanggup memaafkan Anwar dahulunya demi Islam. PAS pernah meluaskn jalan dakwah kpd DAP juga demi Islam. PAS putus dgn mereka juga demi Islam.
Hari ini PAS menjalinkan kerjasama dengan UMNO juga demi Islam. Sementelah pula tanahair Malaysia ini adalah "ardhul muslimin". Majoritinya orang Islam, agama persekutuannya juga Islam.
Presiden PAS telah terang-terang menasihat mereka yang mendakwa berfikrah Islam dalam PH agar pertahankan Islam dalam kerajaan. Namun, prestasi mereka dalam isu Islam, mendukacitakan.
PAS juga bersedia bekerjasama dengan Tun Mahathir (isu royalti, icerd, pilihanraya pbt, kemasukan ahli sukan israel dan ura-ura usul undi tidak percaya dll) pun untuk Islam. Kalau pun Tun Mahathir tidak ingin, PAS tidak rugi apa pun.
PAS akan terus mengambil langkah, mengatur strategi dan usaha demi Islam.

"Islam Memimpin"
"Terus Mara"

Ditulis oleh,
Hazmi Dibok
Pengarah Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
& Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang
7/3/2019

#terusmara
#islammemimpin
#pemudapas
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Pemuda PAS Malaysia
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!