, 22 tweets, 4 min read Read on Twitter
Cuba dengar lagu ini.

Nama lagu ni Trang Boelan (Terang Bulan), sebuah lagu yang popular di Nusantara pada 1920an dan 1930an. Melodinya macam lagu apa? Yup. Macam lagu Negaraku, lagu kebangsaan Malaysia.

Macam mana boleh sama? Ini thread.
Pertama kali aku dgr lagu ni dlm satu filem Indonesia, Guru Bangsa: Tjokroaminoto. Filem ni mengisahkan tokoh pejuang kemerdekaan Indonesia, Oemar Said Tjokroaminoto, era 1920an-1930an. Mas Tjokro ni merupakan mentor serta bapa mentua kpd Soekarno, Presiden pertama Indonesia.
Dalam filem ni, watak Soekarno juga ada sebagai watak sampingan, dan ada juga sikit babak percintaan beliau dengan Oetari, anak perempuan Mas Tjoko.
Lagu Terang Bulan ni banyak dimainkan dalam filem ini. Masa aku dengar, aku macam "hmm melodinya macam kenallah. Tapi lagu apa ek?" Habis tonton filem ni, aku pun Google pasal lagu ni. Hah! Melodi sama macam lagu Negaraku!
Melodi ini asalnya diambil dari mana? Dari sebuah lagu rakyat Perancis yang dicipta oleh Pierre Jean de Beranger, berjudul La Rosalie. Kisahnya begini. La Rosalie telah diperkenalkan oleh sebuah pancaragam Perancis yg mengadakan persembahan di Pulau Mahé, Kepulauan Seychelles.
Ketika itu, Raja Muda Raja Abdullah (Perak) telah dikenakan tindakan buang negeri ke Kepulauan Seychelles oleh kerajaan British pada 1877 kerana didakwa terlibat dalam peristiwa pembunuhan Residen British JWW Birch di Pasir Salak.
Sebagai seorang peminat seni, baginda terus mengasah bakat sebagai penggubah lagu ketika berada dalam buangan. Sekembalinya ke negeri Perak, baginda telah memperkenalkan melodi lagu di negeri tersebut.
Pada tahun 1888 pula, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah telah berangkat ke London untuk menghadiri kemahkotaan Permaisuri Victoria pada tahun 1888.
Setibanya rombongan diraja di London, sebagai persediaan, wakil Permaisuri Victoria telah meminta dari Almarhum Raja Mansor, Juruiring Baginda, nota Lagu Kebesaran Negeri Perak utk dimainkan semasa Baginda berangkat masuk ke dlm Majlis2 Rasmi yg diadakan di Istana Permaisuri nnt
Pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai Lagu Kebesaran. Utk mengelak rasa malu, di atas kebijaksanaan & dayausaha Almarhum Raja Mansor, tlah menyatakan bhw beliau terlupa membawanya & sekiranya wakil Permaisuri dpt menyediakan seorang pakar muzik yg boleh membuat nota lagu,
Almarhum Raja Mansor telah membunyikan (bersiul) melodi lagu yang dibawakan oleh Raja Abdullah dari Kepulaun Seychelles yang mana pada ketika itu sedang popular di negeri Perak.
Selepas dimainkan pada hari kemahkotaan Permaisuri Victoria di London pada 1888, Raja Muda Perak, Raja Abdullah Muhammad telah menulis seni kata lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" dan kemudian menjadikannya sebagai lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.
Masuk ke era 1920an pula, lagu Trang Boelan telah dicipta dan dipopularkan oleh Begawan Indonesia di Singapura di pentas bangsawan.
Singapura pada ketika itu merupakan nadi kepada seni di rantau ini, maka, ia telah membuatkan Trang Boelan sangat popular di seluruh Nusantara pada zaman itu. Sehingga kini, kita tidak tahu siapa penulis lirik untuk lagu ini
Kemudian, ketika Persekutuan Tanah Melayu ingin merdeka, setelah berbincang panjang, Tunku Abdul Rahman telah memilih melodi lagu negeri Perak sebagai melodi untuk lagu kebangsaan, Negaraku.
Apa yang menarik tentang 2 lagu ni, semasa kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, kerajaan Indonesia telah mengharamkan lagu Trang Boelan dipersembahkan di khalayak umum di negara tersebut bagi menghormati negara baru Malaya yang baru sahaja merdeka.
Waktu ni, Indonesia masih lagi menghormati Malaya kerana belum lagi tercetus konflik Konfrontasi atau Ganyang Malaysia. Itu kisah sejarah yang kita sembang lain kalilah.
Semestinya kalau kita baca perbualan2 di Internet tentang 2 lagu ni, macam biasa, sesetengah rakyat Indonesia suka claim bahawa Negaraku mencuri rentak lagu Indonesia kerana lagu Trang Boelan sangat popular di sana - malah sehingga kini.
Itulah sebabnya aku suka layan filem2 Nusantara (Malaysia/Indonesia). Dari satu filem, kita boleh dapat ilmu baru, macam aku dpt info tentang Trang Boelan dari Guru Bangsa: Tjokroaminoto. Filem ni ada di Netflix kalau korang nak layan
Hakikatnya sejarah dua negara moden adik-beradik ini tidak jauh bezanya. Cuma kita sahaja yang perlu cari titik persamaan, bukan lagi berkelahi tanpa sebab di media sosial
Ini lagu Terang Bulan kalau korang nak dengarnya di Spotify: open.spotify.com/track/0Hnmbz1s…
Liriknya pun bagi aku ada jenaka dan nasihatnya. Gunakan "buaya" sebagai pembayang dan "buaya darat" sebagai makna.

Terang bulan
Terang bulan di kali
Buaya timbul disangkalah mati
Jangan percaya mulutlah lelaki
Berani sumpah 'tapi takut mati
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Rakyat: Faiz Tobeng
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!