, 25 tweets, 8 min read Read on Twitter
Peribahasa Melayu sememangnya satu cabang ilmu Melayu yg genius. Tp, klu hari2 baca peribahasa yg sama je, mungkin kita tk nmpk tang mana hebatnya tamadun Melayu. Thread ni aku kongsikan skit antara peribahasa yg jarang kita dgr: tentang alam, pelayaran, pembuatan besi & meriam
1. Bak membelah buah kepayang muda, dimakan mabuk, dicampak sayang.

- Buah kepayang ni dijadikan ramuan dalam masakan Nusantara. Tapi untuk dijadikan makanan ia perlu diproses melalui proses yg panjang, kalau tak, boleh membawa maut. Ada la petua proses dia, aku pun tak ingat
- Jadi klu membelah kepayang muda (yg blum proses), dimakan mabuk (boleh bw maut), dibuang sayang (tk elok buang2 makanan)

- Erti: melakukan suatu yg serba salah. Peribahasa lain yg sama makna: ditelan mati emak, diludah mati bapa; digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang
Antara pantun yang ada sebut kepayang:

Sayang-sayang buah kepayang,
Makan isi kulit melayang;
Kalau terpandang aurat Si Dayang,
Punggung bergegar jantung bergoyang.

Sayang kepayang buah kepayang,
Mari taruh atas peti;
Kalau sama kasih sayang,
Biar kita hidup semati
Sayang-sayang buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang;
Tuan laksana kayu gerenang,
Di sini tempat bergurau sayang.
2. Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman

- Ini antara favourite aku sebenarnya. Lelaki (kumbang) yang pemalu (jinak) pun akan make a move (terbang beredar), kalau wanita (bunga) yg berkenan di hati pun muncul (kembang di taman)
- Bunga dalam adat Melayu memang sinonim. Sebab tu kalau kita datang nak meminang, kita kiaskan dengan "memetik bunga di taman".
3. Seperti peluru dua setuangan

- Besi (peluru) kan dibuat melalui tuangan besi cair panas ke dalam acuan. Jadi kalau dua peluru yang dituang seacuan, kan sama rupanya.

- Peribahasa yang sama: Seperti pinang dibelah dua, Pelanduk dua serupa.
4. Umpama ditembak dengan peluru petunang

- Peluru petunang ni ialah peluru yang telah dijampi. Ia dijampi dengan tujuan setiap bedilan yang dilancarkan akan tepat ke sasaran. Amacam hebat kan orang Melayu dulu? Peluru pun dijampinya.
- Maksud peribahasa ni ialah sesuatu perkara yang dilakukan membuahkan hasil

Pantun berkaitan petunang:

Tindih-menindih batang pinang,
Kait mengait serambi padi;
Tembak seperti peluru petunang,
Apabila kena ular pun mati.
Kututuh mari sebatang pisang,
Habis menimba selara padi;
Kutembak dengan peluru petunang,
Naga tak kena ular tak mati.

Jangan ingat Daenerys Targaryen je ada naga, orang Melayu pun ada mitos naga. #GameOfThrones
5. Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu

- Kalau semua manusia mempunyai darjat/bakat/citarasa yang sama, mesti hidup ni sukar untuk diteruskan. Atau dalam kata lain, kita memerlukan antara satu sama lain tak mengira apa jua lapisan masyarakat
- Menunjukkan orang Melayu dulu cukup arif dalam ilmu hutan rimba. Diorang tahu yang kalau pokok semua sama tinggi, macam mana nak merasa angin
6. Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelangkang

- Makna mudahnya, kalau kecam orang, dialah nombor satu, tapi bila suruh buat sendiri, tahpape. Lebih kurang sama dgn peribahasa: Belum bertaji hendak berkokok
7. Seletus bedil berbunyi, mencebur ikan dalam laut, berkokok ayam dalam hutan

- Ucapan seseorang yang menggemparkan orang di mana-mana. Peribahasa moden mungkin: kau sembang babi pun boleh terbang
8. Takut dihujung bedil, lari ke pangkalnya

- Kalau ada masalah, dekatinya dengan cara yang bijak dan jangan jauhinya. Yelah, kalau berdiri depan bedil memanglah takut sebab situ keluarnya bedilan, tapi kalau duduk pangkal meriam, selamat.
9. Kalau tak bermeriam, baiklah diam

- Aku rasa peribahasa ni paling senang nak faham. Kalau tak boleh nak "function" macam meriam, baik diam je.
10. Tak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta

- Secara kasarnya, maksud peribahasa ni ialah tak guna cakap sesuatu perkara dekat orang tak faham bahasa. Orang bodoh yang tak faham makna kiasan atau sindiran
11. Berbuat di alang tahun, belayar di luar musim

- Org dulu berlayar menggunakan tiupan angin. Maka ilmu pelayaran seperti angin perlu dimahirkan. Kalau belayar di musim yang salah, pasti takkan sampai destinasi yang ingin dituju = sia-sia
12. Seberat-berat kayu, terapung jua dalam air

- Sekeras-keras kayu pun, ia tetap terapung dengan elemen yang lebih lembut daripadanya: air. Sehebat manapun manusia, pasti dia ada kelemahan
13. Binatang tahan palu, manusia tahan kias

- Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.
14. Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak.

- Mengandung tetapi selalu keguguran.
15. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh

- Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.
Lain2 peribahasa berkaitan alam yg kita biasa dengar:
- Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
- Melentur buluh, biar dari rebungnya
- Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga
- Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
- Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati org
Apa yang kita boleh belajar dari peribahasa2 Melayu ni? Orang2 Melayu dulu adalah hebat2 belaka. Usahlah dimomokkan lagi bhw kita nk buat jarum sebatang pun tk pandai. Peribahasa2 ni je dah cukup membuktikan yg org Melayu dlu bermain dgn sains & teknologi dlm hidup sehari-hari.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Rakyat: Faiz Tobeng
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!