, 32 tweets, 7 min read
My Authors
Read all threads
Before this aku dapat banyak soalan pasal kerja sebagai software engineer/developer/programmer and other IT-related fields dari lepasan SPM, asasi/matrik dan even dari pelajar universiti sekalipun.

So ini thread panjang pasal career in Computer Science (CS) background.
Tak dinafikan lagi, in recent years, bidang ni semakin popular. Kalau dulu makcik bawang berani cakap "grad nanti susah cari kerja", tapi ternyata harini depa salah.

CS adalah antara bidang yang mempunyai vast amount of career prospects.
Peluang pekerjaan dalam bidang ni bergerak seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

Hang bayangkan betapa cepatnya teknologi berkembang zaman ni? Setiap hari ada ja benda baru muncul, aku pun tak dapat nak keep up with the pace.
So jangan takut kalau korang apply UPU tetiba dapat course computer science walaupun korang belum tahu apa itu CS.

Before korang proceed, thread ni based on aku punya perspektif, dikumpul dari pengalaman sendiri dan kawan-kawan sebidang yg lain.

Aku akan share 5 point penting👌🏻
Jobs in CS field can be lucrative and fun. Syaratnya kena pandai market diri dan acquire skillsets tertentu.

Ada kawan cuma datang ofis 3 kali seminggu, tapi gaji mashaAllah. Ada juga yang ada rezeki kerja overseas, gaji in USD. Aku sekarang kerja remote, work anywhere I want.
1. Surround yourself with positive friends

Bila kawan dengan orang positif, sedikit sebanyak positiviti dorang akan tecalit jugak kat kita.

Aku surround diri aku dengan orang lebih dewasa dan matang, dorang banyak bagi nasihat and aku follow semua nasihat dorang.
Kalau rasa kawan kau cuba jatuhkan kau, merendah-rendahkan kau, cuba paint kau dengan negativity, kau jauhkan diri sikit dari dia. Cari yang supportive, tak dengki, baik hati, positif.
2. Go extra miles.

Sejak first year lagi aku dah banyak freelance kerja untuk solidify resume aku and cari duit untuk jalani kehidupan sebab aku miskin. Makan pun tak cukup sebab tu aku kurus gila dulu 🤣

(aku share sikit gambar nerd aku first year sampai sekarang lol)
From this, aku dapat belajar banyak benda yang aku taktau sebelum ni. Moving up the ladder, semakin lama semakin banyak rekod kerja alhamdulillah.

Aku pernah develop webs & apps untuk sekecik-kecik company, ke selebriti tempatan ke organisasi sebesar Bank Negara Malaysia.
3. Siapa malas, dia rugi.

Dalam CS ni, siapa malas dia rugi. Ramai orang silap, dia ingat CGPA tu segala-galanya. Selain belajar dan score, dia lupa untuk acquire skillsets yang penting.
Apa yang kita belajar dalam kelas tu sebenarnya tak cukup untuk jadikan kita employment-ready. Sebab tu kita kena buat FYP.

Tapi sayang weh, ramai yang pandang ringan dengan FYP sedangkan benda ni crucial gila untuk secure a job nanti.
Sebelum ni, ramai yang pm aku "encik boleh tak buat apps bla bla.."

Bila tanya app tu untuk apa, depa jawab untuk FYP. Wehhh, FYP buat sendiri la apahal nak upah orang. Dah la miskin, 300 je nak bagi lol jkjk 😂

Aku kena tembak kasar sikit bab ni sebab ada orang ambil ringan je
Dulu aku ada jugak la ambil satu dua untuk tolong kawan dengan harapan depa boleh belajar. Aku prepare simple codes kat depa siap dengan notes lagi dalam codes tu.

Tapi sayang, memasing malas nak experiment dengan code tu, malas baca dan malas belajar. Padahal HTML je pun.
Sejak tu memang aku tak layan terus memana student yang macamni. Korang pakai je la duit tu beli course online, belajar kat situ.

Kerja nak senang je eh? Kau ingat mak ayah hantar kau belajar untuk jadi bodo? Hahaha

Kau nak mintak aku ajar, share ilmu ke, ha jom. Yg ni aku suka
Aku tak la kata aku ni pandai sangat, tapi aku tak pandai aku belajar la benda tu.

Korang boleh guna FYP/coursework korang yang gempak-gempak tu untuk impress employer. So jangan la cincai buat benda tu. Lain la kalau ada side jobs lain yang impressive jugak.
4. Be clear and understand the job you apply

Honestly, aku rasa masih ramai lagi student final year yang still tak clear nak kerja apa lepas grad nanti. Apply kerja kat company pun main tembak ja, asalkan dapat kerja.
Imagine apply position as a programmer, tapi dalam resumé duk cerita pasal dia terer Photoshop, Word, Excel apa semua.

Tak cerita pun dia tahu banyak programming languages. Worse, HTML & CSS pun dia taktahu 😌 Dan lagi teruk, dia tak faham pun position apa yang dia apply.
Benda ni memang boleh belajar balik time kerja nanti. Tapi cuba fikir, company yang korang nak kerja tu nak kena allocate resource pulak untuk train korang, sedangkan ada lagi candidate lain yang lebih competitive.
Contoh, nak jadi penetration tester, tapi taktahu apa satu pun pasal ethical hacking, computer security, cryptography and etc.

Tetiba at the same time ada sorang budak hacker yang terer UNIX/Linux apply kat company sama. Agak-agak company nak ambik yang taktahu pape or hacker?
Sejak first year lagi, kita dah kena cultivate dah "industry-ready" quality. First year tu jangan duk sibuk lagi nak bercinta. Relax, pentingkan self-enrichment dulu. Jadi matang.

Dah pandai cari duit tu okay la nak cari pasangan hidup, dah ready nak kahwin apa semua.
5. Pick your niche

CS ni banyak cabang. Ada network, AI, project management, devops, technopreneurship, multimedia.
& banyak lagi.

Programing pulak ada backend, frontend, full-stack. Ada web, native, mobile apps.

You don't have to be "jack of all trades, but masters at none".
Contoh, dalam bebanyak programming languages, pick dua tiga yang paling kau minat and jadi super expert dalam tu. Tapi make sure belajar language yang marketable la such as PHP, Javascript, Java, Swift, Kotlin, Python, Ruby, etc.

Benda ni kena start since the beginning of time.
Nak belajar semua tu pun boleh, dialu-alukan, tapi make sure la ada benda yang hang paling expert. Nanti nak mintak kerja, apply yang tu.

Antara pekerjaan yang hot sekarang:
- mobile app developer
- backend/frontend/full-stack developer
- data engineer/analyst
- Java engineer
Niche computer security, AFAIK, masih tak banyak lagi dalam Malaysia (ni update dari 4 tahun lepas, sekarang aku taktau). Nak pursue dalam ni, make sure study bebetul.

Mungkin nowadays banyak diperlukan dalam banking systems, military, and other platforms yang security-critical.
6. Extra: self-selling

Kalau dah tahu banyak benda, tapi tak pandai jual diri pun apa gunanya kan? Macamana orang nak kenal kita kan?

Paling sonang, leverage social media ni ha.
Dulu aku selalu post pasal kerja-kerja, progress etc kat ig, Twitter, Facebook & LinkedIn.

Awal-awal dulu orang kata riak lah apa lah. Orang kata diam-diam sudah la, be humble and banyak lagi la benda tak best aku dengar.

Tapi lama-kelamaan inshaAllah orang akan cari 😊
Tapi from digital marketing class yang aku attend, the bare minimum untuk kau promosikan diri/product kat internet, you need to always talk about it on social media.

Ada orang suka finance, dia cakap pasal duit saja. Ada orang bidang photography, dia cakap pasal photography.
So kalau hang minat IT, cakap la pasal IT. Dah kenapa nak sibuk spill the tea apa bagai? Hahaha

Ada CTO kat satu company ni, dia cakap before dia hire orang, dia akan stalk social media orang tu. Sooo make sure lah post benda yang related, supaya kau nampak macam enthusiastic.
Dalam bebanyak job offer yang korang dapat kat LinkedIn tu nanti, inshaAllah ada rezeki boleh melekat satu position yang bagus. Mintak doa la moga Allah buka luas pintu rezeki kita.

Dalam skrinshot aku kat atas, salah satu job offer tu bergaji lebih RM10K tapi aku tak apply 😂
Moga pekongsian aku ni berguna untuk yang membaca sampai habis ni. Aku doakan rezeki korang luas, amiin.

Doakan aku jugak noh 😊🤲🏻
Apa beza IT & CS? Dua bidang ni tak sama ya.

Computer Science lebih kepada system development, design, architecture dan banyak lagi. Di sini banyak innovations berlaku.

While IT pulak lebih kepada mengguna/maintain/install sistem sedia ada. Macam system admin gitu.
Alaa ramai pulak mention desk setup yang awal tu but that's not mine 😢

Aku punya setups humble and simple je uhuk.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Omar Mokhtar عمر

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!