, 39 tweets, 8 min read Read on Twitter
Aku pelik dekat twitter hal India-Pakistan gaduh nak perang tak trending, padahal benda ni tengah meletop dekat FB selain pasal PRK.
So, ini ialah thread kenapa gaduh depa ni sembang bodo, kenapa bom nuklear boleh amankan dunia, dan kenapa Malaysia tak perlu bom nuklear.
OK first, aku nak cerita kenapa geng Shaheen dan Pajeet ni gaduh. Benda ni dah lama, sejak zaman Gandhi…silap, British Raj. Benua India ni secara demografiknya terbahagi kepada dua yakni orang Islam dan orang Hindu.
Waktu nak dimerdekakan, orang-orang Islam negara India waktu tu cuak kalau suara depa tenggelam sebab depa jadi minoriti. Oleh itu, pemimpin Muslim waktu tu wujudkan negara baru bernama Pakistan. Gandhi waktu tu confirmlah tentang, tapi tak boleh buat apa-apa.
Akhirnya Gandhi kena bunuh oleh ektremis Hindu sebab dianggap pemimpin lemah. Tak lama selepas tu, Pakistan timur merdeka dari Pakistan barat, menjadi Bangladesh. Ni sejarah ringkas depa.

Jadi, apa yang buat Shaheen dan Pajeet ni gaduh?
Pertama, agama. India mempunyai penganut Hindu yang sangat ramai. Pakistan pulak terbalik, ramai orang Islam. Walau bagaimanapun, punca yang sebenarnya ialah faktor geopolitik. Berebut wilayah Jammu dan Kashmir (J&K).
Pada perang India-Pakistan pertama, puncanya sebab Pakistan ceroboh J&K. Maharaja J&K waktu tu mintak bantuan India tolong dia dengan syarat, J&K kena ikut telunjuk India. Itu pasal perang ni sampai sekarang tak tamat lagi. Dua-dua nak tunjuk power.
Kalau kita selidik geografi depa, sumber air sungai Ganges, sumber air utama Pakistan dan India ni berasal dari Kashmir. Sebab sebahagian Kashmir sekarang jadi kawasan pengaruh India, of course la Pakistan sangsi kalau sumber air dia selamat. Jadi, depa pun perang balik.
Tapi, kenapa aku cakap situasi tegang sekarang ni takkan cetuskan perang macam dulu? Jawapannya ialah bom nuklear. Selalunya bom nuklear ni dianggap sebagai segala jenis setan kejahatan perang.
Namun, ramai yang tak perasan bahawa dunia kita sekarang ni jadi sangat aman sebab bom nuklear. Bila dua negara jiran ada bom nuklear, korang rasa depa sanggup tak lepaskan bom tu? Gila apa nak lepaskan. Kalau menang pun jadi abu je. Nama strategi ni ialah nuclear deterrent.
Punca zaman dulu banyak peperangan ni sebab ketiadaan ancaman yang sangat merbahaya kepada dua pihak. Namun, dengan kewujudan ancaman dahsyat berupa bom atom, sudah tentu dua pihak ni jadi cuak nak perang.
Last-last apa yang jadi ialah pemimpin dua pihak ni cuma perang mulut je, pastu bila dah cuak baru nak roundtable. Tak payah tengok Ind-Pak, tengok je situasi USA dengan K. Utara. Punya la Trump dan Kim tu gaduh macam budak kecik, ada tak bom terlepas? Tak. Roundtable? Ada.
Sama juga macam krisis Cuba dulu, di mana ia adalah situasi yang paling dekat nak cetuskan WW3. Pada mulanya, USA letak bom nuklear dekat Istanbul sebagai perlindungan terhadap USSR. Jadi, USSR ni balas balik dengan letakkan bom nuklear depa dekat Cuba.
Lepas kantoi, situasi jadi tegang gila. Ada naval blockade dan macam biasa, perang mulut Lepas dua-dua pihak hilang telur, terus ada roundtable. Nampak tak macam mana bom nuklear boleh jadi alat diplomatik yang ampuh?
Oh ya, lepas roundtable tu, USSR dan USA tarik balik bom nuklear masing-masing dari Turki dan Cuba. Melalui situasi ini, ia juga adalah mustahil bagi Pakistan dan India untuk masuk perang skala besar, sebab duadua ada bom nuklear dan polisi pengeboman yang counter sama sendiri.
Sebagai pemula, strategi Pakistan ialah ‘first strike policy’. Andai kata India dah ceroboh Pakistan jauh sampai banda-bandar utama, baru depa lancarkan bom nuklear. India pula ada polisi ‘no first strike use’. Depa takkan lancarkan bom nuklear selagi musuh tak lancar dulu.
Tapi, sekali India lancar, memang kaw kaw dia bagi. Bom sampai satu negara hancur. Sebab tu dua-dua akan cuak nak perang, sebab secara teknikalnya strategi mereka counter sama sendiri.
Sebab tu lah ada pepatah terkenal dari Latin sebut, 'si vis pacem, parabelum'. If you want peace, then prepare for war. Keamanan dunia ni mustahil dicapai dengan cinta dan kasih sayang, tapi dengan ancaman ketakutan. Dah macam Madara siot 😂.
Sekarang, masuk bab Malaysia. Kenapa kita tak perlukan bom nuklear? Jawapannya terletak pada kedudukan kita. Ya, selat Melaka. Kawasan ini adalah antara kawasan terpenting di dunia. 25% ekonomi dunia sahaja dah terletak di sini.
Kalau bom nuklear ialah faktor yang menyebabkan dua pihak cuak nak berperang, maka selat Melaka ialah faktor tersebut. Gila ke apa nak berperang dengan antara negara yang kawal laluan selat Melaka. Mampus ekonomi tak gerak. Faktor kedua ialah kuasa diplomatik kita.
Orang Melayu ni dari zaman dulu sampai sekarang sangat power dalam bab diplomasi, di mana ia akhirnya menjadi fahaman tak rasmi negara kita. Benda ni boleh lihat dalam kebijaksanaan Perdana Menteri kita dari PM1 sampai PM 8. Pada zaman tunku, kita berpaksikan pada Barat.
Zaman Tun Razak, kita negara pertama yang jalinkan hubungan diplomatik dengan China. Dari zaman PM seterusnya sampai sekarang, kita punya jalinan diplomatik dah jadi sangat berselirat, kalau ada satu bom nuklear terbang dekat kita,
-akan ada sekurang-kurangnya lima bom nuklear terbang pada musuh. Kalau ikut agreement ketenteraan kita pun, UK, Singapore, OZ, NZ dan Malaysia akan support sesama sendiri kalau berlaku perang di antara negara-negara ni.
Ni baru ‘5 Power Agreement’ tau, belum masuk dengan hubungan negara lain. Oh ya, aku ada cerita menarik pasal benda ni.

Antara contoh menarik kita pergunakan kuasa diplomatik kita untuk elak perang ialah waktu USA dan China berebut kita.
Kita terima TPP dan pada waktu yang sama, kita terima ECRL. Ini namanya political hedging. Bila bend ani terjadi, USA dan China tak tahu kita sokong siapa sekarang. Part yang paling best ialah lepas tu. Selepas kita finalize talk ECRL, tetiba Russia buka pejabat di Putrajaya.
Orang kata the more the merrier, gitu.

Antara contoh menarik lain ialah peristiwa konfrontasi. Yang ni memang aku respect gila pada Tunku. Peristiwa ni adalah contoh Perang Dingin waktu baru nak mula. Indonesia waktu tu bawah pengaruh USSR dan Malaysia bawah UK.
Sewaktu Sukarno berapi-api bagi pidato ganyang Malaysia, Tunku Abdul Rahman pulak sedih bila dipaksa pijak bendera Pancasila (simbol Indonesia). Malah dia punya tegang tu sampai UK supply kita 48 BOM NUKLEAR di Butterworth. Tapi, Tunku tak kasi bom Indonesia.
Kenapa nak bom adik beradik kan? Jadi, Tunku push diplomat-diplomat dia termasuk Tun Razak untuk minta negara luar iktiraf penubuhan negara bangsa Malaysia. Hasilnya, support kepada Indonesia merusut dan akhirnya Sukarno kena guling dengan Soeharto.
Game politik Soeharto ni seronok kalau nak cerita, kalah GOT, tapi nanti-nantilah.

Selalunya lepas habis tulis artikel aku bagi sumber rujukan, tapi memandangkan BBW, pesta buku Selangor tengah berlaku, dan akan datang PBAKL,
-aku nak promote dua buku ni yang jadi sumber rujukan aku tentang hal ni.

Pertama ialah Dunia Tanpa Tembok oleh Ayman Rasydan Wong, orang PTD. Buku ni cerita pasal selok belok diplomatik global dalam bahasa laymen.
Kalau korang nak beli buku ni, beli cepat-cepat sebab buku ni memang cepat habis. Sekali keluar, seminggu akan habis walaupun cetak 1000 unit. Tak percaya, tanya sesiapa yang pernah beli buku ni. Baru-baru ni, sambungan dia dah keluar, DTT 2.
So, kalau nak harga murah, preorder atau pergi beli direct sekarang.

Buku kedua ialah Malaysia Military Power, ditulis oleh orang-orang tentera juga. Selalunya, buku ni dibeli sebagai kombo dengan DTT. Kalau DTT pasal diplomasi, yang ni pasal tentera tu sendiri.
Tentang aset tentera kita, logistik dan sebagainya. Kalau korang beli dan baca dua buku ni, automatik kebodohan dalam kepala otak korang akan hilang.
Alang-alang aku sebut pasal Madara, ni aku nak promote buku terbitan baru depa ni. Alegori Naruto ni sebenarnya buku falsafah berat, tapi dimudahkan melalui perumpamaan Naruto bagi laymen. Kronikel One Piece pulak pasal sejarah lanun dalam manga tu.
Ya, Trafalgal Law, Blackbeard, Kaidou semua tu berdasarkan watak lanun sebenar dalam sejarah. Sungai Batu pulak pasal tamadun Melayu tertua dan terpenting. Dalam penulisan tamadun-tamadun awal dunia, mereka ada sebut kerajaan yang kaya dengan logam besi dan kekayaan lain.
Sekarang baru kita tau tamadun itu ialah tamadun Sungai Batu. Usia dia lagi tua dari Buddha dan tamadun Rom sendiri. Tiga buku ni memang orang dah lama tunggu keluar, jadi kalau minat, preorder lah ya sementara masih murah ni.
P/S: Perghh, comeback siot dah lama tak tulis thread berat 😂.
P/S 2: Ok, aku ada tengok orang tanya mana nak pre order. Boleh rujuk link ni dan check bahagian promosi:
thepatriots.store/store/promo/
P/S 3: Sekarang ni negara superpower dan minimumkan pembinaan bom nuklear. Why use nuclear bomb when you can create Tungsten kinetic bomb? 0% harmful waste but same energy output as nuclear bomb. Tungsten bomb is the future right now. Gonna write on this later.
P/S 4: Sebenarnya Gandhi tak tentang pun Pakistan ditubuhkan, salah wording. Beliau cuma tak setuju, tapi kasi je lepas.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Ammar Akmal
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!