, 11 tweets, 2 min read Read on Twitter
Sorry, Saya nangis sambil menulis thread ni.

Saya ingat lagi masa saya letak probe atas perut pesakit saya dan memberitahu beliau - “Maaf Puan”.

Beliau dah tahu apa yang saya maksudkan.
Apabila beliau tak berhenti berdarah di rumah. Dan ternampak suatu ketulan yang keluar sekali dengan darah tersebut.

Beliau menangis depan saya.
Sudah beberapa tahun beliau mencuba untuk mengandung. Tetapi belum tiba masanya lagi.
Saya hanya mampu untuk memujuk beliau dan merujuk pasangan tersebut kepada Doktor Pakar Sakit Puan kerana ini sudah merupakan kecubaan yang ketiga.
Keesokan harinya , saya mendapat “tangisan” yang lain di klinik saya.

Ada pasangan datang setelah 11 tahun mereka cuba untuk mendapat zuriat.

Dan kali mereka menangis - tangisan yang penuh dengan kegembiraan, apabila mereka ternampak jantung bayi mereka buat kali pertama.
Proses kehamilan itu indah.

Tapi kita sebagai lelaki kena sokong isteri kita bukan sahaja semasa proses tersebut, malah sebelum dan selepas.

Bukan mudah bagi pasangan yang tidak mempunyai anak.

Mereka akan dipandang remeh oleh masyarakat, dipanggil “tidak subur”.
Saya pernah lihat sendiri di kalangan Kaum India, ada wanita yang tidak mempunyai anak, atau suami dihalang daripada melibatkan diri dengan majlis perkahwinan saudara mereka - kerana dianggap “nasib malang” tersebut boleh merebak kepada pengantin baru.
Apabila perkara ini berlaku kepada kita, kita akan mula bertanya

“Kenapa saya?”

Ada yang akan mula salahkan Tuhan.

Ingat Rezeki ini bukan bermakna kamu dapat apa yang kamu nak. Tapi Bila kamu Terima apa yang Tuhan beri.
Kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam(as) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adalah rezeki beliau.

Kita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah(ra) . Beliau berkahwin namun tak dapat anak. Itu pula rezeki beliau.
Rezeki tuhan itu luas.

Sekiranya tiada rezeki anak, mungkin anda diberikan rezeki mertua yang baik.

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada keesokan hari.
Bersabar, Bersyukur , Berusaha , Berdoa , Bertawakal.
Dan untuk kawan kawan saya atau sesiapa yang sedang mengalami masalah ini..

“Seorang anak yang meninggal dunia akan menjadi penghalang daripada api neraka, begitu juga anak yang keguguran”
[Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab, jilid 5, m/s 295]

Coretan Hati Saya.

Dr Nimelesh
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Nimelesh
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!