, 38 tweets, 10 min read Read on Twitter
Korang tau tak pasal Taman Tema Mimaland dekat Gombak ?

Taman Tema di Malaysia terbesar di Asia Tenggara tahun 1971. Dulu cantik... Sekarang dah usang. Ada banyak kisah sejarah tempat ni.

100 RT aku cerita.
aku eksaited nk cerita sebab masa aku pergi tempat tu even siang tapi tetap rasa seram.

tapi kalau takde siapa nk baca, malas la.
Uwu dah 100 lebih. Yeay aku eksaited nak cerita.

Ok boleh park dulu. Esok pagi aku cerita.
Selamat pagi! Disebabkan ramai dah marah, ok jom kita start!

Haritu family alin nak ke pahang tapi karak highway jem so terpaksa la ikut jalan lama. Kami lalu jalan gombak lama & bentong.

Tiba2 abang alin ajak pergi mimaland theme park. Kat mana pulak mimaland ni...
Alin nak upload video, tapi internet tak kuat. Maafkan sayaaaa.

So lepas alin hantar barang dekat uia, kami terus gerak pergi mimaland. Masa tu baru pukul 1PM, tapi mungkin disebabkan oleh keadaan jalan rosak, sempit, tak pernah orang lalu, sunyi, kanan bukit kiri gaung..
Buat tempat tu jadi sunyi & seram. Sebenarnya takde apa pun. Kalau ada yang hati kering nk pergi melawat, boleh la. Tapi jangan masuk ye. No entry, dilarang menceroboh.

So ni pintu gerbang sebelum start naik Mimaland. Ada tulis Welcome To Mimaland.
Lepas sampai uia, alin pi letak barang then terus gerak pergi mimaland. Masa ni baru pukul 1PM, tapi mungkin keadaan jalan rosak, sempit, sunyi buat tempat tu macam seram. Kanan bukit, kiri gaung. Takde apa pun sebenarnya.
dalam gambar tak nampak, tapi in real nampak. Ada perkampungan dekat situ, tapi masa kami naik, semua orang pandang pelik.

So bila alin start research, baru tau, Mimaland tu nama sebenarnya 'Malaysia in Miniature Land' Pertama di Malaysia & Terbesar di Asia Tenggara.
Mula dibina pada tahun 1971. Masa tu semua orang happy excited, yela ada taman tema. Siapa je nak buat taman tema besar2 masa tu, telan belanja banyak.

Tapi Malaysia buat! So lepas lalu jalan yg berliku, kini korang sampai dekat destinasi yg dituju. Kaunter tiket!
Thread alin terputus sebab video ni lembap.

So here

Ni kaunter tiket dahulu vs kaunter tiket sekarang. Tapi kami dapat masuk sampai sini je, sebab dah berzink putih no entry.
Berkeluasan 300 hektar. Kalau perhatikan pada Mimaland Map ni, kaunter tiket ada dekat bahagian bawah sekali, tengah2 tu. Besar kan ?

Kalau alin ni, tak larat dah jalan, ok jom la kita balik.
Okay. Dah masuk kan? Bayar la. Nah ticket. Selamat meneroka Mimaland!
Mula dibina pada tahun 1971 dan mula dibuka pada orang ramai tahun 1975. Mimaland ni dibina secara berfasa.

Fasa pertama mereka siapkan motel & chalet siap dgn kolam renang dulu untuk pengunjung.
Salah satu tarikan utama dekat Mimaland ni adalah Taman Haiwan Prasejarah. Ada banyak binaan macam gajah, dinosour, dan banyak lagi.
So kalau masuk2 hutan tu, jumpa binaan ni, alin lari dulu lah kot.
Popularnya Mimaland ni sampai banyak penggambaran dilakukan di Mimaland. Antara filem2 yg dihasilkan adalah Mekanik (1983), Gila-Gila Remaja (1986), Tempo 88 (1987), Dendang Perantau (1979) dan Suara Kekasih (1983)
Antara dialog popular lakonan Faizal Hussein dalam satu scene Gila Gila Remaja ialah "Esok jangan lupa, Mimaland!"

Ni ada sikit sedutan filem untuk korang.

Enjoy!
Sikit2 cukup la kan. Takpayah la video penuh. Hensem juga Faizal Hussein ni. 😂 Rasanya pelakon lelaki hensem dulu, one of them adalah Faizal Hussein. Haha
Mari kita teruskan. Tasik yang Faizal Hussein main tu yang ni la. Dulu vs sekarang.
selepas dah maju, lebih ramai pengunjung datang, pihak pengurusan Mimaland buka satu lagi tapak baru selepas 9 tahun Mimaland dibuka iaitu kolam renang! Yeay!

Waktu tu dikatakan kolam renang ni adalah kolam renang yg terbesar di Asia Tenggara!
maka startlah tragedi Mimaland pada Januari 1993 yg menjejaskan nama baik Mimaland.

Seorang warganegara Singapura berumur 27 tahun yg maut disebabkan oleh kemalangan dekat papan luncur.
Jadi Mimaland tutup kawasan tu untuk sementara waktu bagi tujuan penambahbaikan.

Lepas dah siap, dah buka semula untuk pengunjung, 1 lagi insiden ngeri dan lebih buruk dari tadi berlaku dikawasan sama.
iaitu pada Mei 1994. Berlaku tanah runtuh menyebabkan dinding kolam renang tadi retak & mengalami kerosakan.

Air lumpur masuk dalam kolam renang so pengunjung semua diarahkan keluar dari kolam tu. Disebabkan kejadian ni, pihak pengurusan terus tutup kawasan tu kpd pengunjung.
jadi bila dah banyak sangat insiden jadi, ramai pihak termasuk agensi kerajaan mendakwa pihak pengurusan Mimaland termasuklah kelemahan kawalan keselamatan.

Pihak makhamak tak benarkan Mimaland beroperasi sepanjang perbicaraan.
Disebabkan tak boleh beroperasi, Mimaland tak boleh nak tanggung semua kos. Akhirnya Mimaland terpaksa ditutup buat selamanya pada tahun 1994.

Tapi....
Sekarang dah 2019, jadi dah 25 tahun Mimaland ditutup.

Syarikat MPHB Capital Bhd, yang memiliki 98.2% daripada Mimaland Bhd, dan Bandar Raya Developments Bhd (BRDB) unit Magna Senandung Sdn Bhd nak buka semula Mimaland.
tapi usaha tu ditamatkan pada tahun 2015. Mungkin sebab lama ditinggalkan jadi kos baik pulih menelan belanja yang agak banyak jadi sebab tu la tak jadi.

Kalau nak cerita tentang kisah mistik, banyak je tapi fokus kita pada harini adalah sejarah Mimaland!
Dah 25 tahun Mimaland ditutup secara kekal, kalau dibuka semula untuk pengunjung, korang nak pergi tak ?
Kini Mimaland tinggal sejarah tapi ia kekal dalam memori. Terima kasih baca!

Kalau nak tengok gambar lain, kot ada gambar parents korang, boleh ke facebook Mimaland m.facebook.com/Mimaland.Gomba…

Nak tengok video lain, boleh buat carian di Youtube.
Sumber lain :
Freddie Aziz Jasbindar, 2019 (Sejarah)
Farouq Johari, 2017 (Says Seismik)
Kay Suhaimi, 2018 (Iluminasi)
Gila-Gila Remaja Video CekGuarun, 2006,
Gambar dari Google
Video masuk Mimaland original dari saya.
Cuma sayang la tutup, kalau tak, kita masih ada Taman Tema Pertama di Malaysia & atas bukit.

Mimaland ni nak buat pusat pelancongan sama macam Genting & Cameron Highland tapi apakah daya, jodoh tiada...
Ala tak perasan typo mahkhamah. Cowwy
someone share her story with me today. i feel sorry for her grandma. this thing should not happen at mimaland :(
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ALINN 🐯
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!