Profile picture
The Patriots @thepatriotsasia
, 21 tweets, 6 min read Read on Twitter
"Ada Apa Pada Lawatan Tun M Ke Jepun?"

Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

Ini adalah bebenang

Silakan retweet dan like

#Malaysia #ShinzoAbe #Japan #Mahathir #Jepun #HubunganAntarabangsa #Sejarah
Esok, Tun M akan memulakan lawatan kerja (working visit) ke Jepun dengan memberi ucaptama di 24th International Conference on the Future of Asia anjuran Nihon Keizai Shimbun (Nikkei), akhbar ekonomi Jepun tersohor.
Sejak conference itu diadakan bermula tahun 1998, Tun tak pernah miss kecuali 4 kali (2005, 2007, 2008 dan 2011).

Selepas conference Tun akan berjumpa dengan Shinzo Abe. Kebetulan pula ayah Shinzo Abe (Shintaro Abe) merupakan Menteri Luar Jepun di zaman Tun dulu dari 1982-1986.
Dalam dunia diplomasi, destinasi pertama lawatan luar negara seseorang pemimpin selalu diberikan kepada negara yang dianggap paling penting dan paling rapat.
Maka lawatan Tun ini ditafsirkan oleh sesetengah media Jepun dan China sebagai "shinnichi" (親日) atau pro-Jepun, media tempatan pun mula terikut-ikut dengan naratif yang sama.
Tapi pada pandangan den, Tun tidak pro-Jepun atau anti-China.
Sebab kalau pro-Jepun maksudnya akan jadi pro-US, kerana Abe mengamalkan dasar luar yang agresif dengan mengadakan kerjasama "Quadrilateral Security Dialogue" atau "Quad" bersama US, Australia dan India untuk menyekat pengaruh China di Indo-Pasifik.
Ini bukan satu pilihan yang bagus kerana ia akan "antagonize" China dan merumitkan lagi "balance of power" di Asia Pasifik.

Apa yang Tun mahu ialah menjadikan Jepun sebagai "hedge" kepada China.
Sebelum saya teruskan, sesiapa yang nak baca dalam bentuk artikel, tekan link ini:

thepatriots.asia/ada-apa-pada-l…
Maksudnya, secara keseluruhan Malaysia masih akan meneruskan perdagangan dan pelaburan dengan China, tapi melalui peningkatan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi dengan Jepun, risiko kebergantungan (dependence) kepada China dapat dikurangkan.
Dengan itu Malaysia menjadi lebih fleksible dan bebas dalam menghadapi China terutamanya isu-isu yang melibatkan kedaulatan seperti Kepulauan Spratly.
Dulu di era Dasar Pandang Ke Timur pun, Tun tidak 100% pro-Jepun. Hubungan ekonomi Malaysia-Jepun tidaklah sentiasa menguntungkan. Jepun ketika itu ialah sebuah negara maju sedangkan Malaysia masih berstatus negara membangun, jadi banyak kepentingan tak aligned (sejajar).
Jepun anggap Malaysia sebagai pembekal bahan mentah murah tapi tidak mahu membeli barangan perindustrian Malaysia, dan itu menyebabkan Malaysia mengalami defisit perdagangan dengan Jepun.
Sampai Tun membidas Jepun sebagai "colonial" dalam satu ucapan pada Ogos 1984.

Jepun juga terlalu menjaga kepentingan US daripada menjaga kepentingan rakan dagangnya di Asia.
Akibat desakan US, Jepun telah menandatangani perjanjian Plaza Accord pada tahun 1985 untuk menaikkan nilai Yen dengan tujuan mengurangkan defisit US. Yang menerima kesan ialah Malaysia kerana banyak hutang dalam Yen jadi doubled nilainya.
Jadi, sebagai "hedge" kepada risiko Jepun, Tun memacukan hubungan ekonomi Malaysia-China. Berbanding Jepun, China dan Malaysia berkongsi lebih banyak kepentingan bersama sebagai negara membangun dan negara yang tidak mahu didominasi oleh hegemoni ekonomi-politik US.
Apabila Tun mencadangkan sebuah East Asian Economic Group (EAEG) pada tahun 1990 sebagai alternatif kepada Asia Pacific Economic Cooperation (APEC) dan minta Jepun untuk lead, Jepun menolak sebab takut menyinggung US.
Ketika Krisis Kewangan Asia 1997, Tun minta Jepun untuk lead Asian Monetary Fund (AMF) sebagai alternatif kepada International Monetary Fund (IMF), sekali lagi Jepun tolak.
Namun kedua-dua idea itu disambut balik oleh China dan China banyak membantu merealisasikan idea itu dalam bentuk kerjasama "ASEAN Plus Three". Bayangkan betapa rugi kalau hanya bergantung pada Jepun semata-mata pada waktu itu.
Di era 1980-an, apabila Jepun terlalu dominan, maka China digunakan untuk hedge Jepun. Pada hari ini, apabila China terlalu dominan, maka Jepun digunakan untuk hedge China.
Tak kira siapa yang jadi PM, pendekatan hedging inilah petua untuk memelihara kebebasan dan neutrality Malaysia.

#哲人宰相マハティール
#ルックイースト

-Tamat-

Silakan retweet dan like

#Malaysia #Mahathir #ShinzoAbe #Jepun #Japan #China
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to The Patriots
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!