Profile picture
, 18 tweets, 4 min read Read on Twitter
Tahukah anda?

Orang yang hidup dengan HIV (PLHIV) boleh hidup dengan sihat dan normal seperti orang lain dengan bantuan ubat HAART.

Ini adalah bebenang. #HapuskanStigma
Sebelum ni ada curator yang dah kupaskan isu HIV, termasuklah cara dan kepentingan ‘screening’. Jadi, aku rasa terpanggil untuk kongsikan sedikit ilmu berkaitan dengan virus ni dan juga kehidupan selepas dijangkiti virus ni.
Human immunodeficiency virus atau HIV ni kita tak tahu asal-usulnya dari mana.

Menurut Wikipedia, virus ni asalnya daripada haiwan primata dari Afrika Barat yang telah terpindah kepada manusia melalui zoonosis.
Okeylah, sejarahnya korang boleh je baca dekat Google.

Abang cuma nak cakap yang PLHIV ni tak patut didiskriminasi. Dengan bantuan ubat Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART), PLHIV boleh hidup dengan sihat seperti orang lain.
Sifat HIV adalah menyerang dan merosakkan T-sel manusia. Apa itu T-sel? T-sel tu adalah sel yang ada dalam darah putih kita. Darah putih kita tujuannya melindungi tubuh daripada sebarang jangkitan penyakit. Kiranya, sistem imuniti badanlah.
Jadi, kalau T-sel dah dirosakkan oleh virus tu, apa jadi dengan tubuh badan manusia? Ha, sebab itulah PLHIV yang tak mendapat rawatan akan dijangkiti pelbagai penyakit. Antaranya TB, radang paru-paru dan jangkitan sistem saraf.
Pentingnya seorang PLHIV untuk mendapat rawatan segera agar jumlah T-sel dalam badan dapat dikekalkan dan ditingkatkan supaya ketahanan badan terhadap sebarang penyakit dapat diperbaiki.
Ubat HAART tak membunuh terus HIV, tapi, ubat tu akan menjadikan virus tu tak aktif dan berhenti membiak.

Once you have taken HAART, you need to take it forever. Tak boleh berhenti sebab kalau berhenti, nanti virus tu akan resist dengan ubat.
Lepas beberapa minggu atau bulan makan ubat, jumlah virus dalam badan seorang PLHIV akan mencapai tahap ‘undetectable’ di mana, kalau lakukan seks dengan pasangan tanpa kondom pun, virus tu tak akan jangkiti pasangan.
Dalam terma perubatan, jumlah tu dipanggil “viral load” yang mengira berapa banyak virus yang ada dalam beberapa mililiter darah.

Jadi, korang boleh je kahwin dengan PLHIV yang patuh dengan perubatan dan dah capai tahap “undetectable viral load”.
Sebenarnya, kadang-kadang PLHIV ni lebih sihat berbanding orang lain sebab setiap kali appointment dengan doktor, bacaan kolesterol, buah pinggang dan hati mereka diambil untuk pastikan yang mereka betul-betul sihat. Kiranya tahap kesihatan mereka dipantau.
Abang sokong usaha kerajaan untuk tidak mendiskriminasi PLHIV dalam mendapatkan kerja. Memang tak patut pun diskriminasi sebab macam abang cakap, mereka boleh hidup dengan sihat dan normal seperti non-PLHIV. 💪
Tun M seru majikan-majikan di Malaysia supaya hentikan diskriminasi terhadap PLHIV.
Dan abang puji usaha PETRONAS yang mempunyai dasar mesra PLHIV di tempat kerja, sama seperti amalan syarikat lain di peringkat antarabangsa.
Abang berharap agar pihak kerajaan dapat membincangkan isu ini di peringkat kabinet agar kerajaan tidak menafikan peluang PLHIV untuk mendapatkan kerja dalam sektor kerajaan. @chedetofficial @drwanazizah
Lepas abang dah baca kisah-kisah PLHIV, ada je syarikat swasta yang tak mendiskriminasi PLHIV, tapi kebanyakan mereka tiada sensitiviti. Mereka dengan rasa tidak bersalah mendedahkan keadaan pekerja PLHIV kepada pekerja yang lain.
Stigma masyarakat terhadap PLHIV perlu dihapuskan. #HapuskanStigma
Bagi abang, orang yang tak ada pengetahuan tentang HIV je yang mendiskriminasi dan mempunyai stigma buruk terhadap PLHIV.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to TwtLelaki
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!