, 14 tweets, 2 min read Read on Twitter
Kerap kali akan ada pesakit kencing manis yang datang kepada saya dan bertanya "Dr , Saya akan pergi umrah tak berapa lama lagi, ubat apa yang kena saya ambil sekali ?"
Sebenarnya persediaan untuk umrah atau haji bukannya bermula apabila anda ingin melakukan ibadah anda.
Ia sepatutnya dilakukan dari awal lagi.

Anda perlu memastikan anda mempunyai paras gula dan tekanan darah yang terkawal.
Jadikan ia sebagai motivasi setiap kali anda datang check up ke klinik. Jangan biarkan kesihatan anda menjadi penghalang untuk anda menunaikan ibadah anda.

Pastikan agensi pengelola umrah anda mengetahui status dan tahap kesihatan anda.
Pastikan anda mendapat vaksin sebelum menunaikan ibadah anda.
Ada suntikan wajib dan sunat, dan ada suntikan pilihan tambahan.

Suntikan Meningococcal atau ACYW diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan sebaiknya diambil 2-3 minggu sebelum keberangkatan.
Ada vaksin meningococcal yang bertahan selama 2 tahun, ada yang bertahan 5 tahun (tetapi Kerajaan Arab Saudi menganjurkan suntikan diulang setiap 3 tahun)
Antara Vaksin Pilihan Tambahan (Sunat Muakkad ) termasuk vaksin influenza, Pneumococcal dan ada klinik yg menawarkan typhoid.
Pastikan anda membawa slip ubat bersama anda semasa anda ingin naik kapal terbang supaya ia boleh menjadi bukti dan rujukan untuk staf di Airport atau dalam kapal terbang. (Untuk Klinik yang ada TPC- Sistem Berkomputer, anda boleh minta slip ubat tersebut dari Pegawai Farmasi)
Sediakan pek sejuk untuk menyimpan insulin anda.

Pastikan ubat anda disimpan di dalam beg yang dibawa naik atas kapal terbang terutamanya insulin untuk mengelakkan kes tak dapat makan ubat kerana bagasi tak sampai destinasi /cicir,
dan juga untuk mengelakkan ubat rosak disebabkan oleh perubahan suhu dalam Kargo.

Pastikan anda membawa kasut/sandal yang sesuai, yang tidak ketat dan mempunyai ruangan yang cukup di bahagian depan kasut tersebut.
Semasa Ibadah : -

Pastikan anda membawa karbohidrat (contoh roti, jem) untuk diambil sekiranya anda mengalami tanda tanda hipo (kurang gula)
Pastikan anda mengambil diet yang seimbang (karbohidrat yang tidak tinggi sangat , kurang lemak tetapi protein dan serat yang mencukupi). Minum sekurang kurangnya 8 gelas air sehari.
Berbincang dengan Doktor anda tentang dose insulin anda.
Bawa mesin untuk check gula. Sekiranya anda akan cucuk insulin sebelum Ihram, check gula anda terlebih dahulu.

Ambil Karbohidrat seperti roti sebelum Tawaf dan Sa'ie.
Jalan perlahan lahan dan jaga kaki anda supaya ia tidak cedera, kerana luka kaki untuk pesakit kencing manis lambat sembuh, malah boleh menjadi lebih teruk.

Makruh makan dan minum ketika tawaf, kemakruhan minum lebih ringan daripada makan. Ia tidak membatalkan pusingan tawaf.
Sekiranya anda mempunyai demam, cirit birit, muntah atau simptom lain, Tolong dapat rawatan dengan segera . Jangan abaikan simptom simptom tersebut.

Dan paling penting kena ingat : Menjaga Kesihatan adalah satu ibadah juga.

Dr Nimelesh Balanthiren.
Menggalakkan*

Typo
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Nimelesh
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!