Profile picture
, 81 tweets, 11 min read Read on Twitter
Adakah istilah "Suami Rogol Isteri" wujud dalam Islam?

Apakah pandangan Islam terhadap "Marital Rape"?

A thread
In sya Allah dalam thread kali ini, kita akan bahaskan 5 persoalan :-

1. Maksud hadis "Malaikat melaknat isteri yg tidak memenuhi ajakan suami"

2. Adakah dalam semua keadaan isteri wajib memenuhi ajakan suami, atau terdapat keuzuran yang dibenarkan?
3. Bagaimana kalau isteri pula yang meminta persetubuhan, adakah suami wajib memenuhi ajakan isteri tersebut?

4. Kenapa hadis tidak menyebut laknat kepada suami kalau mereka menolak ajakan isteri mereka?

5. Adakah wujud istilah "Suami Rogol Isteri" dalam Islam?
Thread kali ini sangat penting & serius sebab kita membicarakan tentang masa depan wanita serta hak suami & isteri. Harapnya tidaklah berlaku kekeliruan lagi.

Baiklah, kita langsung ke bahagian pertama
BAHAGIAN PERTAMA

Dalam hadits, ada meriwayatkan tentang si isteri akan dilaknat para malaikat jika tidak memenuhi ajakan suami, boleh lihat teks hadis berikut :-
Okay, hadis ini jelas menunjukkan bahawa si isteri wajib memenuhi ajakan suami apabila suaminya itu memerlukannya. Dan jikalau isteri tidak dapat memenuhi ajakan tersebut lalu si suami marah, maka para malaikat akan melaknat isteri tersebut hingga ke subuh.
Saya nak highlight di sini, bahawasanya, laknat ini hanya akan apply pada situasi di mana isteri enggan melakukan hubungan tanpa uzur yang syar'ie. Dengan kata lain, kalau isteri sambil lewa menolak ajakan suami mentah-mentah tanpa alasan kukuh, baru jatuh hukum dosa tersebut.
Adapun kalau si isteri menolak ajakan suami tapi ada uzur syar'ie, maka tidak ada masalah bahkan dia berhak berbuat demikian. Pihak suami tidak berhak marah kepada isterinya dalam situasi-situasi seperti itu.
Persoalan yang paling penting di sini,

Apabila si isteri menolak ajakan suami mentah-mentah tanpa uzur syar'ie, adakah suami tetap boleh memaksanya untuk berbuat persetubuhan?

Jawapannya tidak. Tidak sama sekali.
Lihat kembali 'hypothetical' situation yang disebutkan oleh Nabi ﷺ dalam hadis tersebut. Apabila si isteri menolak ajakan tersebut, apa yang dibuat oleh si suami?

Dia berasa marah, tapi tidak sesekali pun dia memaksa isterinya untuk berbuat persetubuhan.
Kalaulah pemaksaan kepada persetubuhan adalah dibolehkan, sudah tentu ia dinyatakan di situ. Tetapi tidak, sebab dalam hadis jelas sebut "Suami tidur dalam kondisi marah"

(rujuk kembali hadis di atas)
Dalam situasi seperti ini, yang paling jauh suami boleh buat adalah berasa marah. Si isteri telah berlaku nusyuz (derhaka) kepada suaminya & suaminya kene mengambil langkah-langkah yg sewajarnya untuk menasihati isteri nusyuz itu seperti yang disarankan dlm Surah Nisa ayat ke-34.
Fatwa Sheikh Salih al-Munajid pula menyatakan, dalam kondisi isteri menolak ajakan suami tanpa uzur syar'ie, suami boleh :-

a. Disiplinkan isterinya
b. Maafkan isteri
c. Ambil isteri lain
d. Ceraikan jika masih degil.

Boleh rujuk website islamqna untuk butiran lebih lanjut.
Kesimpulan pendek di sini, isteri wajib memenuhi ajakan suami kalau tiada uzur syar'ie. Jikalau isteri enggan juga, suami tidak boleh paksa bersetubuh. Tapi dia wajib menegur isterinya seperti yang disarankan sebentar tadi.

Wallahua'lam.
BAHAGIAN KEDUA

Adakah di sana terdapat uzur syar'ie yang membolehkan si isteri menolak ajakan suami?

Ya sudah tentu. Berikut saya senaraikan antara uzur syar'ie tersebut :-
(1) Haid, sehinggakan tidak boleh menggauli isteri pada kemaluannya. Tetapi boleh sahaja menggauli isteri pada bahagian lain selain daripada kemaluan, seperti jelas termaktub dalam Surah Al-Baqarah ayat 222-223 di bawah.
(2) Sakit, maka kalau melakukan persetubuhan akan menambah mudarat bagi kesakitan itu.

(3) Stress, letih, sulit & sewaktu dengannya. Sebab kalau berlaku persetubuhan pada kondisi ini juga, boleh mendatangkan mudarat dari aspek emosi.
(4) Kalau si isteri nak melaksanakan puasa qada', lebih-lebih lagi kalau bulan Ramadhan hampir tiba.

(5) Kalau suami tak menjalankan tanggungjawabnya seperti tidak memberi nafkah, maka boleh untuk isteri memboikot suaminya
(6) Kalau suami melakukan dosa besar, seperti meninggalkan solat & selainnya, si isteri berhak memboikot suami sebagai tanda protes. Sebagaimana nabi ﷺ pernah memerintahkan isteri kepada Ka'ab bin Malik, Hilal bin Umayyah & Murarah bin ar-Rabi' agar menjauhi suami mereka....
...kerana pada saat itu, mereka bertiga enggan turut bersama ke perangTabuk. Mereka kemudiannya bertaubat.

(Poin ini juga dinukilkan oleh Sheikhul Islam Ibn Taimiyah dalam Fataawa al-Kubro beliau 5/481)
(7) Kalau suami terlebih dahulu memboikot isterinya tanpa sebab yang munasabah, kemudian tiba-tiba dia mengajak isterinya untuk bersetubuh kemudian isteri menolak. Maka isteri tidak kena laknat.

(pandangan ini dinukilkan oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani dalam Fathul Baari 9/294)
Kesimpulannya, jelas ada uzur yang dibenarkan oleh syara' untuk isteri menolak ajakan suaminya.

Wallahua'lam
BAHAGIAN KETIGA

Kalau isteri yang mengajak suami untuk bersetubuh, adakah suami wajib memenuhi ajakannya juga?
Ya sudah tentu wajib. Kerana persetubuhan atau apa-apa bentuk hubungan intim adalah bentuk nafkah batin dari si suami. Ertinya jika si suami tidak melunaskan nafkah batin tersebut tanpa uzur syar'ie, maka dia juga mendapat dosa.
Sebagaimana kata Sheikh Mansur ibn Yunus al-Bahuti :-

"Wajib bagi suami memberikan keseronokan (nafkah batin) kepada isterinya selagi mana ia tidak menyibukkan si suami daripada kewajipannya atau memudaratkannya..."

[Kashshaf al-Qina' 5/188]
Juga fatwa Sheikhul Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah :-

"Dan wajib ke atas suami menyetubuhi isterinya dengan kadar kemampuannya selagi mana ia badannya tidak menghalangnya (sbb ada batasan tertentu) atau menyibukkan dari kewajipan kehidupannya"

[ Fataawa al-Kubro 5/481]
Kesimpulan di sini, jelas saja bahawa si suami juga wajib memenuhi ajakan isterinya mengikut kadar kemampuannya, bukan isteri terhadap suami sahaja. Kewajipan nafkah batin ini adalah hak pasangan masing-masing, maka perlu diuruskan dengan baik.

Wallahua'lam
BAHAGIAN KEEMPAT

Kenapa hadis tidak mention si suami kena laknat oleh malaikat kalau dia menolak ajakan isterinya. Kenapa mention si isteri sahaja?

Okay berikut ada beberapa hikmah yang boleh diperhatikan...
Pertama,

Kebiasaannya dalam berhubungan intim, si suami yang akan mengajak isteri untuk melayaninya. Adapun si isteri apabila dia mengajak suami, jarang sekali lelaki normal akan menolak ajakan tersebut sebab itulah yang diharapkan oleh si suami.
Maka mungkin disebabkan wujud perbezaan ini, nabi ﷺ memberikan perhatian lebih khusus kepada wanita & tidak pula kepada lelaki, sebab situasi di mana lelaki menolak ajakan isterinya adalah jarang
Kedua,

Hadis ini memberikan indikasi yang kuat bahawa kesabaran seseorang lelaki untuk menahan nafsu hubungan intim adalah lebih lemah berbanding dengan kaum wanita.
Dengan kata lain, nafsu yang ada pada lelaki adalah lebih cepat tergerak berbanding wanita. Maka bagi membendung situasi yang tidak diingini dalam konteks urusan rumah tangga (seperti berlaku zina & selainnya), kewajipan memenuhi ajakan adalah berat kepada si isteri.
Tapi ini masih tidak menafikan hak isteri terhadap nafkah batin, seperti yang saya telah sebutkan sebentar tadi.
Ketiga,

Mungkin sekali kewajipan memenuhi ajakan pasangan berat kepada si isteri sebab mereka ada kemampuan lebih untuk melakukannya, berbanding pihak lelaki. Sbb bagi lelaki, kalau tidak wujudnya hasrat untuk berhubungan intim, maka dikhuatiri tdk boleh memenuhi kewajipan ini
Maka atas dasar tidak meletakkan beban pada umatnya, hadis tersebut mention si isteri sahaja kerana mereka ada kelebihan dari sudut itu, tapi mungkin sekali ia tidak ada pada si suami.

Wallahua'lam
Maka disebabkan pertimbangan2 di atas, Islam banyak memberikan perhatian akan persiapan si isteri terhadap suaminya. Adapun pihak suami dalam konteks umum, mereka biasanya akan memenuhi ajakan isteri sebab itu juga adalah kemahuan mereka.
Analoginya seperti ini,

Kenapa ada banyak sangat dalil yang menyuruh anak berbakti kepada ibu bapa, tetapi kurang berbanding suruhan agar ibu bapa berlaku baik kepada anak-anak?
Sebab umumnya, situasi di mana anak-anak yang tidak berbakti kepada ibu bapa adalah lebih banyak. Sedangkan di pihak ibu bapa pula, mereka biasanya akan prihatin terhadap anak-anak sampai kadang kala mereka terlebih manjakan anak mereka.
Sebab itulah dalil agar anak berbakti kepada ibu bapa lebih banyak.

Maka samalah situasi seperti kes suami isteri di atas. Ada sebab kenapa tugas memenuhi ajakan pasangan adalah diberatkan lebih kepada sang isteri, berbanding sang suami, sebab
Dan sebab-sebab itu telah pun saya nyatakan di atas, wallahua'lam
Btw, tulisan saya setakat ini banyak sekali saya ambil manfaat daripada tulisan Dr Firanda Andirja, dengan sedikit penambahbaikan. Masya Allah, betapa hebatnya tulisan beliau, saya share di sini.

firanda.com/2515-apakah-le…
BAHAGIAN KELIMA

Adakah wujud istilah "Suami Rogol Isteri" dalam Islam?
Okay kini sampai ke soalan yang dinanti-nantikan. Saya sengaja letak soalan ini di akhir bab agar kalian dapat baca bahagian awal terlebih dahulu. Harapnya sama-sama dapat kita menambah ilmu agama kita.
Okay baiklah.

Persoalan "Suami Rogol Isteri" ini adalah agak teknikal sebab ia berkait Undang-undang Shariah Islam, tapi in sya Allah saya simplify semampu mungkin agar kalian dapat faham.
Pertama,

Rogol (اغتصاب) basically istilah ini bermaksud mengambil sesuatu dengan paksaan sedangkan tiada hak pada perkara tersebut. Adapun persetubuhan, ia adalah hak suami & isteri yang dihalalkan menerusi proses akad nikah.
Maka secara teknikalnya, istilah rogol (اغتصاب) tidak berapa sesuai jika apply dalam kes suami rogol isteri sebab, hubungan seksual itu sendiri adalah hak asal bagi kedua-dua pasangan. Maka tidak boleh dikatakan mengambil sesuatu yang bukan berhak.
Kedua,

Definisi Rogol di sisi undang-undang Barat, ia telah mengalami perubahan. Dahulu istilah marital rape tidak berapa dikenali tetapi sejak konsep "consent" sering kali diungkapkan, maka istilah rogol ini juga telah ditarik dalam konteks perkahwinan.
Alasannya, dalam konteks perkahwinan juga wujud situasi di mana pasangan tidak memberikan consent mereka terhadap hubungan seksual. Maka diperkenalkanlah istilah "marital rape"
Sedangkan dalam kerangka undang-undang Islam, istilah "marital rape" atau Rogol (اغتصاب) itu tidak berapa sesuai apply dalam konteks suami isteri atas sebab yang sebutkan tadi, yakni, hak bersetubuh adalah hak asal bagi pasangan suami & isteri.

Secara teknikal, ia tidak sesuai
Jangan salah faham. Ini tidak bermaksud bahawa suami boleh merogol isteri. Sudah tentu bukan.

Tetapi kesalahan memaksa isteri mengadakan persetubuhan adalah lebih tepat berada di bawah kategori yang berbeza iaitu "mudarat kepada isteri"
Bukankah marital rape adalah salah satu bentuk domestic violence? Yakni, ia melibatkan kesalahan atau kezaliman yang berlaku dalam urusan rumah tangga. Maka secara teknikal, isu "marital rape" ini adalah di bawah kategori "mudarat kepada isteri", bukannya Rogol.
Dalam usul Fiqh, ada kaedah yang dinukilkan iaitu membuat mudarat adalah suatu kewajipan. Sebagaimana dinyatakan dalam hadis nabi ﷺ : "Tidak ada mudarat & tidak memudaratkan"

[Hasan, HR Ibn Majah no. 2341, Daruqutni 4/228 & selainnya]
Maka mengambil kaedah ini, perbuatan suami memaksa isteri untuk berbuat persetubuhan adalah suatu bentuk darurat, dan wajib pihak berkuasa untuk menangani hal ini.
Dalam Tafsir Imam Al-Qurtubi bagi tafsir Surah Baqarah ayat ke-228, beliau menyatakan

"Suami tidak boleh mendatangkan mudarat kepada pasangan, sebagaimana suami ada hak pada mereka"
Pandangan yang sama turut dinukilkan oleh Imam Fakhruddin Ar-Razi dalam kitab Mafatih al-Ghaib & juga Az-Zamakhshari dalam kitab beliau Kasyaf al-Haqaiq at-Tanzil)
Pendek kata, mendatangkan darurat kepada pasangan (dalam kes ini suami kepada isteri) dalam apa jua bentuk, adalah HARAM & berdosa. Dan pihak berkuasa ada hak untuk mengambil tindakan akan situasi ini.
Kesimpulannya, istilah "Suami Rogol Isteri" itu tidak wujud dalam Islam dalam erti kata pada sudut teknikal, tapi ia jatuh pada kategori "mendatangkan mudarat pada isteri"

Wallahua'lam, harap faham saya explain panjang di sini.
Ouh minta maaf, ada beberapa kali saya nukilkan "darurat", sedangkan maksud saya adalah "mudarat".

Harap cakna, terima kasih
Okay sebelum saya mengakhirkan thread ini, saya hendak sampaikan sekadar peringatan bagi diri saya & sekalian pembaca tentang hal perkahwinan ini.

Penting untuk kita sama-sama ambil perhatian
Pertama,

Saya fikir, masyarakat kita mempunyai sedikit salah faham tentang konsep ketaatan suami kepada isteri ini. Segelintir daripada mereka fikir bahawa, dalam setiap keadaan, isteri perlu bersikap "give in" kepada suaminya.
Mereka memahami hadis "Malaikat melaknat isteri yg tidak memenuhi ajakan suami" sebagai suatu lampu hijau untuk mereka memaksa isteri mereka bersetubuh dengan mereka, walaupun wujudnya keuzuran pada si isteri.
Saya nak tegaskan di sini, bahawasanya, Islam tidak pernah kenal konsep ini. Ya, ketaatan kepada suami adalah wajib, tetapi mesti dalam kerangka perkara yang ma'ruf sahaja, bukan perkara maksiat. Bahkan kalau ada keuzuran, isteri boleh menolak ajakan suami, tiada masalah.
Kedua,

Pesanan saya kepada kaum lelaki khasnya, ketahuilah bahawa hak batin memang adalah hak kalian. Tetapi jangan kalian lupa bahawa Tuhan juga menurunkan ayat "Dan bergaul-lah kamu dengan mereka (isteri2) dengan cara yang baik"
Keyword di sini adalah, bergaul dengan baik.

Dalam konteks hubungan seksual suami isteri, kalau hanya si suami sahaja yang mendapat keseronokan sedangkan isteri berasa dirinya terpaksa atau dia letih & sebagainya, agak-agak itu dikira "bergaul dengan baik ke"?

Fikir-fikirkanlah
Ketiga,

Juga pesanan saya kepada lelaki. Selain seorang suami mempunyai hak-hak tertentu kepada isterinya, janganlah lupa bahawa isteri juga mempunyai hak yang tidak kurang lebih terhadap kita juga.
Allah SWT berfirman :-

"Dan bagi mereka (isteri2) mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka dengan cara yang ma'ruf"

[Surah Baqarah 2:228]
Nak kaitkan dengan isu ini, para suami harus Ingat bahawa mereka memang ada hak kepada hubungan intim. Tetapi ingat, isteri juga mempunyai hak tersebut, dan sebaiknya pergaulan tersebut dilaksanakan dalam konteks yang boleh memenuhi kehendak kedua-dua pasangan.

Bukan syok sndiri
Keempat,

Sebelum konsep "ketaatan", harus faham bahawa nabi ﷺ juga menanam konsep "kasih sayang" yang seharusnya diberi perhatian besar oleh kedua-dua suami & isteri.
Dalam Al-Quran, Allah berfirman :-

"Dia ciptakan untuk kamu isteri2 dalam kalangan jenis kamu sendiri, agar kamu senang hati kepadanya & Dia jadikan antara kamu (suami isteri) perasaan cinta & belas kasihan"

[Surah Rum, ayat ke-21]
Juga hadis nabi ﷺ :-

"Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik akhlaknya kepada isterinya. Sedangkan aku adalah orang yang paling baik kepada isteriku antara kalian"

[Jami' Tizmizi, no. 4269]
Nampak tak di sini?

Islam bukannya mengajar konsep "ketaatan" semata-mata, tetapi ia harus seiring dengan kasih sayang & perasaan cinta dalam rumah tangga jua. Sebab itulah Allah ciptakan pasangan bagi kita semua, agar wujudnya perasaan cinta.
Maka dalam isu hubungan intim antara suami isteri ini, sebaiknya perlu ada perasaan sekufu. Kalau ada apa-apa yang kurang & sebagainya, bawa-bawalah berbincang. Bukannya main "Eh ni hak aku, kau yg wajib taat"

Tidak, bukan semudah itu Islam mengajar kita
Wallahua'lam, maaf saya panjang bicara. Moga-moga apa yang saya tulis ini ada manfaatnya kepada semua orang. Setiap kesalahan, sudi-sudilah tegur saya.

Wallahua'lam.
Okay, sudah ada beberapa response di mana orang salah faham thread ini, in sya Allah saya buat nota tambahan.
Pertama,

Thread ini bukan nak kata "Suami Rogol Isteri" tidak wujud dalam Islam, tapi ia tidak dikenali dalam konteks undang-undang syariah dari sudut teknikal sahaja.

Of course, perbuatan "marital rape" itu wujud sahaja.
Jadi harapnya tiada insan yang kata " Islam sengaja taknak sebut Rogol sebab Islam takut pada istilah itu". Tidak bukan sama sekali begitu. Isu ini adalah isu teknikal, dan saya explain dari sudut itu sahaja.
Thread saya ini explain dari sudut istilah sahaja, tapi konsep atau masalah asas (yakni marital rape) tetap sahaja ada. Maka tidak perlu perbalahan yang panjang pada istilah, sebab masalah asas masih kita address. Wallahua'lam
Kedua,

Beberapa insan asyik sebut "yang penting ada consent sebelum bersetubuh"

Benar sekali, consent adalah sgt penting demi kebahagiaan rumah tangga suami isteri.
Tapi ini bukan bermaksud apabila seorang pasangan (tak kisah suami atau isteri) apabila diminta dilayani, kemudian seorang pasangan lagi sedang duduk "slacking around" seperti menonton TV boleh berkata "Ah saya taknak bagi consent, saya malas nak layan kamu"

Bukan ini maksudnya
Consent adalah sgt penting, tapi ingat, tanggungjawab melayani suami atau isteri juga adalah penting. Sebab itu dalam isu ini, pasangan kene diskusi sama-sama agar tidak berlaku perpecahan rumah tangga.

Remember, perlu ada keseimbangan antara konsep consent & tanggungjawab itu
Wallahua'lam, sekadar itu sahaja tambahan buat masa ini.

Moga-moga Allah merahmati kita semua & kurniakan kita kefahaman dalam agama.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to X Guy
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!