, 13 tweets, 3 min read Read on Twitter
Tips-Tips Minum Air Gula Supaya tak Termuntah

Seperti penulisan saya sebelum nih, panjang lebar dah saya bercerita kenapa kena minum air gula masa hamil. Bukan suka-suka untuk “mendera” ibu hamil, tapi ianya adalah ujian saringan
untuk 'check' sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil. Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan. InsyaAllah.
Kena minum air gula ni bukan kat gomen je, kat swasta pun sama. Pendek kata kt seluruh dunia pun sama lah. ( macam la aku tahu zimbabwe buat ke tak kan? 😂 )

Banyak org tanya pada mengenai tips yang boleh diamalkan utk minum air gula. maka saya share kat sini :
1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.

2. Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dlm tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG je
3. Sampai kat klinik tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe. takdeler menggeletar badan sebab berpuasa lama.
4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Masa nurse atau doktor tengah cucuk ambil darah tu, berbual membawang pasal tupperwear ke, Lazada ke rancangan TV3 yg kol 10 tu ke atau apa apa yg boleh distract. Tahu-tahu je da settle
5. Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat.
Ada yang cakap biasa je rasanya. takdalah ngeri sangat pun.
( saya pernah rasa larutan air gula ni masa jadi pelajar perubatan di Universiti Malaya dulu - kami 'diwajibkan' minum untuk experience apa yang pesakit rasa - takde ler horror mana pun 🙄 )
6. Setelah habiskan segelas air gula tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. duduk Rehat sahaja. jangan makan lagi time ni, sabarr.

7. Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.
8. sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay !

Tips minum air gula supaya tidak termuntah:

1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yg sesuai utk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je mcm biasa
2. Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.

3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow slow kerana ini akan buat kita rasa loya.

4. Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.
5. Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.

Lain orang lain caranya untuk mengelakkan muntah masa minum air gula. Korang share sini agar ramai boleh memanfaatkannya.
Alaa chill lah, minum bobba tea yg manis tu pun selamba jeee, takkan minum air gula pun takboleh kann ? 😬

Selamat mencubaaaaa 👌( baca dalam nada yg biasa kite dgr pada hujung rancangan masakan )
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Dr. Izzat
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!