, 59 tweets, 14 min read
Oleh permintaan untuk membuat satu THREAD tentang story ini..
Jadi! saya akan membuka 1 tragedi ketika berkhemah di sini 😰😰😰

TRAGEDI LATA MAKAU, Selangor

Dimana kami terpaksa bermalam di dalam hutan buat smentara waktu..🤦🏻‍♂️😭

INI Adalah THREAD 👇👇👇
Kali ini saya akan bongkarkan satu tragedi dimana kami berniat untuk berhiking dan berkhemah di satu tempat di kuala kubu iaitu Lata Medang.. tapi perjalanan kami beralih jalan ke Lata Makau.. jalan kami ditutup menuju ke Lata Medang. Dan jalan nya penuh dengan semak samun.
Masihkah anda ingat tentang kes acap yg hilang tu? Kalini kami pula beramai2 di alihkan pandangan ke arah lain.

Perjalanan kami ini penuh dengan dugaan dan jalan yang kami tuju ini sprti 4 atau 5 hikers yang pernah meredah track kami ini..

Jom ajak kawan2 baca story ni. 😥
Tak surprise cerita ni kalau dikongsikan kpd anda jika ada yg masih nyenyak dibuai mimpi dihujung minggu...

Petang ak akan ceritakan. Park dulu! ak nk g kojo.. bubye!

Cerita ini dilarang membaca diwaktu pertengahan malam.. sebab nanti akan ada dengar siulan brhmpiran anda. 😰
Okey first sy minta maaf sebab busy handle kedai saya. Kedua saya minta maaf sbb lambat. Ketiga sy minta maaf sbb sy tgh type. Tu yg slow tu haha..

Baiklah cerita bermula macam ni.....
Baiklah kami adalah geng kaki hiking masa zaman belajar dulu. Dalam group ni ada yang dh jadi insp. Polis, polis, askar, penguatkuasa dll... group ini ditubuhkan atas dari kumpulan kami geng lelaki.. dan pada masa ni kami bercadang untuk ke lata medang. Bercamping disana.
Katanya ada air terjun.. kami mulakan perjalanan kami dihari pertama. Pelbagai masalah kami tempuhi. Macam2 lah orang kata. Diri masing2 terlalu agresif.. sampai semua benda nak rajin. Buat itu buat ini..

Sampai je ke destinasi.. kami park and then terus berselfie. Biasalah 🤣
Kami mulakan pendakian. Perjalanan kami mengambil masa 4 jam nak keatas. Selalunya tak adalah sampai 4 jam. Sekejap je dalam 2 jam lebih gitu. Tapi sbb ada gegirl. Sakit kaki apa semua. Kami layankan saja. Hahahaha s
Sambil mendaki sambil tu dengar satu persatu orang merungut. Jauh lagi ke weh!!!

Aku bersama kawan2 aku.. tak adalah. Dekat je tu. Depan tu je.. tak jauh pun. Diorang pun ok lah. Padahal kami tak tahu pun jalan nak naik tu. Kami redah je ikut track tu.
Jalan punya jalan. Tak sampai jugak.. masing2 mula panas. Penipu lah!! Dah sejam kita jalan ni. Tak sampai2 lagi ni. Ikutkan hati ni sabar jela. Sbb bawak orang tak biasa panjat bukit 😂😂😂

Macam aku kata.. macam biasa. Gegirl first time hahaha.. tapi layankan saja. 😂
Bagi korang layan video sikit. Nak bagi chill punya budak2 ni taknak stress. Kami bakar mercun buatan aziz sendiri. Dia pakar buat bahan letupan katanya. Haha maaf ziz terjual nama. Badan besar kulit putih tu ialah shamer. Dia lead dalam kumpulan ni. Dan badan yg sado2 tu insp.
Yg tinggi2 tu polis hahaha.. muka anggota2 sy semuanya jambu2 belaka. Hahaha dorang pun ok sementara layan kepala gila kitorang.

Sampai ada satu simpang dalam hutan tu. Ada dua belahan jalan. Satu ke kiri satu ke kanan. Ada abang tu kata masuk kanan. Dia tak pernah jumpa jalan
Macam ni waktu dia naik sebelum tu. Biasanya direct je keatas. Kami pun nak ke kanan. Tapi brader tu cakap jalan tutup. Pokok buluh tutup jalan tu macam menghadang jalan. Brader tu kata lagi “aku rasa bomba tutup kot, mybe ada kes ke kat atas.. biasanya bukak jalan ni”
Kami : tak apa lah bang. Kita ikut kiri jela. Mana tahu ada jalan tembus ke atas. So brader tu pun ok. Dia cakap dia xpernah lalu jalan tu. Jalan punya jalan makin lama jalan makin mengecik dan angin masa kami naik tu kemain kuat ya. 😏 tak behave langsung angin masa tu.
Kami pun duduk rehat kejap minum air. Medic kan kaki ada yg trseliuh. Jadi mna bag tak berat tu. Kami brtukar2 angkut sampai lah ke destinasi katanya. Jantung masing2 mula berdegup and masing2 geng kami pulak merungut.
Wei korang!! Asal tak sampai lagi eh. Kita dah 3 jam jalan ni.. betul ke jalan ni. Suspen je jalan ni. Tak apa lah kita redah jela.

So masing2 pun ok. Dalam hati aku cakap. Kalau jalan dalam hutan main pakai redah je. Tak ada penghujung. Silap2 bole tembus ke mana tah.
Tapi aku fikir positive jela. Taknak fikir buruk2.. diam kan diri dan chill kan masing2 bahan sama bahan kawan2.. sampai senak perut dibuat nya. Hahaha
Jadi ini ialah track terakhir kami jejak. Tengok sekeliling macam orang jarang kesini. Brader tu pun cakap. Kita ni sesat ni. Tak apalah kita tak kan nak turun. Lagipun tepi tu sungai. Kita bermalam dekat sini jela..

Baik bang.. kita camping sini semua sekali.
Masing2 buka idea dan kemahiran hutan. Dengan aku2 jadi beruk dalam hutan. Panjat pokok tu panjat pokok ni nak pasang flysheet.. yg girl lain kami bagi rest. Biar semua ni kerja kami yg buat. Jadi mana yg girl2 tu dok relax jela tgk kami. Kesian kepenatan kami tengok. 🤣👍
Terlalu busy buat tapak and everything apa semua. Yg baju coklat tu shuk. Dia pegawai. Apa tah dia dok tuntang2 sekali dia menjerit. Kami bergegas la pergi tengok dia. Takut kena gigit ghimau ke apa ke 😂 goyang gak kami masa tu. Kmain kuat dia jerit “allah!!!”
Kami pun stop kerja kami. Terus pergi dekat dia.

Allah shuk!!!! Tangan kau kenapa!!!! Tangan dia terbelah dekat jari sampai nampak tulang.

Aku terparang jari sendiri 😭😭😭
Ya allah kita jauh ni nak turun. Makan 4 jam. Jadi kami keluar segala barang medic apa semua.
Yg si aziz ni cakap. Jahit tangan kau kat sini ok ke shuk? Smua ada ni. Ubat tahan sakit dgn ubat kebas.

Aku : kau gila!! Ni bukan medan perang nak buat macam ni. Kalau aku pun aku tak sanggup. Darah menitik2 dekat tanah. 🤦🏻‍♂️

Dah petang masa tu. Nak dekat pukul 6.30..
Kalau kita turun ni dah malam. Bahaya!! Kita tak nampak jalan. Binatang keluar tgh malam.

So kita relax2 dulu dekat sini. Awal pagi esok kita turun. Jadi kami suruh yg lain masak and buat apa yg patut.
Kami bagi dia rest and yg lain masak sebab masing2 tengah kebuluran. Siap rawat si shuk ni. Kami suruh dia rest kat dalam kemah and jangan buat kerja apa2 sbb jari dia kami tengok macam nak putus dah. Ngeri betul tengok masa tu.
Jadi kemah kami apa semua siap untuk camping. Inilah hasil kami. Tengah2 kemah girl. Hujung sekali tu kemah bekas lecturer kami. Dua dari kanan tu kemah lelaki dan dua terakhir tu kemah aku dgn si shuk dan lain2.. kami pun enjoy jela waktu tu. Gelak ketawa and everything.
Tersadong termenung aku dibuatnya sebab kepanatan rushing nak siapkan tapak camping punya pasal. Dok menebang sana menebang sini. Hari pun dah nak masuk malam. Ada yg g buang air. Biasalah aktiviti aku berselfie dgn geng2. Hahaha
Ni polis ni biadap sikit. G rakam orang tengah nak buang air. Member aku lelaki. Aku sempat tangkap gambar. Katanya nak balas dendam sebab kat hostel masa tu dia kena rakam time buang air hahahaha biasalah geng lelaki. Tapi sumpah eh kami tak buat benda lain. 🙏 nakal dia ni haha
Jadi ini ialah air terjun yang kami cari. Tapi air terjun ni semacam. Terceruk sikit. So kami tak bagi yg lain untuk mandi dekst sini. Sebab keadaan dia lain macam. Aku terasa so aku tahu mana baik mana tak baik. Jadi diorang pun faham walaupun terliur nak terjun kat situ.
Tibalah diwaktu malam. Biasalah time malam duduk bawah flysheet tu. Borak2 seram borak2 pasal benda lepas yg lawak2. Gelak ketawa apa semua. Masing2 kemah lelaki terang benderang.

Gambar contoh ;
Jam pun menunjukkan nak dekat pukul 1 lebih dan masing2 kepenatan. Yg geng gegirl pun dah senyap. Dah tidur kepenatan and sejuk. Masing2 berselimut dgn pakai sweater. Aku duduk lah dalam kemah masih tak tidur. Jaga kawan aku yg terbelah tgn tu.
Tengah cuci2 luka. Kemah sebelah tu masih brborak2. Jadi aku pun tengok2 lah tangan kawan tu. Masih bleeding teruk. Kesian dekat kawan tu dok menahan sakit.

Tiba2....
Lampu dekat flysheet tu skejap on skejap tak. Aku tanya lah owner barang2 lampu tu yg sakit tu.

Weh shuk! Asal lampu skejap on skjap tutup. Kelip2 tu. Lampu tiba2 malap pulak. Bukan tengah charge ke.

Shuk pun jawab “eh mana ada lid, biasanya ok. Serangga kot lalu2 kat situ”
Aku pun okey lah sebab owner cakap camtu. Ya tak ya jugak, kita dlm hutan. Srangga masa malam kan suka benda terang2. Jadi aku pun bosan.. tengok hp pun tak ada line. Sbb jauh dah dlm hutan. Biasanya ada je line.

Kemah sebelah masih lagi berborak gelak ketawa.. happy betul.
Belakang kemah aku ni ada trdengar orang berjalan pijak kayu2 patah2.. aku pergi tegur. Weh korang buat apa lalu dekat belakang kemah. Sebab belakang kemah aku tu semak samun. Jangan main2 la waktu malam. Kemah sbelah pun tak perasan apa aku cakapkan sebab trlalu ghairah brborak.
Tak apalah... nak kacau so kacau lah. Kena apa2 nanti padan muka. Masa diorang tengah gelak ketawa tu. Aku dah dengar suara orang lain gelak2 dah. Suara prempuan. Tapi aku fikir budak kemah gegirl kot gelak. Tak apalah.

Dalam gambar yg aku cakapkan tu. Dua dari kanan tu kemah
Geng gelak ketawa. Tiba2 diorang senyap terus... aku panggil lah diorang satu persatu.

Mer!! Aziz!! Zizi!! Wei korang!! Tapi diorang taknak menyahut.. diamkan diri.

Wei korang.. shuk sakit ni. Tengok la dia sekali ni. Aku bosan sorang2 ni.

Diorang masih senyap..
Nekad hati bukak zip kemah. Nak keluar pergi ke kemah. Tiba2 belakang kemah diorang ada satu kakak keluarkan kepala tengah pandang kemah diorang. Dia dekat pokok belakang kemah diorang. Jelas dekat mata aku sebab ada lampu dekat tgh2.. dengan cahaya api unggun api nya.
Aku tersentap berdiri. Aku terus panggil kuat2!! Wei korang!!!!!!! Jgn keluar kemah. Dduk dlm kemah. Melompat aku masuk kemah. Nasib baik tak kena shuk. Terkejut punya pasal. Dah la aku dduk tepi sekali 😭😭😭
Shuk terjaga. Napa lid??? Tak ada apa shuk. Tgn kau berdarah lagi ke? Tidur la shuk. Aku bagi shuk dduk tengah. Sbb tangan dia berdarah tu. Balut macam tu je. Sbb bau darah and darah keluarkan. Aku rasa benda tu lapar darah.

Jadi aku pun baca ayatul kursi hembus dekat skeliling
Aku dengan brdoa supaya shuk dengan yg lain tak ada apa2.. sbb ada gegirl. Aku taknak diorang hysteria or apa. Pisang dibuatnya. Aku pun bukak mengaji dalam hp letak kat tepi aku skli. So kawasan aku tu bole clear dengar mengaji kat hp. Nak bagi tenang punya pasal.
Kemah sebelah buat tak tahu buat tak reti sebab masa diorang gelak tu. Diorang bertiga dengar jelas ada orang gelak belakang kemah diorang.

Hik.. hikk.. hikk...

Tu yg sorang taknak menyahut aku panggil. Kuajar betul biarkan aku trkontang kanting. Dalam kemah tu aku duduk
Tengok luar. Lampu makin lama makin malap.. hati mula berdebar2.. dalam hati ni kata “kalini sumpah horror” dalam hutan pulak tu. Lepastu nampak bayangan terbang2 atas flysheet. Aku peluk lengan si shuk. Dia pulak jerit.. sakit lid sakit!! Tangan aku bodoh!!!
Sory2!! Shuk!! Aku tak sengaja!! Wei apasal doh kat luar. Kau tgk lampu2 tu. Yg lain kemain nyenyak. Aku brsyukur malam tu sbb geng gegirl tidur nyenyak betul. Aku pakai dua lapis sbb sjuk betul. Dekat luar mula berkabus. Lagi la bertambah seram....
Aku baring sambil tenung dekat luar jaringan kemah dekat kaki aku. Pandang je arah flysheet tu dengan unggun api. Lampu kelip2 lagi.

Yang ni sumpah aku macam nak pecah jantung...
Ada orang jalan belakang kemah sambil mendengus2.. aku naik bulu roma and panggil lagi kawan2 aku dekat kemah sbelah. Sekali lagi seperti biasa perangai biadap diorang yg mendiamkan diri. Taknak jawab panggilan aku sbb diorang dah tahu benda tu tapi taknak brsuara.
Aku ambil kputusan untuk letak bag dekat tepi blah kiri aku yg dekat sgt dgn canvas kemah. Aku taknak benda tu menggaru. Kang aku pulak yg hysteria hahahaha

Pasang mengaji pun tak lut dah ni. Gila betul punya taiko benda ni sampai tak nak blah bila bukak ayat2 tu semua.
Aku ambil keputusan untuk pejamkan mata dan tidur. Sampai lah pukul 7.30 pagi aku celik. Dalam kemah aku tak ada sesiapa. Terperanjat la aku!! Dah la kena malam tadi. Bangun2 pulak tak ada siapa dalam kemah. Aku panggil lah diorang.
Weh korang!! Jangan buat aku macam ni doo korang 😭😭😭 mana koran semua. Lepastu dengar gelak2 dekat luar. Aku bukak zip dan keluar dari kemah.

Huwh!! Mujur alhamdulillah diorang tengah mandi dekat sungai dan ada yg tgh masak maggie untuk sarapan.
Kau tahu tak perasaan goyang dia tahap macam mana!!! Takut gila kau kena sorok atau hilang kena bawa dgn benda alah tu. Bangun2 tidur kau sorang2..

Aku pun pergi dekat tiga orang kawan aku tu. Baru nak cakap “weh korang! Pasal malam tadi” ..

Kau diam lid!! Smpai hostel baru
Cerita balik. Ktorang tahu! Tapi ktorang buat2 tak tahu. Dah jum kemas2 apa semua terus gerak. Nak bawak shuk ke hospital pergi jahit tgn dia tu. Masih brdarah lagi.. aku pun ok lah apa yg diorang katakan tu.

Siap apa semua.. nak turun bawah ke kereta yg ambil msa 2 jam lebih
Kebawah tu. Angin yg sama tiup kencang. Aku pesan. Mana yg sakit tu kita cepatkan langkah. Yg mana gegirl apa semua tu. Lelaki 5 orang guide diorang. Kami bertiga turun dulu. Sbb mmber bleeding lagi ni.
Diorang pun ok apa semua. Aku ikat tangan shuk dengan suruh dia gigit kain untuk tahan sakit. Telan pain killer. Berlari dgn tgn brdarah turun ke kereta. Balik tu skjap je. Macam dekat betul. Masa naik tu ya allah kenapa lah jauh sgt makan masa nak dekat 4 jam.
Semua dah sampai ke kereta and kira satu persatu orang cukup ke tidak. Semuanya selamat turun dan confirm tak ada yg terkecuali. Terus brgegas ke hospital untuk kecemasan.
Bila dah siap apa semua. Kitorang pun borak dalam hostel yg geng pergi ni.

Shamer : dengar benda tu gelak la siot!! Gentle tak tipu!!
Aziz : masa tu aku kan tgh gelak, korang lah bodo sangat buat lawak. Pecah perut la aku. 🤦🏻‍♂️
Azizi : belakang kemah pulak tu gelak wei!!
Dan aku.. korang semua memang tak guna tak bole pakai. Aku kena kaw2 malam tadi. Aku keluar kemah nak pergi ke kemah korang sebab nk tanya pasal shuk tgn tgh bleeding teruk tu. Korang buat2 tidur lepastu diamkan diri. Kepala otak korang lah wei!!

Sory lid! Kitorang bukan xnak
Nyahut. Tapi ktorang dah perasan awal dah. Kau pulak pergi ke luar. Lepastu dengar kau tertakbir allah hu akhbar. Lagi la ktorg taknak nyahut and diam kan diri. Sory sangat2!!

Kau tahu tak aku nampak apa belakang kemah korang. Aku nampak benda tu brdiri pandang kemah korang.
Lepastu dia tahu aku dh nampak dia. Dia pergi kat kemah aku. Sbb tu aku mnta tolong dekat korang!! Panggil2 korang. Jangan buat mmber macam ni doh korang ni 🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️ bahaya tahu tak.

Diorang siap gelak2 and masing2 rasa macam tak bersalah.
Tapi aku maafkan diorang sebab aku dah tahu masing2 suka kenakan member. Hahaha jadi chill gelak ketawa masing2.. sampailah sekarang kami masih ingat lagi apa yang jadi.

Video shuk kena jahit tak sempat nak upload nak tnjukkan hahaha

Kesian dia merengek dlm bilik jahit.
Jadi itu lah pengalaman kami semasa hiking dan berkhemah bersama si nopal di Lata Medang..

Susuli cerita berkemah di sungai pisang, gombak bersama geng yg sama juga akan datang...

Sekian terima kasih,
Maaf lama menunggu!! 🙏🙏🙏

Sincerely,
Kheyamir

#kisahdunia
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with khey.amir

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!