Mama i meninggal tahun 2008. Masa tu umur dia 46 tahun. Adenocarcinoma atau LUNG CANCER yang biasa jadi pada non-smoker. I was DEPRESSED for a year after the loss. I nak share apa yang jadi dari awal detect cancer sampai dia meninggal 😢

THREAD
2017- Masa ni i seorang Medical Student. Buat medic pun sebab dia nak sgt anak dia sorang jadi Doctor tapi final year quit med school jadi Makeup Artist & Entrepreneur. Dia mengadu dok batuk tak baik-baik dah dekat sebulan. Makan ubat apa pun tak jalan.
Jadi sebagai medical student, setiap kali balik cuti i bawak balik stethoscope nak check pernafasan dia. Tak dak wheezing ka apa pun. Dia kata batuk jenis tak ada kahak pun. Rasa macam gatal2 tekak xpuas bernafas gitu ja. Masa ni baru 3rd year.
Tahun tu mama apply nak sambung masters ke Australia & plan bawak adik bongsu i Shafeeq belajar sana. Masa tu dia Tingkatan 3.Dia happy sangat dapat tawaran buat masters kat oversea. Lepas dapat tawaran tu, mama kena buat medical check up. Procedure biasa before fly.
Masa ni i kat college tengah belajar. Dia call bagitau tadi X-ray doc panggil sebab nak bagitau something. Dia kata doc nampak ada shadow kat upper right lung sebesar bola ping pong. So doc nak buat biopsy check dulu apa benda tu. Dia nervous gila masa tu.
I lagi la nervous nak mati! Sebab dah belajar pasal ni semua. Dok berdoa tu hanyalah benign cyst ka apa. Masa nak biopsy, i balik teman dia. Pakat ketaq dah sebab tak tau apa result. Mama takut tapi dia tak tunjuk. Ya la nak masuk jarum besar dalam peparu pastu sedut sikit tissue
Sapa tak takut weh?i pun kat situ bg semangat kat dia. Padahal tak tahan nak nangis nak jerit nak lari sebab TAKUT. Takut nak face reality. Lepas tu, tunggu la keputusan biopsy. I balik college sambung belajar dengan hati resah.
Lepas beberapa hari/seminggu macam tu, doc panggil balik nak bagi result. Masa tu tiap minggu i ulang alik Perak-Kedah bawak Savvy manual merah (i panggil dia Kodok). Teman mana pi hospital. Doctor bagi result biopsy kata tu adalah ADENOCARCINOMA STAGE 2B. Dah ada metastasis.
Maksudnya cancer tu dah masuk sampai lymph nodes. YA ALLAH GUGUR JANTUNGKU! Sebab i tau prognosis adenocarcinoma ni macam mana. Cancer jenis ni violent jugak. Cepat merebak. Cuba pujuk mama buang sebelah lung dia, tapi dia takut open chest surgery.
Dia kata tak pa la dia buat Chemotherapy & Radiotherapy saja. Masa ni tiap minggu i balik naik Kodok Merah. Teman dia chemo & radio. Hati tu tak yah cakap la sedih macam mana tengok mak kita lalui benda perit macam tu. Tapi dia SANGAT KUAT! Dia tak pernah mengeluh atau give up.
Positive ja pagi2 bangun siap lawa2 nak pi chemo. Dia tukar makan makanan sihat. Dia buat banyak studies pasal pemakanan. Dan dia kata STRESS & GULA adalah makanan cancer. So dia tak mau dah stress & makan carbo & gula.
Masih ingat masa rambut dia gugur, dia menangis sebab takut Abah tak tertarik dah dengan dia. I cakap kat dia “Mama, rambut gugur tu maksudnya chemo tu berkesan dan dok bunuh sel2 kanser tu. Mama jangan sedih. Mama kena cepat baik. Mama tetap paling cantik di mata kami dah abah”.
Masa i cakap macam tu, Allah saja yang tau betapa hati i nak menangis tapi TAHAN sebab nak bagi dia kekuatan. Jadi anak sulung kena kuat! Kena bagi semangat kat dia. Adik no2 kami iaitu Ferra pulak study kat US. So i dengan mama macam bestfriends. Sangat rapat macam belangkas 👭
Dia pun pi cukur semua rambut dia & dok cakap dengan happynya “Kakak tengok mama dah botak! Mama akan baik tak lama lagi sebab chemo tu dok bunuh dah kanser tu” 😭😭 meruntun jiwa sebab kuatnya wanita yang aku sayangi ini.
Walaupun tengah chemo dan radio, dia kuat! X macam orang sakit kanser pun. Happy-go-lucky, suka masak kat orang & sangat positive. Ferra masa ni balik cuti 3 bulan dan kami dok teman mama chemo.
28/8/08- Masa ni birthday Ferra. Mama dah beli cake, sediakan makanan nak celebrate bday Ferra kat rumah macam selalu kami buat tiap tahun untuk semua ahli keluarga. Masa tu belum pukul 12am jadi dia pun baring di bilik. I duduk kat ruang tamu. Tiba-tiba dengar Mama jerit
panggil kami. “Kakak! adik! Tolong mama tak boleh bangun!”. Kami berlari ke bilik. Dia kata kaki dia tiba2 tak boleh bergerak & tak rasa apa2. Kami panggil Abah & bawa dia ke hospital. Esoknya doc buat CT scan.
Doc panggil i, adik & abah. Doc cakap kanser mama dah merebak ke tulang belakang. 😭 Ya Allah. Sungguh perit. Hancur hati. Rasa nak rebah. Macam semua tenaga disedut keluar. Rasa macam badan ni dah tak ada roh. It was hard to hear that she was not going to make it.
Doc kata tak perlu bagitau dia lagi. Just make her happy. Doc masukkan mama ke palliative care unit. Tempat jagaan untuk pesakit2 with terminal illnesses yang bantu untuk manage symptoms dan buat diorang selesa sampai hujung nyawa. I,adik & makcik bergilir-gilir jaga mama.
Masa ni bulan puasa. Tidur kat hospital dengan dia. Tiap hari dia bangun dengan senyuman sambil tarik kaki dia dengan tali nak bagi kuat balik. Dia asyik kata “Mama kuat! Mama nak baik cepat.” Sambil exercise kaki yang dah paralyzed tu dengan tali.
Hati ni Allah saja yang tau. Bila kita sebenarnya tau orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita tapi kita tak boleh nak cakap. Tak nak dia sedih atau give up on life with the little time that she had. I rasa nak nangis, i keluar bilik hospital. Nangis sepuas-puasnya.
Rasa tak ready untuk kehilangan mama. Tak akan pernah ready. Tak nak ready. Tak nak fikir pun. But when reality hits u, IT HITS HARD! Mama teringin makan macam2. Sebab dia baik dgn semua org & ramai sayang dia, dia dapat macam2 makanan yang dia nak. Kawan dia dari Kelantan pun
sanggup mai bawa makanan Kelantan favorite dia. Setiap hari penuh bilik orang mai melawat. Dia tak nampak macam orang sakit langsung. Bukan terlantar lembik tu. Dia macam biasa masa dia sihat cuma kaki tak boleh jalan. Tu saja. Kemudian...
13/9/08, Jumaat- dah 2 minggu Mama kat palliative care. Dia ceria happy makan banyak cakap banyak semua. Malam tu i tidur dengan dia. Pagi tu kejut dia sahur dan suap dia makan. I turun kejap masa dia tengah tidur. Nak ambil angin sikit. Masa kat bawah hospital mama tiba2 call
Mama kata dia rasa tak leh nafas. I terus lari naik atas. Dia jata dia rasa sesak nafa. Rupanya paru2 dia dah berdarah. Platelets dia too low untuk stop the bleeding. I call abah, adik, makcik, nenek semua bagitau suruh semua mai. Oxygen level mama semakin turun.
Tiap kali batuk, keluar darah. Mama dah risau sebab dia rasa mcm nak lemas. Masa tu dia dah tah dia dah tak banyak masa. Petang tu dah ramai datang melawat dan baca yassin. Dia boleh lagi sembang dalam keadaan nazak. I nangis. Dia kata “kakak jangan nangis. Mama kuat! Allah ada.”
Itu ayat dia ulang2. Jangan takut. Allah ada. Mama hembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat, 7.30pm. Masa tu Ramadhan. I nangis sampai tak boleh berdiri. Mama tak sempat tengok i & adik2 grad & kawin. Tak sempat tengok bakal cucu2 dia.
Tak lalu nak buka puasa. Minum air seteguk ja. Sebab tak mampu nak digest lagi apa sedang berlaku. Betol ka mama dah tak ada? Ka mimpi ja ni? Masih in denial. Mama sempat bisik pada i sebelum dia menghembus nafas terakhir..
“Kakak,jaga adik2. Tengokkan adik2. Kakak anak sulung mama. Tengokkan abah sekali. Mama okay. Allah ada. Kakak jangan nangis. Mama sayang kakak. Doakan mama”. Dengan nafas tersangkut2 mama bisik macam ni ke telinga i. Air mata jatuh macam air terjun.
I asyik ulang “mama!kakak sayang mama! Mama jangan risau na. Mama tenang saja. Kakak takkan lupa mama. Kakak sayang mama!” Dalam hati nak jerit MAMA! JANGAN PERGI TINGGAL KAKAK! Kakak tak boleh hidup tak ada mama. 😭 tapi tak boleh cakap. Suara tersangkut kat tekak
Begitulah kisah i jadi anak yatim. My mother, best friend i dah tinggalkan i untuk selamanya. I tak pernah share cerita ni di social media. Hanya family rapat saja tau. Tapi hari ni i share jugak. Sebab i nak korang semua hargai ibu bapa sementara mereka masih ada.
Lepas diorang tak ada, macam2 benda yang kita harap kita buat untuk mereka masa mereka ada. Rasa menyesal sebab jarang jumpa mak ayah. Masa dah hilang mereka, harta benda yang ada di dunia dah rasa tak bermakna. I sanggup gadaikan apa saja i ada untuk dapatkan mama balik.
Tapi tak boleh buat apa. Ajal dan maut dia tangan Allah jua. Kena terima dan redha dengan ketentuanNya. I mengalami depression yang agak teruk lepas mama tak ada. Nanti i cover part ni pulak. Macam mana i overcome depression.
Disebabkan cancer adalah punca i hilang mama, i rasa sangat dekat dengan pesakit kanser & family kepada cancer patients. Untuk Pink October, SHAZREEYANASHUKRI.COM ingin mendermakan setiap RM10 daripada set ni kepada MAKNA @maknacancer .
Pinky powder brush & Flamingo Makeup bag comel ni RM60. Kalau nak beli sambil menderma, boleh click link ni wasap.my/60104071656/pi… . Tak ada paksaan pun tau. Kalau tak nak pun tak apa. Boleh direct derma ke MAKNA.
Ni i buat untuk peminat makeup yang suka shopping barang makeup sambil beramal untuk badan kebajikan. Last year kita juga ada buat sumbangan untuk MAKNA. Alhamdulillah. Tahun ni kita cuba buat lagi. Walaupun tak banyak dah yang tinggal.
Thank you semua yang sudi RT & baca thread ni. Sama-sama kita doakan senua pesakit kanser & semua ahli keluarga pesakit kanser. Semoga Allah meringankan sakit itu & memberi kekuatan kepada mereka semua. Dna semoga sedikit sumbangan kita semua dapat bantu meringankan sedikit beban
Arwah mama. Allahyarhamah Rohaya bt Ibrahim. Al fatihah buat mama dan semua yang sudah pergi meninggalkan kita. Masa ni i umur 2 tahun, dan Ferra umur 1 tahun. Abah kami dulu garang gila. Mama yang selalu backup kami kalau kena marah.
I kuat hari ni, sebab Mama seorang yang sangat kental & kuat. Ramai sangat yang sedih kehilangan arwah mama. Dia dulu Pensyarah Politeknik Kulim. Kat Poli Kulim dulu buat banner besar ada puisi pasal mama. Diorang gantung kat bangunan pejabat arwah.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to KAK LOVE 🍍MAK NENAS 🍍
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!