, 58 tweets, 9 min read
Islam menghalalkan perbuatan homoseksual?

Ini adalah thread
Tidak sangka akan tiba suatu hari di mana saya membincangkan tajuk ini. Pada hemat saya, saya benar² fikir bahawa Al-Quran telah menyebut secara explicit & jelas tentang haramnya perbuatan homoseksual. Tapi nampaknya, masih ada beberapa entiti yang kurang faham.
Tapi tidak mengapa. Daripada kita marah golongan ini, lebih baik kita menghadap syubhah² mereka & menjawabnya.

Dan in sya Allah kali ini, saya akan cuba menjawab syubhah² pihak yang berkata perbuatan homoseksual itu adalah halal dalam Islam.
Ada 3 syubhah akan dijawab :-

1. Homosexuality adalah fitrah, maka tidak ada salah kita bertindak mengikut fitrah

2. Tiada dalil yg sebut hukuman perbuatan homoseksual dgn jelas , maka ia halal

3. Kaum Nabi Lut diazab bukan sbb mereka melakukan liwat semata², tetapi sbb rogol.
-SYUBHAH PERTAMA-

"Homosexuality adalah fitrah dalam sesetengah manusia. Maka apa salahnya kita bertindak mengikut fitrah sedangkan kita memang diciptakan begitu"
Pertama sekali,

Sehingga hari ini kita kekurangan bukti saintifik yang kukuh untuk mengatakan homosexuality adalah bersifat congenital, yakni, ia wujud semenjak lahir. Bahkan, baru² ini ada kajian yang menyebut bahawa "gay gene" sebenarnya tidak wujud pun dalam manusia.
Kajian² yang cuba mengatakan homosexuality adalah bersifat lumrah & ia wujud sejak lahir, kebanyakkan sudah dikritik. Antara kritikan tersebut adalah kekurangan sample dalam eksperimen, kajian berat sebelah (bias) & ada tekanan daripada komuniti LGBT terhadap para saintis.
Semua faktor ini telah menyebabkan dapatan kajian adalah tidak reliable.

Bahkan kalau kita mengkaji dengan lebih mendalam lagi menerusi lensa epigenetics, sebenarnya salah kalau kita kata gene adalah satu² faktor yang menyebabkan manusia menjadi homoseksual (atau heteroseksual).
Pendek cerita di sini,

Kalau nak kata kajian² seperti 'twin study' atau kajian selainnya telah membuktikan bahawa manusia menjadi homoseksual semenjak lahir, ini adalah salah sama sekali. Kita masih kekuatan bukti kukuh dalam hal ini.
Kedua,

Walaupun begitu, saya tetap mengakui bahawa sesetengah manusia mempunyai kecenderungan untuk suka sesama jantina. Kecenderungan ini selalunya dibentuk akibat faktor persekitaran.
Tetapi, mempunyai kecenderungan sahaja bukan bermaksud manusia perlu bertindak mengikut kecenderungan tersebut. Sebabnya, kecenderungan ini adalah sekadar 'impulse' atau lintasan dalam hati, tapi kita masih boleh mengawalnya.
Contohnya begini, katakan ada seorang lelaki membuat kawannya marah. Kemudian kawannya itu tiba² timbul kecenderungan yang kuat untuk memukulnya bahkan membunuh lelaki itu. Adakah patut kawannya berbuat demikian?

Jawapannya tidak.
Samalah juga seperti lelaki melihat wanita. Adakah disebabkan lelaki timbul perasan suka terhadap seorang wanita, terus membolehkan dia berzina atau merogol wanita itu? Sudah tentu tidak.
Maka samalah seperti kes homosexuality ini. Walaupun timbul kecenderungan untuk melakukan perbuatan negatif, bukan bermaksud kita perlu bertindak mengikutnya tetapi yang perlu dilakukan adalah mengawal perasaan itu.
Dan inilah pakej yang Allah telah kurniakan pada manusia. Kadang² kita ada kecenderungan membuat baik, kadang² kita ada kecenderungan untuk buat jahat. Tetapi Allah sudah janji bahawa kita manusia ada kapasiti untuk mengawal perasaan tersebut.
Allah SWT berfirman: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." [2:286].

Maka jelas di sini, kecenderungan yang bersifat negatif ini sebenarnya adalah suatu bentuk ujian yang Allah beri pada kita, tetapi kita ada kemampuan untuk mengawalnya.
Maka saya ulang sekali lagi,

- Homosexuality bukanlah suatu fitrah, kita kekurangan bukti saintifik dalam hal ini.

- Homosexuality adalah suatu kecenderungan pada sesetengah manusia, tetapi ia perlu dikawal.
-SYUBHAH KEDUA-

"Quran & Hadith tidak menyebut hukuman perbuatan homoseksual secara jelas. Kalau ia adalah haram, tentu Islam akan memperuntukkan hukuman. Disebabkan tiada hukuman, maka tidak ada salah melakukan perbuatan homoseksual"
Pertamanya,

Ada banyak perkara yg tidak diperuntukkan hukuman, tetapi tidak bermakna ia menjadi halal serta-merta. Sebagai contoh, melakukan seks dengan haiwan (Beastiality), mana ada dalil Quran atau Hadith yang sebut Beastiality akan dapat hukuman sekian², tapi ia tetap haram.
Kedua,

Sebenarnya tidak berapa tepat kalau kita kata perbuatan homoseksual tidak akan dikenakan hukuman. Keempat² Imam mazhab telah sepakat bahawa sesiapa melakukan perbuatan liwat atau homoseksual ini, ia tetap akan dikenakan hukuman.
Cuma mereka khilaf dari sudut kategori hukuman. Ada yang kata mereka dikenakan hukuman hudud, ada yang kata ta'zir, ada yang kata mereka direjam, ada yang mengqiaskan perbuatan homoseksual seperti zina, maka perlu disebat kalau belum kahwin & direjam kalau sudah kahwin.
Point di sini adalah, sesiapa yang melakukan perbuatan homoseksual ini akan tetap dikenakan hukuman.

Ini berdasarkan hadith "Jika kalian mendapati orang melakukan perbuatan Kaum Lut (homoseksual), maka bunuhlah dia"

[Tirmizi no. 1456, Ibn Majah no. 2658 & Abu Daud no. 4462]
Okay, saya tahu nanti akan ada orang membangkitkan bahawa hadith di atas adalah lemah disebabkan perawi bernama Amru bin Abi Amru.

Mereka akan kata bahawa Amru ini tidak bertemu dengan Ikrimah, maka jalannya terputus & hadith ini menjadi lemah.
Tetapi pada hemat saya, kritikan ini tidak berapa kuat. Sebabnya, sanad yg sama ini juga sebenarnya telah digunakan dalam hadith² bab lain oleh Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah seperti hadith tentang mandi sunat hari Jumaat, hadith tentang hutang & selainnya. Sanad sama digunakan.
Bahkan, Imam Ahmad bin Hanbal serta Abu Hatim ar-Razi berkata perawi bernama Amru bin Abi Amru ini "tiada masalah padanya". Imam Abu Zur'a pula berkata bahawa dia adalah seorang perawi yang tsiqah.

Maka, tiada masalah pun pada perawi.
Pada hemat saya, wallahua'lam, walaupun hadith ini ada kritikan² tertentu tetapi kritikan ini tidak berapa kuat.

Kalau hadith ini tidak berstatus sahih sekalipun, paling tidak ia adalah hasan.
Kalaulah hadith di atas adalah dhaif sekalipun (saya tidak percaya begitu), bukan bermaksud tiada hukuman kalau seseorang melakukan perbuatan homoseksual.

Imam Ibn Hajar al-Asqalani, beliau juga fikir bahawa hadith di atas adalah lemah tapi beliau kata hukuman tetap ada.
Hal ini kerana segala perbuatan homoseksual adalah bersifat di luar nikah, maka ia diqiaskan dengan perbuatan zina. Maka sebab itu kata Ibn Hajar, hukuman homoseksual ini mengambil hukuman hudud yang sama seperti zina.

[Fathul Baari, 12:139]
"Bagaimana pula kalau perbuatan homoseksual dilakukan dalam skop nikah, adakah tetap dikira zina?"

Jawapannya ya, tetap dikira zina & akan dikenakan hukuman yang sama seperti zina.
Sebabnya, kalau kita perhatikan keseluruhan Al-Quran & Hadith, definisi nikah ini skopnya adalah terhad kepada persatuan antara lelaki & wanita sahaja. Kalau selainnya, ia tidak dikira nikah.
Perkahwinan ini sebenarnya bukan sekadar cinta sahaja, tetapi banyak hukum² yang mengiringinya seperti hukum susuan, talak, khulu', nafkah & selainnya. Dan kalau kita perhatikan sepanjang Al-Quran & Hadith, hukum² ini biasanya sudah spesifik mengikut jantina.
Contohnya, kalau lelaki tanggungjawab utama mereka adalah nafkah. Wanita pula ada tanggungjawab menyusukan anak atau mereka boleh upah ibu susuan. Talak pula adalah autoriti suami, khulu' pula adalah autoriti wanita. Poligami pula hanya lelaki sahaja boleh buat, wanita tidak.
Kalau kita baca hukum hakam ini, kita tidak akan pernah terfikir bahawa hukum² ini membicarakan dalam konteks perkahwinan antara lelaki & lelaki, atau wanita dengan wanita. Kesemuanya adalah dalam konteks lelaki & wanita sahaja.
Ada orang pernah kata, sebenarnya pernikahan ini antara maskulin & feminin, bukan antara orang yang mempunyai faraj & ada zakar.
Bagi saya, statement ini adalah paling mengarut saya pernah baca. Cuba bayangkan poligami antara seorang lelaki dengan empat lelaki lain tapi 4 lelaki itu mengaku mereka feminin, boleh ke begitu? Macam ni ke cara kita faham Al-Quran?

Masya Allah, stoplah this kejahilan
Lagipun sahabat saya @alarifiya, telah menjawab syubhah ini dengan baik sekali. Boleh lihat tweet beliau di bawah.

Kesimpulannya saya ulang di sini :-

- Ulama sepakat pelaku homoseks tetap dihukum, cuma mereka khilaf sama ada ia dalam kategori hudud atau ta'zir

- Hadith tentang hukuman bunuh pelaku homoseks ada kritikan², tetapi ia tidak lemah (pada hemat saya)
- Kalau hadith itu lemah sekalipun, perbuatan homoseksual tetap dihukum sebab ia dikira persetubuhan di luar nikah, diqiaskan dengan zina

- Definisi nikah sepanjang Al-Quran & Sunnah adalah terhad kepada jantina lelaki & wanita sahaja, bukan selainnya.
In sya Allah syubhah ketiga saya sambung petang atau malam. Maaf jikalau menunggu.
kekurangan*
-SYUBHAH KETIGA-

"Kaum nabi Lut diazab bukan sebab mereka melakukan perbuatan homoseksual, tapi sebab mereka melakukan homoseksual dalam keadaan memaksa (rogol). Adapun kalau dilakukan dalam keadaan rela (ada consent), maka ia dibolehkan"
Pertama sekali,

Tafsiran bahawa kaum Nabi Lut melakukan perbuatan rogol adalah tafsiran yg sangat janggal & memerlukan bukti yg jelas daripada nas² lain. Sebab tafsiran ini adalah spesifik & tidak pernah diriwayatkan oleh mana² ahli tafsir pada zaman dahulu. Maka, kena ada bukti
Kalau tiada bukti, maka pemahaman ayat Al-Quran tetap kekal sebagai pemahaman yg umum, yakni, kaum Nabi Lut diazab disebabkan mereka "mendatangi lelaki & bukannya perempuan". Tidak kira mereka mendatangi secara paksa atau rela, kedua-duanya adalah dilarang.

Tafsiran umum kekal.
Keduanya,

Kalau kita cermati ayat² Al-Quran yang menyebut tentang kisah kaum Nabi Lut, ia menyebut begini "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki dengan syahwat, bukannya perempuan..." [7:81]
Perhatikan frasa berikut, "mendatangi lelaki & bukannya perempuan".

Kalau kita baca daripada zahir ayat sahaja, kita akan faham bahawa yang sepatutnya mereka datangi adalah perempuan, bukannya lelaki.
Sebab ayat ini ada sebut...

"من دون النساء"

...yang membawa erti "instead of wanita". Maka, kesalahan kaum Nabi Lut adalah mereka melepaskan syahwat kepada lelaki instead of wanita. Sepatutnya mereka berbuat demikian kepada wanita sahaja, bukan sesama jantina.
Jadi, kalau ada orang berkata bahawa frasa "mendatangi lelaki dengan syahwat" dalam ayat Al-Quran di atas bermaksud rogol, adakah bermaksud kaum Nabi Lut dibolehkan merogol wanita & bukannya lelaki?

Nampak sangat janggal tafsiran ini.
Contohnya beginilah.

Katakan saya buat ayat "Ahmad tersilap sebab dia pergi ke kedai A instead of kedai B"

Daripada ayat ini, kita tahu bahawa yang sepatutnya Ahmad pergi adalah kedai B, bukannya A.
Samalah juga dalam ayat di atas. Sepatutnya yang kaum Nabi Lut datangi dengan syahwat (yakni melakukan persetubuhan), bukannya terhadap lelaki tetapi seharusnya kepada perempuan.

Dan inilah pemahaman yang jelas berdasarkan ayat Al-Quran tadi.
Kesimpulan di sini:-

- Tafsiran bahawa kaum Nabi Lut diazab sebab mereka melakukan rogol memerlukan nas luaran untuk mengikat makna yang umum. Jikalau tidak ada bukti, maka pemahaman ayat kekal sebagai umum.

- Tafsiran bahawa kaum Nabi Lut melakukan rogol adalah sangat janggal.
Baiklah, sekadar ini sahaja thread saya, moga² kalian faham tulisan saya ini & jikalau ada kesalahan, sudi²lah tegur saya in sya Allah.
Okay, sebelum saya tamatkan thread ini, ada satu lagi syubhah yang ditimbulkan tentang azab kaum Nabi Lut.

Mereka kata "Kaum Nabi Lut diazab sebab mereka ada melakukan maksiat² lain seperti menganggu orang di jalanan, tidak beriman kepada Allah. Bukannya homoseks semata²"
Okay, saya setuju memang ada maksiat² lain yang dilakukan oleh kaum Nabi Lut. Tapi kita harus faham bahawa maksiat yang paling utama & paling banyak ditekankan dalam Al-Quran adalah mereka adalah mereka melakukan liwat atau homoseks.
Dalam sembilan kali kisah Kaum Nabi Lut dinyatakan dalam Al-Quran, enam daripadanya menyebut tentang kesalahan homoseks ini. Boleh rujuk ayat² berikut :-

7:81
11: 77-82
15: 68-73
26: 165-167
27: 54-55
29:28-29
Maka, jelas di sini kaum Nabi Lut memang ada melakukan maksiat² lain, tetapi yang paling banyak disebutkan adalah kesalahan mereka melakukan perbuatan homoseksual. Jelaslah di sini betapa besarnya dosa melakukan homoseks ini.
Wallahua'lam, sekadar ini sahaja thread saya. Moga² kalian faham penulisan ini & moga² Allah SWT mengurniakan saya ganjaran & menerima usaha kerdil saya ini.

Sekian, thread tamat.
(disclaimer)

- Dalam konteks undang² Syariah, hukuman sodomi atau homoseks ini akan dikenakan apabila ada saksi, atau dengan kata lain, kalau ia dilakukan di tempat awam.
- Adapun kalau dilakukan di balik tabir, ia tetap haram cuma penguatkuasaan ini di luar bidang kuasa undang² Syariah (sebab kita tak boleh intip maksiat orang lain)

- Tidak ada dosa kalau sekadar timbul kecenderungan melakukan homoseks, dosa hanya kalau melakukannya sahaja.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with X Guy

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!