, 10 tweets, 2 min read
Pak cik , kenapa lambat hari ni?

"Sorry Dr. Takde Kenderaan. Jadi Atuk jalan sendiri hari ni. Tak sempat tumpang orang" Jawab pak cik tersebut yang berumur dalam lingkungan 60-an.

Jauhnya pak cik jalan!! Mana anak pak cik? Kenapa tak suruh anak hantarkan?
Dia menjawab "Anak semua dah pindah ke KL. Mereka pulang bila waktu cuti sahaja. Isteri dah meninggal. Jadi atuk ni tinggal berseorangan. Nasib baik ada jiran datang melawat sekali sekala, tak lah rasa keseorangan".
Saya pun bertanya, "Kenapa pak cik tak nak pindah tinggal dengan anak?"

" Tak pernah mereka meminta atuk untuk datang tinggal dengan mereka. Maklumlah atuk ini dah tua.. buat benda dengan lambat. Kalau salah sikit, anak akan marah. Atuk tak sanggup.. Atuk tak sanggup..."
Air mata mula mengalir dari kelopak mata pak cik tu, membasahi pipinya ni.

Pedihnya Hati Saya. Sakitnya Hati Saya. Terasa macam sebutir peluru baru sahaja menembusi dada saya.
Kes atuk ni bukannya kes pertama yang saya pernah jumpa. Banyak lagi orang tua yang mengalami nasib yang sama dengan atuk ni. Ada yang anaknya Doktor, Peguam, Guru...

Kenapa benda ni sering berlaku?

Adakah kita ni sibuk mengejar dunia hingga terlupa pasal orang tua kita?
Kita sangka ibu bapa kita rela untuk tinggal di kampung kerana mereka selesa, tetapi sebenarnya tidak! Mereka sebenarnya tengah berbohong kerana mereka tidak ingin menyusahkan anak mereka sehingga akhir hayatnya.
Tolonglah jenguk mereka kerap. Bukannya dengan menghantar cucu cucu untuk mereka jaga. Bawalah mereka keluar, melancong.
Kalau kita boleh buat trip ke Busan, Lombok, Osaka dengan kawan kawan kita, Kenapa kita tak boleh buat trip sama dengan orang tua kita?
Masih ada lagi yang malu memegang tangan maknya semasa melintas jalan, tapi tak tahu malu memegang tangan anak dara orang lain pula.
Jangan sesekali lupa pengorbanan ibu bapa anda. Betul kata orang. Ibu bapa mampu menjaga 10 orang anak , 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang bapa atau ibu.

Jadilah anak yang mampu menghadiahkan pelangi indah untuk ibu bapanya.
Walaupun pelangi hanya akan muncul selepas gerimis pulang,

Asalkan kita dapat mewarnai hidupnya biarpun sedikit.

Kerana kasih sayang seorang ibu atau bapa tidak akan mampu dibalas sehingga ke akhir usia.

Dr Nimelesh Balanthiren
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Nimelesh

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!