Penduduk kampung tak bersetuju lantas bangkit melawan sehingga mencetuskan peperangan.
Disebabkan kucar kacir yang berlaku, Upin dan Ipin terpisah.
Kemudian ...
Ipin pula bertemu dengan Tok Kasa, kekasih lama kepada Opah.
Djin melatih Upin menjadi ejen yang hebat, Tok Kasa pula memberikan Bola Kuasa kepada Ipin.
Ejen Upin dengan mentornya Ejen Djin atau Uno telah bersedia untuk membalas dendam terhadap Dato' Othman.
Upin menyangkakan bahawa Opah, Kak Ros dan Ipin dah mati.
Tapi
Ipin kini merupakan perintis kepada Boboiboy dengan kehebatan silat yang luar biasa.
Yang menghairankan Upin ialah, kini Upin sendiri yang mempertahankan Dato' Othman.
Kenapa?
I: Upin ... Sebenarnya, Dato' Othman adalah atuk kandung kita. Dato' Othman adalah suami kepada Opah!
U: Tak ... Tak mungkin! Tak mungkin atuk aku akan hancurkan Kampung Durian Runtuh!
I: Upin, sebenarnya ..
U: Tapi takkanlah sampai menghancurkan kampung kita?!!
I: Upin. Bukalah matamu.
U: Mak ... Maksud kau?
I: Kampung Durian Runtuh tak pernah hancur. Dan Dato' Othman adalah orang yang baik. Kau yang telah ditipu!
U: Tak ... Aku tak percaya!
Di pihak Upin, berdirinya Ejen Djin (Uno).
Manakala di sebelah Ipin, Tok Kasa sedia mempertahankan anak buahnya.
U : Maafkan aku Ipin. Tapi aku terpaksa aktifkan mod override. Demi Opah. Dan demi kampung kita.
Lantas Ipin mengaktifkan bola kuasa dan menggunakan elemen MEGA SUPREME yang menggabungkan kesemua kuasa elemental.
Masa seakan bergerak perlahan.
Dua beradik itu semakin hampir membunuh antara satu sama lain.
Sehinggalah ...
Seorang wanita tua berpakaian merah dengan kelengkapan I.R.I.S. menghalang pertempuran tersebut.
U: O.. Opah? Opah masih hidup?!
Upin jatuh rebah. Air matanya tidak dapat dikawal melihat insan yang amat disayangi masih ada di hadapan mata.
Kami berempat merupakan pengasas kepada M.A.T.A.
U: Berempat? Siapa kah empat orang tu opah?
Tanya Upin.
Tapi ... Kami sedar kami semakin tua dan takkan mampu nak menghalang Adudu, jadi kami kembangkan M.A.T.A.
Dan ...
Merekalah rakan seperjuangan Ejen Alia, anak didik Opah dahulu.
U: Tapi Opah ... Kenapa ... Dato' Othman ...?
Kami sengaja menimbulkan kekacauan di Kampung Durian Runtuh supaya Adudu fikir dua kali untuk menakluk Kampung ni.
Tapi atuk tak sangka ...
Djin memegang bahu Upin dan berkata:
Upin. Kau jangan percaya cakap orang tua ni. Dia ni manusia kapitalis!
Dan kapitalis, hukumannya adalah kematian!
Djin: HAHAHA! Othman, Othman .. Kau masih seperti dulu. Selalu meletakkan dosa-dosa sendiri di atas bahu orang lain. Kau ingat dengan jawatan yang kau ada, kau boleh tindas orang sewenang-wenangnya?
Upin: Tapi ... Mod OVERRIDE MAX ni merbahaya. Sebab boleh mengakibatkan orang lain juga hilang kawalan.
Djin: Dengar cakap aku Upin. Ni untuk Kampung Durian Runtuh.
Ipin: Upin! Jangan!
*MOD OVERRIDE MAX DIAKTIFKAN!
BOOMMM!!! ZASSS!!!
Satu letupan mega meletus. Sebahagian daripada wira sempat menyelamatkan diri, manakala sebahagian yang lain terkena radiasi OVERRIDE MAX yang telah digodam dengan kuasa Azurium.
Djin, Upin, Des, Tres, Niki, Ejen Bakar, Comot, Yaya, Gopal, Kebenaran, Komputer, Jarjit, Mail, Tok Dalang, Abg Salleh, Opet, Ejen Rizwan, Ejen Dayang dalam satu kumpulan.
Menentang.
Djin: Othman. Kau yang minta semua ni berlaku. Maka, kau lah yang menuai segala kecelakaan ni!
Djin: SERANG!!!
Rakan sepasukan mencederakan sesama mereka.
Ahli keluarga bertempur bagai tiada ikatan kecil.
Apakah Malaysia masih punya harapan untuk kembali aman?
Tiba-tiba, dalam kekalutan yang berlaku, hadir seorang gadis di tengah2 medan perang.
S: Temen-temen. Hentikan pergaduhan sia-sia ini. Kita semua bersaudara. Kita semua satu rumpun.
Bergaduh begini emangnya enggak enak!
Berhentilah! Berhentilah! Arkkkk ...
Tanpa disedari, Susanti ditumbuk dengan dahsyat oleh Djin.
Djin: Diam boleh tak?!
Susanti sudah hilang kawalan. Lantas Susanti mengaktifkan mod Susano.
SUSANO SUSANTI!
S: Hari ini hari kematian kau yang pasti Djin!
"APABILA KEAMANAN TELAH HANCUR, MAKA KEMUSNAHAN AKAN BERLELUASA!"
Teriak Susanti. Suaranya bagai dirasuk syaitan.
Tidak kira kawan atau lawan, semuanya dicederanya tanpa belas Ihsan!
Fang: Alicia! Wǒ aì nǐ!
Jarjit: Dua tiga kucing berlari, mana nak sama Susano Susanti.
Gopal: Kuasa Ayam Goreng!
Ipin: Wah! Aku nak ayam goreng!
Boboiboy: Terbaik!
Mael: Eleh. Aku boleh buat lagi hebatlah.
Upin: Eh, mana Opah?! Opah...!!!
"Ahhh... Tidakk!!", Opah dilibas dengan dahsyat oleh Susanti sehingga terpelanting ke udara.
Boboiboy: Yaya, selamatkan Opah!
Yaya: Hmm.. Baik.
Upin: Tak guna kau Susanti ... Kau ... Kau cederakan Opah!
Ipin: Upin! Kawal kemarahan kau! Itu bukan Susanti!
Upin memandang sekeliling. Ramai kawanya yang telah jatuh rebah mencium bumi.
U: A ... Apa yang aku dah buat ni?!
ZASSS!! Satu lagi libasan dihayunkan Susanti. Kali ini ke arah Upin.
AHH!!
PANGGG!!!
Dato' Othman dihentak kebumi ketika mempertahankan Upin dari serangan Susanti.
Upin: Atukk!!
Djin melihat adegan tersebut ketawa kuat.
Djin: Upin, tunggu apa lagi? Tamatkan riwayat Othman. Thread ni dah terlampau panjang.
Kakinya lemah. Namun darah mengalir laju, jantung pula berdegup kencang.
Tangannya digenggam erat, ada dendam yang terpendam.
Djin: Kau tunggu apa pagi Upin? Bunuh Othman sekarang.
Upin: Aku ... Aku tunggu kematian kau DJIN!
Upin berlari laju ke arah Djin lantas terus menumbuk watak antagonis utama itu.
Djin: Tak guna kau Upin! Berani kau khianat pada aku!
Upin: Kau! Kau pergunakan aku demi dendam kau terhadap M.A.T.A.. Kah memang binatang Djin!
Pertempuran berlaku dengan amat dahsyat!
Upin: Ipin, kau pergi uruskan Susanti. Aku akan hapuskan Djin.
Ipin: Baik. Tapi sebelum tu, kau kena nyahaktifkan mod Override Max. Ramai kawan-kawan kita dah hilang kawalan sebab kesan radiasi Override Max.
Upin: Baik Ipin, aku ...
"DALAM MIMPI KAU UPIN!"
Tiba-tiba Upin diserang dari langit oleh kapal angkasa megah. I.R.I.S. milik Upin telah dirampas!
Oleh ... Adudu!
Adudu: Bwahahaha... Rasakan! Dah lama aku berdendam dengan penduduk bumi!
ADUDU: Berguna juga engkau ni probe. Baik, kita akan gabungkan I.R.I.S., Bola Kuasa, Azurium dan kuasa Koko sekarang!
Upin: Ja ... Jangan .... Kalau overpowered, satu dunia akan meletup!
Ipin: Berhenti Adudu! Bahaya!
Adudu: GABUNGAN KUASA!
Boboiboy: Isyhhh, tak bertaubat lagi kau rupanya Adudu! Rasakan ni!
Gopal: Erghh! Kuasa tukaran makanan!
Bakar: Ali, Alicia, Comot. Cepat, pecah masuk dalam kapal angkasa Adudu!
Upin: Mei mei, Yaya, Fang, selesaikan Susanti. Ipin, tolong aku. Kita kena hancurkan Adudu.
Tok Kasa: Lawan kau bukan Upin, Djin. Lawan kau ialah aku. Kuasa Kristal! Upin, Ipin, pergi selesaikan Adudu! Kau kena bekerjasama dengan Ali dan Boboiboy.
Upin: Baik Tok Kasa! Jom, Ipin!
Ipin: A ... Atuk?!
Dato' Othman berlari pantas ke arah Adudu.
DO: Aku dah melakukan banyak dosa ke atas Cyberaya dan Kampung Durian Runtuh. Biar aku tamatkan semua ni!
Adudu: Woi, apa yang kau buat ni?!
DO: Aku buat apa yang perlu aku buat selama ni. Melindungi Cyberaya dan Kg. Durian Runtuh!
DO: Boboiboy, gunakan kuasa Ocopot untuk transfer kami ke dimensi lain.
BB: Tapi Dato' !!
Upin: Apa yang atuk nak buat?!
DO: Masa atuk dah tamat cucu-cucu ku. Selamat tinggal. Jaga Opah kau elok-elok.
TETTT!!
Dato' Othman meningkatkan kuasa ke tahap maksimum. Kapal Angkasa bakal meletup dalam 10 saat!
DO: Ali, Bakar, dan ejen-ejen semua, campakkan semua penjahat ke dalam kapal angkasa ni. Sekarang!
General Rama: Tapi, apa yang Dato' nak lakukan?!
Alicia: Jangan Dato', saya takkan biarkan apa yang berlaku kepada Ejen Zain berlaku semula!
7 ... 6 ...
Alicia, Ali, Upin, Ipin, Opah dan lain-lain mula mengalirkan air mata.
General Rama: Ejen, boboiboy dan rakan-rakan! Campak semua penjahat dalam kapal angkasa! SEKARANG!
5 ... 4 ...
DJIN: Kau ... Kau memang tak guna Othman.
Djin rebah dalam penuh parah.
DO Othman hanya tersenyum tanpa kata.
3 ... 2 ...
DO: Boboiboy, sekarang!
BB: Baik Dato'! Ocopot, aktifkan portal dimensi!
1.. POOFF!!!
Satu pintu portal ke dimensi lain terbuka. Dengan tangkas, DO memandu kapal angkasa menuju portal itu
Satu letupan yang amat dahsyat meletus dari dalam portal.
Upin: Atukkk!!
Belum sempat kesan letupan terkeluar daripada portal lain, dengan pantas Ocopot menutup semula pintu ke dimensi lain itu.
Nafas semua orang turun naik laju. Semua bagai tak percaya.
Ipin: Upin, kau janganlah sedih. Kita masih ada Opah. Dan kalau kau nangis, aku pun akan nangis juga nanti.
Perlahan-lahan, rakan-rakan seperjuangan mereka menghampiri kembar tersebut.
Boboiboy: Kau jangan sedih Upin, Ipin. Kamikan ada.
Alicia: Upin, ejen mana boleh menangis! *Sambil kesat air mata
Comot: Miaw miaw
Opet: Opet opet
Tok Kasa: Jangan risau, atuk boleh jaga Opah kamu. Eh.
Opah: Upin, Ipin. Janganlah bersedih. Atuk kamu dah buat apa yang perlu dia buat untuk selamatkan Cyberaya, Kg. Durian Runtuh, dan selamatkan kita semua.
Bangkitlah cu, lihat di sekeliling kamu, rakan2 kamu.
Mei mei: Kita sudah berjaya meh.
Susanti: Maafkan aku ya Upin, Ipin. Nggak sengaja jadi Susano.
Fizi: Kau memang terbaiklah Upin!
Rakan-rakan tadika ceria tersenyum riang.
Kak Ros: Jom, kita balik rumah. Nanti Kak Ros masakkan ayam goreng. Nak?
Ipin: Wah Kak Ros! Nak nak!
Yaya: Ha! Yaya pun boleh buat biskut untuk semua orang! Semua mesti suka.
Gopal: Aduh, makan kertas pasir lagi.
Upin kini menjadi ejen M.A.T.A. teras Neuro, sama seperti arwah Dato' Othman Dulu.
Ipin pula memilih untuk berjuang bersama Boboiboy mengumpul bola kuasa.
Kak Ros kahwin dengan Abg Salleh.
Dan susanti pula terus memburu Otsutsuki dan berlatih mengawal Susanonya.
M.A.T.A. semakin canggih, apatah lagi apabila mendapat kuasa baharu dari Bola Kuasa dan Azurium.
Kita semua mempunyai peranan yang besar untuk mempertahankan negara, tanpa mengira bangsa.
Kerana sungguh, kitalah Wira Malaysia!
Sama seperti Upin Ipin, Ejen Ali dan Boboiboy. Kebanggaan kita semua!
Bangga dengan animasi Malaysia: Upin Ipin, Boboiboy & Ejen Ali!
Semoga terus maju insyaAllah.
Kalau sudi, jemput follow me on Twitter:
mobile.twitter.com/Eqhwan94
Yang Benar,
Ejen Eqhwan
Timbalan Ketua Teras INVISO.
Kepada kawan-kawan yang berminat mendapatkan buku:
1. Mitos-mitos Gen Y
2. Mahasiswa Bukan Robot
3. Henshin Mahasiswa
Boleh klik di sini ya:
m.facebook.com/story.php?stor…
Terima kasih! :)
Tok Dalang sedang menikmati Susu Coklat panas di kedai Tok Abah.
TD: Alhamdulillah. Aku bersyukur betul peperangan ni dah habis.
TA: Aku pun sama. Tapi ... Hebat betul aku tengok si Upin Ipin tu berlawan.
TD: Haha ... Kan dah memang dalam darah daging mereka.
TD: Masa kita dah berlalu Tiong Man. Biarlah generasi muda kita yang sambung perjuangan ni.
TA: Hehe.. Betul juga cakap kau. Masa kita pun dah tak lama. Kita doa yg terbaik buat mereka.
Pencipta watak Keluang Man dan Usop Sontorian:
astroawani.com/berita-malaysi…
Lagu penutup:
-TAMAT-





