My Authors
Read all threads
#SPM2019

Tahukah anda sistem permohonan UPU kini telah berubah menjadi "single window offer" sahaja?

Dahulu, pelajar boleh mohon Matrikulasi, ILKA, IPG, dan Diploma dan Asasi UA dan berpeluang mendapat lebih dari satu tawaran serentak, kini semuanya berada di bawah satu sistem
Tetapi kini, disebabkan semua permohonan platform tersebut telah diasimilasikan di bawah satu portal sahaja, ia bermaksud pelajar hanya akan ditawarkan SALAH SATU daripada platform di atas - tiada lagi tawaran Matrikulasi, IPG, dan Dip/Asasi UA serentak buat pelajar
Contoh:

Setelah Ali mendapat keputusan SPMnya, dia memohon untuk program Matrikulasi Perakaunan Professional, Diploma Pengurusan Perniagaan, dan Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan UIAM. Dia juga turut memohon untuk program lain seperti Asasi TESL di UiTM serta Diploma Civil Eng
DULU: dia berpotensi untuk ditawarkan program Matrikulasi DAN program Asasi TESL kerana dua program tersebut di bawah sistem berbeza. Dia boleh pilih salah satu

KINI: mengikut merit keputusan, didapati Ali PALING LAYAK untuk ditawarkan program Asasi TESL SAHAJA
Dan tawaran adalah MUKTAMAD.

Adalah penting untuk anda betul2 pilih program yang bersesuaian kerana setelah ditawarkan, anda tidak boleh menolak tawaran tersebut dan cuba untuk membuat RayuanUPU

Ingat, rayuan hanyalah untuk mereka yang TIDAK MENERIMA SEBARANG TAWARAN! #SPM2019
Platform lain yang tidak diasimilasikan di bawah satu sistem adalah

- Pra-Diploma (UiTM)
- STPM/STAM
- Program Persediaan ke Luar Negara
- Program Professional (ACCA dan sebagainya)
Dari pandangan sis, antara kebaikan sistem ini adalah anda tidak perlu pening nak pilih mana satu kerana program yang diasimilasikan adalah antara "program popular" yang sering membuatkan pelajar keliru nak pilih mana satu. Segalanya bergantung kepada keputusan anda.
Walau bagaimanapun, anda perlu untuk betul2 membuat timbang tara dalam meletakkan 12 program dalam pilihan. Maksudnya, perlu fikir siap2 "kalau dapat mana2 tawaran ni, aku puas hati" kerana tawaran adalah MUKTAMAD, okay?
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perjalanan anda selepas SPM, boleh layari laman Spotify dan follow podcast "Salam Sayang, Madu!" untuk lebih siri #/PostSPM2019 🥰 Link in bio!
For those who prefer audio explanation! Issa 10-min insight though heh
Poster rasmi hebahan permohonan ke Matrikulasi + IPGM di bawah satu portal (UPUOnline)
Tambahan: senarai program pilihan untuk setiap pemohon berbeza!

Maksudnya, senarai pilihan program dalam permohonan anda adalah berdasarkan kelayakan keputusan anda. Contoh: kalau nak apply asasi sains UM tapi tak cukup syarat, program tu tak akan muncul dalam senarai pilihan.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Cornflakes Madu! 🇲🇾

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!