My Authors
Read all threads
Perjanjian Saka III

—xx—

“Kematian tidak boleh dikembalikan. Itu sudah menjadi lumrah alam.”

- Rusli
Khamis - 9 Oktober 2014

Pukul 6 petang.

KNOCK! KNOCK!

“Assalamualaikum Yah! Bukak pintu!”

“Sekejap!” jerit si ayah.

KRIGGG! Pintu kayu, pintu utama rumah dibuka perlahan.
Setelah pintu dibuka. Muncul seorang wanita yang wajahnya persis Lisa Surihani, ibu kepada Fiq.

“IBU? Bila ibu balik rumah? Dah lama ibu tak balik rumah!” jerit budak lelaki itu kegembiraan.
“Ibu banyak kerja Fiq.” jawab ibu Fiq.

“Lambat Fiq balik sekolah harini? Ni mesti pergi cyber cafe dengan kawan-kawan ni kan?” tanya ibu Fiq.

“Takda lah ibu, Fiq pergi solat Asar berjemaah kat masjid simpang empat tu tadi lepas kelas KAFA.” jawab Fiq.
“Tapi setahu ibu mana ada masjid kat simpang empat tu. Kubur adalah?” balas ibu Fiq.

“........” ayah Fiq terdiam memandang Fiq.

“........” Fiq turut terdiam.

Mereka semua terdiam seketika.
“Masuk rumah cepat. Pergi mandi pastu terus bersiap-siap. Malam ni kan kita nak celebrate birthday Fiq.”

“Yes!! Terima kasih bu! Ibu memang paling lawa. Dah la macam Lisa Surihani.” kata Fiq.
“Bila masa pulak ibu macam Lisa Surihani?” tanya si ibu.

Fiq terus berlari masuk ke dalam rumah sejurus dia membuka kasut dan stokin sambil tergelak besar.
Pukul 8 malam.

—-

“Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Afiq!“

Fiq memotong kek bertemakan pasukan bola sepak kegemaraannya, Liverpool dan diikuti dengan nyanyian oleh ibu dan ayahnya.
Fiq dan keluarganya menyambut ulang tahun Fiq yang ke-15.

“Ini hadiah daripada ayah dan ibu. Biasa-biasa je.” kata ayah Fiq sambil menghulurkan sebuah kotak berbalutkan kertas berwarna biru.

Fiq mengambil hadiah itu dan terus membukanya.
“YES! PSP! Terima kasih ayah, ibu..” kata Fiq sambil memeluk ayah dan ibunya.

“Boleh tak Fiq nak request satu hadiah lagi?” tanya Fiq.

“Boleh. Untuk anak ibu, semua pun boleh. Fiq nak apa lagi? Cakap je. Ayah ada. Hari ni je dia dah banyak dapat duit hasil jualan kelapa sawit.”
“Aik. Abang pulak yang kena? Haha, cakap la Fiq. Fiq nak apa?” sambung ayah Fiq.

“Fiq nak adik.” balas Fiq.

Muka kedua-dua ayah dan ibu Fiq terus berubah.
“Fiq bosan. Dah 15 tahun Fiq main sorang-sorang kat rumah. Dah la rumah kita jauh dari rumah orang lain. Lama-lama nanti, Fiq kawan dengan toyol baru tahu.” ujar Fiq perlahan.

“Buat masa sekarang tak boleh Fiq. Ibu sibuk dengan kerja kat offshore.” jawab ibu Fiq tergagap-gagap.
“Ayah pun sibuk jugak Fiq sekarang urus ladang sawit kita tu.” sambung ayah Fiq.

“Kalau tak boleh, takpe la, Fiq okay je. Fiq faham je ibu dan ayah sibuk. Lagipun, ibu balik dua kali je dalam setahun.” balas Fiq tersenyum.
Mereka sekeluarga bersembang keriangan setelah lama tidak berkumpul bersama.

KLAK! Jarum jam menunjukkan pukul 11.30 malam.

Ibu Fiq sibuk berkemas pakaiannya sebelum meninggalkan rumah.
“Ala, pergi kerja lusa tak boleh ke ibu? Baru sehari je dapat jumpa dengan ibu. Tiap-tiap tahun macam ni. Pishang la Fiq.” rayu Fiq kesedihan.

Ibu Fiq menggosok kepala Fiq.

“Fiq..Ibu memang dah kena masuk kerja esok. Nanti dah habis kerja, ibu terus balik. Okay sayang?”
“Tapi mesti lama lagi kan?” tanya Fiq.

“Fiq! Ibu banyak kerja. Ayah kan ada ni!” kata ayah Fiq.

Tiba-tiba Fiq tergelak.
“HAHAHA! Ada ayah buat apa.. Dah la main biola tak best. Dah macam radio lama. Kadang bercakap sorang-sorang. Macam orang kena sampuk. Dah macam hantu raya. Lepas tu menangis sorang-sorang.” gurau Fiq dengan ayahnya sambil tergelak besar.
Ayah Fiq hanya terdiam.

Ibu Fiq memandang wajah ayah Fiq, seolah-olah sebak.

“Fiq.. Tak baik cakap ayah macam tu. Minta maaf dengan ayah sekarang.” suruh ibu Fiq.
Ibu Fiq tersenyum melihat telatah anaknya bersama suaminya, Rusli atau nama sebenarnya Aswad.

“Okay! Ibu dah nak pergi ni.” kata ibu Fiq.

Fiq bersalam dan mengucup pipi ibunya.
“Fiq sayang ibu.” bisik Fiq.

Ibunya tersenyum.

“Sayang sangat-sangat.” sambung Fiq, berbisik di tepi telinga ibunya, sambil memeluk erat badan ibunya.
Air mata suci seorang ibu keluar membasahi pipinya setelah mendengar ungkapan daripada Fiq.

“Fiq kunci semua pintu rumah. Okay? Ayah nak hantar ibu kat perhentian bas dekat bandar.” kata ayah Fiq.

“Baik yah.” ujar Fiq sambil melambai-lambai tangannya.
Keesokan harinya.

Jumaat - 10 Oktober 2014

Pukul 5 petang.

Fiq seorang diri di ruang tamu rumahnya sambil menonton televisyen. Ayahnya tiada di rumah kerana sibuk dengan perusahaan ladang sawitnya.
“Kan best kalau ibu ada sekarang. Boleh borak-borak dengan dia, tengok televisyen dengan dia, dan yang paling best, kutuk bahasa melayu lama ayah sama-sama.” bisik hati Fiq sambil tersenyum seorang diri.
Tiba-tiba, Fiq terhidu bau yang sangat busuk. Fiq menutup mulut dengan tangannya.

“Bau apa ni? Takkan bau kentut aku kot?” soal Fiq.
Fiq mengekori arah bau itu datang. Bau itu membawa Fiq ke arah sebuah pintu untuk memasuki satu ruang bawah tanah rumahnya.

Ayah Fiq selalu memesan kepadanya, supaya tidak memasuki bilik itu. Oleh disebabkan itulah Fiq tidak pernah memasuki bilik itu mahupun mendekati bilik itu.
“Aik! Biasanya pintu terkunci. Asal hari ni tak terkunci? Terbukak pula tu?” bisik Fiq.

Fiq membuka pintu itu dan melangkah turun tangga. Mata Fiq meneliti di setiap penjuru bilik itu.
Fiq terkejut apabila dia melihat banyak gambar ibunya tergantung di dinding bilik itu.

Dan terdapat, satu gambar yang sangat besar, berjaya menarik perhatian Fiq.
Fiq berjalan mendekati gambar itu. Terlihatnya ada satu kotak kayu yang bersaiz besar, berukuran panjang 1.8 meter, dan satu kotak kayu kecil, terletak di atas meja.

Fiq tidak mengendahkan kotak kayu kecil itu tetapi matanya asyik tertumpu pada kotak kayu panjang yang besar itu.
Kata hati Fiq kuat menghasutnya, untuk membuka kotak kayu itu.

Fiq dengan perlahan membuka penutup kotak kayu itu dengan penuh debaran.

PRAP! Penutup kotak kayu besar itu dihempas oleh Fiq ke lantai.
Fiq terkesima dan badannya tidak bergerak walaupun seinci. Tubuhnya menggigil.

TAP! TAP! Air mata Fiq jatuh di atas lantai. Fiq tidak mampu berdiri lagi. Lututnya menjadi semakin lemah. Fiq tidak mampu menahan perasaannya lagi.
“IBU!!!!” jerit Fiq dengan lantang, air matanya berlinangan.

Di depan mata Fiq, terpampang sekujur badan ibunya yang terbaring kaku di dalam kotak, atau keranda itu.

Tiba-tiba Rusli memasuki bilik itu.
“Fiq! Macam mana..” Rusli terkedu.

Dia menarik bahu Fiq.

“Fiq buat apa dalam bilik ni?!!” marah Rusli dengan wajah yang pucat.
Fiq menolehkan mukanya. Terpampang wajah Fiq yang menyimpan satu kemarahan. Terbeliak biji mata Rusli apabila melihat wajah anaknya.

“Kenapa ayah bunuh ibu?! Baru semalam kita bersama! Apa salah ibu?! Apa salah ibu?!” marah Fiq sambil memegang kedua-dua belah bahu ayahnya.
Rusli terdiam dan tidak mampu berkata apa-apa.

Mukanya terkedu dan sedih. Segala rahsianya selama ini tentang isterinya, telah terbongkar di hadapan anaknya sendiri.
“Ayah tak bunuh ibu kamu. Ibu kamu yang pilih jalannya sendiri. Sebenarnya, ibu kamu dah lama mati.” kata Rusli kesedihan.

“Habistu, macam mana mayat ibu ada dalam ni? Perempuan semalam?? Siapa perempuan semalam yang celebrate birthday Fiq?!” jerit Fiq.
Rusli menceritakan hal sebenarnya kepada Fiq untuk meredakan kemarahan anaknya itu.

——

Flash back - 11/10/1999

Pukul 10 malam.

Di ruang tamu kediaman Rusli.

“Abang! Badan anak kita panas sangat ni!” kata ibu Fiq kepada Rusli melalui telefon.
“Sekejap sayang abang dah nak sampai rumah.” balas Rusli atau nama sebenarnya Aswad.

Beberapa minit kemudian, Rusli sampai di rumahnya. Rusli bergegas keluar dari keretanya dan terus masuk ke dalam rumah.
Rusli terkejut apabila melihat isterinya menangis dan badan anaknya dilitupi kain putih.

Rusli menghampiri isteri dan anaknya dan membuka kain itu. Dia melihat jasad Fiq yang sudah tidak bernyawa.
Rusli tidak mampu menahan kesedihan itu. Rusli menangis sekuat hatinya.

“Ni semua salah aku! Aku bodoh! Ayah yang bodoh! Kalaulah aku tak keluar rumah malam ni, mesti anak aku selamat!!” marah Rusli kepada dirinya sendiri.
Isteri Rusli hanya mampu menangis di hadapan jasad anaknya itu. Dia sedikit pun tidak menyalahkan Rusli di atas kejadian yang menimpa anaknya.
“Abang! Janganlah sedih. Janganlah salahkan diri sendiri. Saya tahu macam mana nak menghidupkan kembali anak kita. Saya penah dengar cerita, yang ada seorang bomoh, boleh menghidupkan orang yang telah mati.” kata isteri Rusli.
Rusli masih lagi meratapi anaknya itu.

“Kematian tidak boleh dikembalikan. Itu sudah menjadi lumrah alam. Jangan kita melawan fitrah.” kata Rusli, sambil menangis.

“Takpa! Abang ikut je dulu. Kita bawa Afiq jumpa bomoh tu.” minta isteri Rusli.
Rusli mengangkat jasad Fiq masuk ke dalam kereta. Jasad Fiq diletakkan di atas ribanya.

Isteri Rusli yang mengambil alih memandu kereta.

“Awak tahu tak jalan nak ke tempat tu?” tanya Rusli.
“Saya pernah nampak rumah tu sebelum ni. Kalau tak jumpa pun, kita tanya je orang dalam sekitar kampung tu.” balas isteri Rusli.

Beberapa minit kemudian, mereka sampai ke rumah bomoh itu. Kelihatan rumah itu teramatlah usang.
Sudah banyak dinding kayu yang dimamah oleh anai-anai dan juga dilitupi dahan-dahan pokok yang menjalar.

DAM! DAM! Pintu kayu rumah usang itu diketuk oleh Rusli sambil mendukung mayat anaknya, Afiq.
“Betul tak rumah ni?” tanya Rusli kepada isterinya.

“Kalau tak silap, ni memang rumah bomoh tu.” jawab isteri Rusli.

Tiba-tiba, pintu itu terbuka dengan sendiri. Terlihat seorang lelaki tua yang berjanggut putih, sedang bersila di atas tikar kuning menghadap pintu masuk.
“Siapa?!” jerit bomoh itu, sambil mengunyah sirih.

Rusli dan isterinya, berjalan masuk ke dalam rumah bomoh itu. Suasana di dalam rumah itu amat gelap dan dipenuhi dengan asap putih.

“Kami ada hajat.” ujar isteri Rusli.

“Duduk.” arah bomoh itu.
Sebelum isteri Rusli duduk bersila, dia berbisik sesuatu di tepi telinga bomoh itu, sementara Rusli meletakkan mayat Fiq di atas lantai kayu rumah bomoh itu.

Bomoh itu mengangguk tanda faham apa yang dibisikkan oleh isteri Rusli.
“Jadi kamu berdua ingin menghidupkan kembali anak kamu?” tanya bomoh.

Mereka mengangguk.

Tanpa beromong panjang, bomoh itu berdiri dan terus mengangkat mayat Fiq, masuk kedalam sebuah bilik.

“Kamu! Ikut saya.” arah bomoh kepada isteri Rusli.
“Tok nak buat apa dengan isteri saya?” soal Rusli kehairanan.

“Usah khuatir.” balas bomoh itu.

Isteri Rusli hanya menurut permintaan bomoh itu dan turut masuk ke dalam bilik itu bersama-sama dengan mayat anaknya.
Sudah 10 minit berlalu. Rusli cemas. Dia takut, dan menggigil.

Tiba-tiba, bomoh itu keluar dari bilik itu bersama jasad Fiq yang sedang menangis.

Raut wajah Rusli berubah kegembiraan. Dia terus bangun dan memeluk anak kesayangannya itu.
“Isteri saya! Isteri saya mana tok??” soal Rusli sambil memegang Fiq yang sedang menangis.

Bomoh itu terdiam seketika.

“Tok?!” tegas Rusli.
“Upacara larangan. Sembahan haram. Itu yang isteri kamu minta. Nyawanya yang menjadi korban. Dipindahkan ke dalam jasad anak mu ini.” kata bomoh itu.

Rusli tergamam apabila mendengar kata-kata bomoh itu.
“Dia tidak sanggup, melihat kamu menyalahkan diri sendiri, di atas kematian anak kamu. Jadi dia berkeras..“ sambung bomoh itu.

Rusli yang tadinya gembira kini telah berubah menjadi sedih.

“Tok! Tok ambil nyawa saya! Pindahkan nyawa saya ke dalam jasad isteri saya!” rayu Rusli.
“Itu bukan kehendaknya. Kamu yakin? Isteri kamu akan bahagia kalau kamu juga mati? Dia ingin kamu terus hidup bahagia bersama dengan anakmu ini.” kata bomoh itu.

Rusli tetap memujuk bomoh itu, untuk mengembalikan isterinya.
“Ada lagi satu upacara sembah larangan, yang boleh kamu pertaruhkan.. Korbannya berat.“ kata bomoh itu.

“Apa pun korbannya. Saya rela!” balas Rusli.

“Baik! Korban nyawa! 1 tahun jangka hayat kamu untuk 1 hari kehidupan isteri kamu di dunia ini! Kamu sanggup?” sambung bomoh itu.
“Saya sanggup.”

“Kamu tidak boleh berundur.. Kamu tahu itu..”

Rusli mengangguk.

“Isteri saya, dia harus sentiasa ada di setiap hari-hari penting kami sekeluarga.”

“Hari-hari penting?” soal bomoh itu.
“Hari ulang tahun kelahiran anak saya. Dan juga, pada hari raya yang pertama. Dua hari di dalam setahun, maka ambillah jangka hayat saya selama dua tahun.” balas Rusli.

“Dan tarikh kelahiran anakmu?”

“Setiap 9 Oktober..”

Bomoh itu mengangguk, dan terus menjalankan upacara itu.
Tamat flash back.



Fiq terkedu.

“Itu..yang terjadi.” kata Rusli kepada anaknya, Fiq.

Fiq terus menangis setelah mendengar cerita dari ayahnya.

Rusli membatukkan darah.
“Yah! Kenapa?! Darah apa ni? Ayah sakit??” tanya Fiq.

“Umur ayah dah 68 tahun. Ajal ayah mungkin hampir sampai.” balas Rusli.

“Tapi ayah baru.. Ayah baru 40 tahun??” ujar Fiq.
“Ayah dah hilang 28 tahun. 2 tahun setiap tahun dijadikan korban untuk memanggil roh ibu kamu ke dunia ini. Setiap tahun, umur ayah bertambah 3 tahun. Telah hampir 28 hari, kita bersua muka dengan ibu kamu..” jelas Rusli.
“Kalau ayah mati...ibu takkan balik jumpa Fiq lagi..??” tanya Fiq, dengan suara yang tersekat-sekat.

“Jadi ayah janganlah mati lagi. Jangan tinggal Fiq sorang-sorang!” jerit Fiq.

Rusli mengusap rambut Fiq.
“Ayah! Jangan! Jangan tinggal Fiq sorang-sorang!” jerit Fiq sambil menangis dengan kuat.

Rusli tidak berdaya lagi untuk meneruskan kehidupannya.

Rusli sempat memberi kata-kata terakhir sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Suatu masa nanti. Akan ada seseorang. Yang akan cari Fiq. 5 tahun lagi. Kuatkan semangat. Dia akan kembali.”

“Siapa dia??”

“Rusli.”

Hembusan nafas terakhir ayahnya, memukul kewarasan Fiq.

Fiq menangis tidak henti, sehingga dia tidak sedarkan diri.
Dua hari telah berlalu.

—-

Kejadian itu memberikan kesan yang amat mendalam buat Fiq yang baru berumur 15 tahun.

Setelah dia sedarkan diri, dia sudah pun berada di dalam sebuah rumah anak yatim.
Fiq memandang ke kiri dan ke kanan. Cemas. Dia bangun dan mengimbau sesuatu. Matanya terbeliak.

“Apa maksud ayah aku? Kenapa dia cakap hati-hati 5 tahun lagi? Dan kenapa dia cakap yang dia akan kembali??”

“Rusli?”



THE END.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with ✑ PUTAR PEN (ペン)

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!