, 18 tweets, 4 min read
My Authors
Read all threads
"Lembah Bujang Kena Claim Tamadun Tamil Chola."

Melayu Pendatang yang didendangkan biasanya akan datang dengan hujah-hujah yang mengatakan tamadun tertua di Malaysia iaitu Kedah Tua milik Tamil Chola.

Oleh: Helmi Effendy
Untuk pengetahuan saudara, pada 2800 tahun dulu tu, agama Hindu-Buddha masih belum sampai di Kedah Tua. Pada penemuan terbaru oleh sarjana tempatan, mereka berhujah bahawa penduduk Kedah Tua tidak pernah terpengaruh dengan proses Indianisasi.
Bahkan seawal 2800 tahun dulu, penduduk tempatan di Sungai Batu menyembah Gunung Jerai. Adapun proses kedatangan Hindu-Buddha ke Alam Melayu adalah pada abad selepas Masihi. Itupun ia sudah diadunkan dengan kepercayaan masyarakat tempatan.
Contoh bukti hidup masyarakat tempatan bukan India yang beragama Hindu adalah di Bali sana. Pelbagai perayaan dan ritual masyarakat Bali yang merupakan keturunan pendiri Majapahit adalah tidak ada kaitan dengan mana-mana di India.
Contohnya, apakah orang India menyembah Sang Hyang Widiyasa atau Acintya seperti mana masyarakat Bali? Tidak sebab konsep ketuhanan Hinduism di Bali sudah berubah dan disegerasikan dengan kepercayaan tempatan.
Hinduism di Bali adalah dari cabang kepercayaan monoteism di dunia tau, berbeza dengan yang diamalkan di India! Contoh lain, pengunaan kalendar Pawukon dan perayaan Galungan adalah contoh menjadi seorang Hindu, x semestinya menjadi India seperti mana orang Melayu dalam sejarah.
Adapun, masyarakat Melayu sebelum Islam memang terkenal sebagai pengganut agama Hindu-Buddha, lebih rapat dgn agama Buddha apabila kebanyakan empayar Melayu sebelum Islam adalah memeluk agama Buddha dan terkenal dengan tradisi keilmuan dan penyebaran agama Buddha.
Contohnya ialah Srivijaya dan Dharmasraya. Mazhab kebanyakan kerajaan Melayu pra-Islam ialah Buddha Mahayana. Agama tidak pernah bermaksud merujuk kepada bangsa.
Srivijaya memang terkenal sebagai pusat pembelajaran dan penyebaran agama Buddha sekurang-kurangnya pada abad ke-7 Masihi dahulu. Contoh tokoh-tokoh agama Buddha yang belajar di Srivijaya sebelum menyebarkan ilmu ialah Atisa.
Tokoh agama Buddha ini telah dididik oleh seorang pendeta Buddha berbangsa Melayu dan berdarah diraja, Dharmakirti Suvarnadvipa. Keilmuan Dharmakirti di dalam ajaran Buddha telah menarik kedatangan para pelajar bukan sahaja dari benua India, tetapi Asia Timur.
Setelah menamatkan pengajian agama Buddha, Atisa meninggalkan Srivijaya dan kembali ke benua India. Atisan ini kemudiannya telah menyebarkan agama Buddha yang dipelajarinya di Tanah Tinggi Tibet.
Penyebaran agama Buddha oleh Empayar Melayu Srivijaya dapat dilihat ketika empayar ini menakluk Jawa Tengah pada 732 Masihi, kita dapat melihat Jawa yang ketika itu kuat dengan ajaran Hindu sudah mula menerima pengaruh Buddha melalui Dinasti Sailendra.
Atas sebab itu, pembinaan monumen Buddha seperti Candi Borubudur berdiri di bumi Jawa. Selain itu Tanah Melayu ketika itu, ditemui juga pelbagai objek yang berkaitan dengan agama Buddha seperti votive tablet yang merupakan objek keagamaan yang berkaitan dengan agama Buddha.
Ini dapat dijumpai disekitar semenanjung Tanah Melayu seperti di Perlis, Lembah Bujang dan juga Ulu Sungai Kelantan. Objek-objek ini biasanya mengandungi mantera dan ritual keagamaan Buddha itu sendiri.
Sekali lagi saya menegaskan bahawa sesungguhnya agama tidak pernah menunjukkan bangsa seseorang. Kalaulah sedemikian, sudah lama kerajaan Mughal di India bermaksud kerajaan Arab atau kerajaan Turki Uthmaniyah itu milik Arab kerana agama mereka.
Cumanya, saudara orang Melayu iaitu orang Jawa yang terkenal dengan kuatnya mereka beragama Hindu sebelum cahaya hidayah Islam sampai kepada mereka.
Kalau anda berminat nak membaca lebih banyak hujah-hujah sejarah mempertahankan TAMADUN MELAYU daripada diclaim oleh PUAK CHOLA ini, kami nak cadangkan pembelian buku MENCABAR TEORI CHOLA.
Lebih banyak persoalan berkenaan hujah-hujah YANG MENJAWAB claim ke atas TAMADUN MELAYU oleh GENG TEORI CHOLA.

Beli terus di portal kami:

KOMBO - bit.ly/kombo2020
TITANIC- bit.ly/titanic2020
CHOLA - bit.ly/mencabarteoric…
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!