Bahan bahan :
1. Cream cheese - 250 gram
2. Biskut Cream Cracker - satu paket
3. Susu Full Cream Dutch Lady - satu kotak
4. Susu pekat manis - 1/2 tin
5. Nestum original - satu mangkuk kecil



Sediakan bekas besar bersama dengan alat pemukul telur untuk membancuh adunan resepi cheesekut. Pengadun elektrik juga boleh digunakan untuk memudahkan kerja-kerja mengadun. Gambar merupakan antara peralatan yang digunakan.

Masukkan cream cheese sebanyak 250 gram ke dalam bekas adunan. Cream cheese ini boleh didapati di mana-mana pasaraya yang terdekat seperti Giant dan Tesco. Cream cheese yang digunakan untuk membuat cheesekut ini adalah jenama Tatura.

Masukkan susu krimer manis ke dalam adunan. Jangan masukkan kesemua sekali. Cuma masukkan separuh dari tin krimer sahaja. Boleh masukkan lebih sedikit sekiranya adunan terlalu pekat.

Kacau adunan tersebut sehingga sebati. Tenaga yang kuat amat diperlukan sekiranya menggunakan alat pemukul telur atau cheese tersebut secara manual. Amat digalakkan untuk mengunakan pengadun elektrik bagi memudahkan kerja-kerja mengadun.

Selepas adunan agak sebati, tambah sedikit (1/5 cawan atau 2 sudu) susu segar atau full cream ke dalam adunan. Jangan letak terlalu banyak kerana ia akan membuatkan adunan menjadi terlalu cair.

Sambung kacau adunan yang telah dicampurkan sedikit susu segar atau fullcream. kacau sehingga adunan menjadi kembang atau sebati sebelum siap untuk diratakan di atas lapisan biskut.

Celup biskut cream cracker ke dalam susu full cream dan susun biskut-biskut tersebut di dalam bekas. Pastikan susuan biskut itu rapat dan tiada ruang-ruang yg tertinggal.

Sapukan adunan lapisan cream cheese di atas lapisan biskut cream cracker yang telah disusun. Jangan letak adunan terlalu sikit kerana cheesekut akan menjadi terlalu kering. Letak sebanyak mungkin tetapi pastikan cukup sehingga lapisan terakhir.

Setelah lapisan adunan cream cheese diratakan, taburkan sedikit nestum di atas lapisan tersebut dengan sekata.

Ulang langkah 6 sehingga langkah 8 dengan teliti sehingga habis kesemua biskut.

Untuk lapisan terakhir, hancurkan lebihan biskut cream cracker dan taburkan bersama nestum dia atas lapisan adunan cream cheese yang terakhir. kemaskan lapisan terakhir tersebut sehingga kelihatan sedap dan selera untuk dimakan.

Simpan cheesekut yang telah siap ke dalam peti ais selama beberapa jam supaya lapisan cream cheese menjadi sedikit pejal dan tidak terlalu cair. Cheesekut akan menjadi lebih sedap sekiranya dimakan ketika masih sejuk dan baru sahaja dikeluarkan dari peti ais.

