Profile picture
ريمااوXI @RimauXI
, 23 tweets, 7 min read Read on Twitter
Kisah 1MDB Energy (Langat) Limited - Bahagian 2.

Ini adalah satu thread.
1. Selain Yak Yew Chee penulis surat sokongan palsu, turut menerima hukuman penjara ialah Yvonne Seah.

Apa yang Yvonne buat? Beliau menurunkan tandatangan pada surat yang menyatakan keluarga Jho Low memiliki kekayaan USD1.63 bilion.
2. Jens Fred Sturzenegger, bekas pengurus Falcon Private Bank Ltd, cawangan Singapura, di mana 1MDB Energy (Langat) Ltd membuka akaun. Dihukum penjara.
3. Bukan setakat orang yang menurunkan tandatangan, malah institusi kewangan yang terlibat dalam transaksi ke akaun Jho Low di bank Rothschild juga diambil tindakan.

Coutts & Co Ltd cawangan Singapura, dikenakan penalti kewangan sebanyak SGD2.4 juta.
4. Switzerland mengarahkan Coutts & Co Ltd menyerahkan kembali keuntungan yang diperolehi secara haram sebanyak CHF6.5 juta.
5. Standard Chartered Bank cawangan Singapura, dikenakan penalti kewangan SGD5.2 juta.
6. Semuanya dihukum berdasarkan rekod bank yang dibentang di hadapan mahkamah Singapura. Adakah penyokong BN percaya kepada rekod bank? Sudah tentu, kerana kita tidak menyimpan duit di dalam rak TV.

Adakah bukti telah dibentang di hadapan mahkamah Malaysia?
7. Sebelum USD110 juta tiba di akaun Jho Low di bank Rothschild, USD790.35 juta telah dipindah keluar dari akaun 1MDB Energy (Langat) Ltd ke akaun "Aabar Investments PJS Limited", digelar Aabar BVI kerana ia ditubuh di British Virgin Islands.
8. Untuk apa USD790.35 juta dipindah dari akaun 1MDB ke akaun Aabar BVI?

Penyokong BN sudah baca laporan PAC? Mengikut laporan PAC, ia untuk "security deposit". Hitungkan dengan teliti.
9. Ingat lagi bon USD1.75 bilion yang diterbitkan untuk membeli Stesen Janakuasa Kuala Langat & dijamin IPIC?

"Security deposit" ini dimasukkan ke Aabar BVI, yang dianggap anak syarikat IPIC. Seolah-olah satu bentuk credit enhancement untuk meningkatkan profail 1MDB.
10. Namun kecelakaan besar timbul apabila IPIC menafikan bahawa Aabar BVI merupakan anak syarikatnya. Jadi ke mana perginya USD790.35 juta?

Wahai penyokong BN, benarkah sebegini mudah golongan bijak pandai kita diperdayakan?
11. Memang IPIC ada memiliki anak syarikat bernama Aabar, tetapi namanya Aabar Investments PJS.

Jadi "Aabar Investments PJS Limited" yang ditubuhkan di British Virgin Islands ini, syarikat siapa pula?

Scroll ke rajah no. 6 di atas. Penyokong BN nampakkah nama Tan Kim Loong?
12. Wang yang keluar dari akaun Aabar BVI akan masuk ke akaun Tan Kim Loong.

Siapa Tan Kim Loong? Tidak lain & tidak bukan, individu yang anda sayang wahai penyokong BN.
13. Apa respons 1MDB?

Ianya "dakwaan mengejutkan": ya, itulah jawapan syarikat pelaburan ulung yang dijunjung sekalian penyokong BN.
14. Apa respons Arul Kanda?

Penyokong BN silalah baca sendiri di bawah. Ini bukan #FakeNews
15. Walaupun 1MDB mengatakan bahawa mereka memiliki Certificate of Incumbency membuktikan Aabar BVI ialah anak syarikat IPIC, namun Malaysia patut berterima kasih kepada anak-anak watan di Jabatan Audit Negara yang secara jujur menyatakan ia tidak tersenarai dalam kumpulan IPIC.
16. Malah, laporan PAC juga menyatakan security deposit dipindah ke Aabar BVI tanpa kelulusan khusus Lembaga Pengarah. Jadi siapa yang luluskan?
17. Menurut laporan PAC, pada 31 Mac 2014, 1MDB masih lagi menganggap security deposit, termasuk USD790.35 juta yang dipindahkan ke Aabar BVI, sebagai satu bentuk aset.
18. Malangnya, Aabar BVI ini telahpun ditutup pada Jun 2015.

Jadi di mana "aset" USD790.35 ini sekarang?
19. Ini kedudukan pinjaman 1MDB Energy (Langat) Limited sehingga 31 Januari 2016:
20. Apa cadangan PAC untuk mengembalikan security deposit USD790.35 juta yang merupakan hak Kementerian Kewangan Malaysia ini? Jikapun setiap sen dikembalikan, adakah Jho Low tidak bersalah?

Berikut cadangan PAC. Penyokong BN bacalah: adakah ini bermakna isu 1MDB sudah selesai?
21. Penyokong BN rasanya faham bahawa menurut Standing Orders of the Dewan Rakyat of Malaysia, PAC boleh memeriksa akaun, mengeluarkan pendapat & memberikan cadangan.

PAC tidak bertindak sebagai hakim & mahkamah.
22. Oleh itu berdasarkan rekod transaksi bank-bank yang bukan sahaja telah digunapakai untuk mendakwa, malah untuk menjatuhkan hukuman di mahkamah,

Tidakkah penyokong BN menganggap Jho Low patut dihadapkan ke sistem kehakiman negara? Atas prinsip Kedaulatan Undang-undang?
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ريمااوXI
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!