Ini thread teori-teori saintifik dalam filem tersebut.
Lubang Cacing secara teorinya boleh berlaku mengikut Teori Kenisbian Am (General Relativity) yang dipelopori oleh Albert Einstein. Malah, sudah ada percubaan untuk mencipta Lubang Cacing ini.
Baik-lah, konsepnya macam ini. Luang Cacing ini macam terowong. Terowong yang menjadi jalan pintas merentasi galaksi.
Macam mana benda ini boleh berlaku?
Apa maksud 'melipat'?
Cuba ambil kertas, kemudian lukis titik A dan titik B. Pastikan A dan B ada jarak antara satu sama lain.
Konsep Lubang Cacing macam itulah. Ia melipat ruang-masa.
Maksudnya, portal dah ditutup.
Dalam filem ini, memang agak maju juga kejuruteraannya apabila mereka mampu menstabilkan Lubang Cacing menggunakan kejuruteraan eksotik.
Lohong Hitam (Black Hole) ini menjadi fokus signifikan dalam filem ini.
Antaranya adalah pengaruh graviti Lohong Hitam ke atas planet dan apa yang ada dalam Lohong Hitam.
Roket memerlukan halaju pelepasan (escape velocity) untuk melepaskan diri daripada graviti Bumi untuk pergi ke angkasa.
Nak beritahu kat sini, cahaya sebagai benda yang paling laju pun tak dapat nak lepas daripada Lohong Hitam. Betapa kuatnya graviti Lohong Hitam.
Kalau kita tengok klimaks filem ini, Joseph Cooper jumpa anak dia semula, tapi anak dia dah tua. Kira anak dia lebih tua daripada dia.
Benda ini berlaku sebab Cooper duduk di tempat yang bergraviti tinggi terlalu lama.
Masa akan bergerak sangat perlahan di sisi kita dan masa di Bumi bergerak lebih laju.
Dalam filem ini, sekumpulan saintis ini mendarat di sebuah planet yang mengampiri Lohong Hitam. Planet yang ada ombak tinggi itu?
Cuba bayangkan, apa akan berlaku kalau Bulan mempunyai graviti yang lebih besar daripada sekarang?
Secara realitinya, tiada planet yang dapat hidup di sekeliling Lohong Hitam kerana ia memusnahkan planet itu sendiri. Manusia pula, tentulah tak dapat nak mendarat di Planet ini kerana gravitinya terlalu kuat.
Bentuk Lohong Hitam ini macam puting beliung. Sampai ke hujung lohong, kita akan sampai ke satu tempat yang dipanggil sebagai ketunggalan (singularity).
Ufuk Peristiwa ini adalah tebing-tebing Lohong Hitam.
Macam mana dunia 5-dimensi? Tengok gambar di bawah. Ini dinamakan ‘tesseract’.
Dimensi ke-5 adalah kotak yang berada di luar kotak kecil itu. Itulah dimensi ke-5.
Realitinya, kita tak tahu boleh ke berlaku benda macam itu sebab bila masuk ke dalam Lohong Hitam, kita tak boleh keluar balik untuk buat laporan.
Thread tamat. Tidur.