ATHEISME : Tuntutan Kebebasan Untuk Murtad

Dr Ahmad Sanusi Azmi

1. SELAIN kebanjiran tuntutan LGBT & kebebasan bersuara, kumpulan atheist Melayu juga menuntut kebebasan mereka untuk menukar agama (dgn istilah lain kebebasan untuk murtad).

(Untaian)
Tuntutan sebegini telah ada sblm ini tetapi mula kelihatan rancak zaman Malaysia Baharu.

2. Secara umumnya Ateism adlh satu istilah yg membawa mksd penafian trhdp kepercayaan kpd Tuhan (Encyclopedia Science and Religion, 2003; Britannica Encyclopaedia World of Religion, 2006).
Menurut American Atheists pula, Ateism bukanlah satu sistem kepercayaan mahupun agama (atheism is not a belief system nor is it a religion).  Dua elemen utama ini secara dasarnya seolah bertentangan dengan prinsip Rukun Negara sendiri iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.
3. Menelusuri sejarah peradaban Islam, penafian kewujudan Tuhan ini diperkenalkan di dalam al-Quran sebagai kumpulan al-Dahriyyah. Kumpulan ini tidak menampakkan kepercayaan kepada Tuhan. Apa yg berlaku menurut mereka hanyalah ditentukan oleh masa. Firman Allah:
Firman Allah

وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُمْ بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
Menurut Ibn Kathir, kumpulan yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan ini akhirnya membawa kepada konsep menafikan hari kiamat kerana pada mereka, apa yg berlaku dalam kehidupan kita adalah apa yang kita nampak pada hari ini. Yang mematikan dan membinasakan kita hanyalah masa.
Sheikh Jamaluddin al-Afghani pernah mengarang satu karya berjudul “al-Radd ‘ala al-Dahriyyin” (Kritikan Terhadap Kumpulan al-Dahriyyin) bagi berhadapan dengan kumpulan ini.
3. Dr. Amru Shraraf menterjemahkan ateis sebagai Mulhid, iaitu istilah yg digunakan terhadap kumpulan yg menafikan kewujudan Tuhan (Wahum al-Ilhad, 2013).
Dr. Abd Rahman Badawi pula menegaskan bhw kewujudkan kumpulan pengkritik agama & Tuhan ini dikenali dgn pelbagai istilah termasuklah Mulhid & Zindiq. Beliau senaraikan bbrp nama spt Ibn al-Rawandi & Ibn al-Muqaffa’ yg secara zahirnya mengkritik agama serta menolak sistem kenabian
Penolakan kepercayaan terhadap Tuhan secara tidak langsung telah menolak kenabian Muhammad kerana status kerasulan hanya datang dengan kepercayaan kepada Tuhan.  (Tarikh Ilhad fi al-Islam, 1980 & Wahum al-Ilhad, 2013)
4. Fenomena ateism ini dilihat semakin berkembang di zaman Abbasiyyah apabila promosi idea liberal Muktazilah yang diperjuangkan mendapat sokongan daripada kerajaan ketika itu. Namun para sarjana Muslim tidak henti meledakkan hujah bagi berhadapan dengan kumpulan seperti ini.
Di zaman Umawiyyah Imam Abu Hanifah dan Malik dilihat cuba memberikan rasional kewujudan Tuhan terhadap kumpulan Mulhid yang datang bertanya kepada mereka.
5. Ketika ditanya berkenaan kewujudan Tuhan, Abu Hanifa bertanya kembali kepada mereka, apakah kamu pernah menaiki kapal? Apakah kamu pernah melihat kapal tersebut berlayar meredah ombak menggunung dengan sendiri tanpa nahkoda? Mereka menjawab itu adalah mustahil!
Abu Hanifa menempelak dgn berkata: Jadi apakah rasional bumi dan langit yang luas ini tiada pentadbir? Apakah sistem peredaran bumi dan cakarawala ini terjadi dengan sendiri sahaja? (Tafsir al-Razi, Maarij al-Qabul)
6. Khalifah al-Mahdi juga pernah meminta bantuan daripada Imam Malik bagi berhadapan dengan phenomena ini. (Tafsir al-Razi, Maarij al-Qabul). Imam Malik menggunakan hujah kewujudan ribuan bahasa di dunia sbg keunikan yg mustahil wujud dengan sendiri melainkan dgn bimbingan Tuhan.
Nah! Lihatlah, betapa pemimpin memikirkan masalah penyebaran fenomena yang tidak sihat ini dengan membantu menyelesaikannya, bukan dengan menggalakan dan memberikan ruang kebebasan kepada kerosakan.
7.  Begitu juga Imam al-Syafie dan Ahmad pernah didatangi kumpulan sebegini yang bertanyakan tentang kewujudan Tuhan. Mereka semua mendatangkan hujah dalam bentuk rasional  dan logik bagi memberikan jawapan yang meredakan pemberontakan hati mereka.
8. Melalui ruang yang ringkas dan terhad ini, dapat kita fahami bahawa ateism adalah sebuah ideologi yang menolak kepercayaan terhadap Tuhan. Ianya juga bukanlah satu sistem kepercayaan mahupun agama.
Dokongan terhadap idea ini berpotensi meranapkan sistem agama, merosak konsep kenabian serta meruntuhkan kepercayaan terhadap hari kiamat kerana semua perkara ini adalah elemen yang saling berkait.
Melihatkan kesannya yang besar kepada agama Islam, para pemimpin dan sarjana Islam terdahulu berjuang habis-habisan bagi memerangi idea dan kumpulan ini.
Sokongan terhadap idea ateism ini juga dilihat bertentangan dgn asas rukun negara; Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Dr Ahmad Sanusi Azmi 
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to GerakanPengundiSedar™️
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!