Profile picture
Josh Saladin @JoshSaladin
, 29 tweets, 4 min read Read on Twitter
Thread malam ini,

Firaun dinasti ke-18: Tutankhamun.
Tutankhamen atau Tutankhamun memerintah Mesir sebagai seorang firaun selama 10 tahun hingga kematiannya pada usia 19 tahun, sekitar tahun 1324 B.C
Walaupun pemerintahannya terkenal kerana membuat pembaharuan dalam kepercayaan agama bapanya iaitu Firaun Akhenaten, warisan Tutankhamun sebagian besarnya diabaikan oleh firaun selepasnya.
Tutankhamun nyaris tidak diketahui di dunia moden sehingga tahun 1922, ketika seorang ahli arkeologi iaitu Howard Carter melangkah melalui pintu dan memasuki makam Firaun Tutankhamun, yang telah dikebumikan selama lebih dari 3,200 tahun.
Tugu dan harta karun di dalam makan yang luas, bertujuan untuk menemani raja ke dalam kehidupan akhirat. Jumlah harta dan kuasa yang luar biasa tentang kehidupan kerajaan di Mesir purba dengan cepat menjadikan Tutankhamun sebagai firaun paling terkenal di dunia pada hari ini.
Ujian genetik yang dibuat telah mengesahkan bahawa Tutankhamun adalah cucu kepada firaun Amenhotep II dan anak kepada Akhenaten (1550-1295 B.C.)
Akhenaten menggantikan sistem keagamaan yang dilakukan berabad-abad untuk penyembahan dewa Aten, dan memindahkan pusat keagamaan Mesir dari Thebes ke Amarna.
Selepas kematian Akhenaten, dua orang firaun yang telah campur tangan ke atas tampuk pemerintah sebelum seorang putera berusia 9 tahun yang dipanggil Tutankhamun merampas takhta.
Di awal pemerintahan Tutankhamun telah membalikkan pembaharuan yang dibawa oleh Akhenaten. serta menghidupkan semula tuhan Amun, memulihkan Thebes sebagai pusat keagamaan dan mengubah nama namanya untuk mencerminkan kesetiaan raja kepada tuhan Amun.
Beliau juga bekerjasama dengan penasihatnya iaitu Horemheb dan Ay untuk memulihkan kedudukan Mesir.
Tutankhamun seorang bertubuh tinggi tetapi mempunyai fizikal yang lemah.

Beliau menghiap penyakit tulang yang melumpuhkan di kaki kirinya.

Beliau adalah satu-satunya firaun yang telah dipotretkan semasa beliau dalam keadaan duduk ketika terlibat dalam aktiviti memanah.
DNA di dalam keluarga diraja Mesir juga berkemungkinan menyumbang kepada kesihatan Tutankhamun yang buruk dan punca kematian awal.
Pendedahan satu lubang di belakang tengkorak Tutankhamun menyebabkan beberapa ahli sejarah telah membuat kata sepakat bahawa raja muda itu mati dibunuh.
Satu imbasan CT pada tahun 1995 menunjukkan bahawa kaki kiri Tutankhamun telah patah, manakala DNA dari mumianya menunjukkan bukti beberapa jangkitan malaria yang semuanya mungkin menyumbang kepada kematian pada usia yang awal.
Berdasarkan tradisi keagamaan Mesir, telah dinyatakan bahawa setiap jasad firaun harus dipelihara untuk kehidupan akhirat.
Hamba yang telah ditugaskan untuk proses mumia akan mengeluarkan semua organ-organnya dan membungkusnya dalam pembalut yang direndam resin.
Sebuah topeng emas 24-pound ditempatkan di atas kepalanya dan bahu serta beliau diletakkan dalam satu bekas bersarang-tiga keranda emas, sarkofagus granit dan empat kayu gilded kuil yang besar.
Kerana ukuran makamnya yang kecil, para sejarawan bersepakat bahawa kematian Tutsnkhamun itu tidak dijangka dan pengebumian pantas yang dilakukan oleh Ay, yang menggantikannya sebagai firaun.
Jambatan yang menyambungkan makam tersebut dihancurkan.

Lebih daripada 5,000 artifak termasuk pakaian, senjata dan 130 tongkat ada didalam makam yang tertanamnya Tutankhamun.
Jalan masuk untuk ke makam Tutankhamun dihancurkan dan bilik-bilik yang ada dalamannya dikunci rapi.
Walaupun niatnya untuk memulihkan sistem penyembahan dewa Amun, beliau tetap mencemari hubungan antara agama bapanya sendiri.
Dalam beberapa generasi, pintu masuk makan telah tersumbat dengan serpihan batu dan rumah-rumah kecil telah dibina sekeliling makam tersebut.
Tahukan anda, piramid yang ada sekarang adalah makam firaun terdahulu.
Sewaktu menemui makam Tutankhamun pada tahun 1922, seorang ahli arkeologi dari British iaitu Howard Carter telah menggali barang antik Mesir selama tiga dekad.
Pada masa penemuan itu, ahli arkeologi percaya bahawa semua makam kerajaan di Lembah Raja-raja, di seberang sungai dari Thebes kuno yang telah dibersihkan.
Carter dan pasukannya mengambil satu dekad untuk membuat katalog dan mengosongkan makam itu.
Artifak dari makam Tutankhamun telah melakukan penjelajahan ke seluruh dunia dalam beberapa pameran muzium, termasuk pameran 1972-79 iaitu "Khazanah Tutankhamun”.
Artifak yang paling rapuh termasuk topeng pengebumian kini tidak lagi berada di Mesir.

Mumia Tutankhamun masih dipamerkan di dalam makamnya. kerandanya yang berlapis digantikan dengan kotak kaca yang boleh mengawal suhu supaya mumianya tidak reput.
Itu sahaja untuk thread kali ini.

Terima kasih sebab membaca.

Kalau nak request thread boleh reply tweet ini.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Josh Saladin
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!