, 25 tweets, 6 min read Read on Twitter
[THREAD]
KISAH OEDIPUS BERZINA DENGAN IBU SENDIRI -
📖 Mitologi Greek

Kuil Delphi meramalkan kepada Raja Laius dari Thebes yang masih tidak berzuriat bahawa baginda akan mendapat seorang anak yang ditakdirkan untuk membunuhnya, dan meniduri ibu kandungnya sendiri, Jocasta.
Tidak mengendahkan ramalan dan amaran kuil itu, Raja dan Ratu terus berusaha untuk mendapatkan anak sehingga lahirnya seorang bayi comel.
Kembali risau akan ramalan, Raja menebuk buku lali bayi itu dengan pin dan meninggalkannya di kaki Gunung Cithaeron untuk mati.
Bayi itu bernasib baik kerana ditemukan oleh seorang gembala yang kemudian menyerahkan bayi itu kepada Polybus dan Merope, Raja dan Ratu Corinth yang mandul.
Mereka menamakan bayi itu OEDIPUS yang bermaksud ‘buku lali bengkak’ disebabkan luka di kakinya.
Oedipus membesar sebagai anak Polybus dan Merope yang disangkanya adalah ibu bapa kandungnya.
Pada satu hari, di dalam satu pesta, Oedipus diejek oleh tetamu-tetamu lain yang telah mabuk:
-Woi! Itu bukan mak pak engkaulah!
-Tipu! Itu mak pak kita!
-Bodoh. Orang cakap tak percaya
Kerana tidak berpuas hati, Oedipus telah pergi sendiri ke kuil Delphi untuk mencari kebenaran dengan paderi di situ:
-Siapa mak pak kita?
-Hmmm anak muda, kamu akan membunuh bapamu dan meniduri ibumu sendiri
Terkejut dengan ramalan ini, Oedipus berikrar tidak akan pulang lagi ke Corinth kerana risau ramalan itu akan menjadi kenyataan.

Dia merayau-rayau sehingga sampai ke satu tempat di mana tiga jalan bertemu.
Segerombolan lelaki meminta dia ke tepi untuk memberi laluan.
“Minggir! Minggir!” teriak mereka.
“Pehal? Ini bukan jalan bapak kau!” jawab Oedipus, tak peduli.
“Kurang ajar!!!”

Maka berlakulah pertelingkahan sengit. Oedipus berjaya membunuh kesemua mereka melainkan seorang yang berjaya melarikan diri.
Tanpa disedari, Oedipus telah membunuh / terbunuh bapanya sendiri, Raja Laius.
Belum mengetahui hal sebenarnya, dia menyambung perjalanan ke Thebes yang kini kacau bilau kerana Rajanya sudah beberapa ketika tidak pulang ke Istana.

Dan seekor Sphinx bertenggek di luar ibu kota Thebes, bertindak sebagai ‘jurutol’ dengan bertanyakan soalan-soalan aneh.
Sepeninggalan Laius, adik kepada Ratu Jocasta - Creon - mengambil alih tampuk pemerintahan Thebes dan berikrar:
Barangsiapa yang dapat membunuh Sphinx, akan dapat menjadi pemerintah baru Thebes dan menikahi Ratu Jocasta.
Setelah Sphinx ditewaskan dengan penuh bergaya, Oedipus diberikan apa yang telah dijanjikan kepadanya:
TAKHTA
ISTERI

Tanpa diketahuinya, Oedipus telah berzina dengan ibu kandung sendiri sehingga mendapat empat orang anak:
ANTIGONE
ISMENE
POLYNEICES
ETEOCLES
Tidak lama kemudian Thebes dilanda musibah. Semua orang mati macam lalat, ternakan dan tanaman pun terkena sumpahan yang tak tahu datang dari mana.

Raja Oedipus menghantar abang iparnya, Creon, ke kuil Delphi untuk mendapatkan petunjuk.
Seperti biasa, paderi Delphi masih cakap berkias-kias:
-Pembunuh Raja Laius kini berada di Thebes dan mesti disingkirkan!!!
-Tapi siapakah gerangan orang itu?

Dan paderi menjawab:
Pulang ke Thebes dengan rasa kurang enak, Creon menyampaikan kepada Oedipus pesanan paderi Delphi.
“Okay tak apa. Beta akan cari juga siapa pembunuh Raja Laius dan akan mengusirnya keluar!” janji Oedipus.

Creon mencadangkan agar Oedipus memanggil seorang ahli nujum, Tiresias.
Ahli nujum buta itu dipanggil ke Istana untuk menghadap baginda.
Tahu akan kisah sebenar, Tiresias memohon agar Oedipus melupakan hasratnya mencari pembunuh Raja Laius, namun diugut agar menceritakan hal sebenarnya.
“Tuankulah pembunuh Raja Laius,” jawab ahli nujum itu, terketar-ketar.
Oedipus tidak mahu mempercayai kata-kata Tiresias, malahan mendakwa ahli nujum itu bersekongkol dengan Creon untuk menjatuhkannya.

Malam itu, Oedipus dipujuk oleh isterinya:
-Sudahlah kanda. Dinda tahu bukan kanda yang membunuh suami dinda dulu
-Mana dinda tahu?
-Sebab suami dinda dulu dibunuh di satu tempat di mana tiga jalan bertemu

Dan Oedipus pun:
Beberapa hari kemudian, seorang utusan dari Corinth datang menghadap Oedipus, mengumumkan kemangkatan ‘bapanya’, Polybus.
Oedipus berasa lega kerana ini bermakna ramalan dia bakal membunuh ayahnya tidak akan menjadi kenyataan.
Tapi sayang, 1000X sayang...
Utusan yang datang itu merupakan gembala yang menemukan Oedipus di kaki Gunung Cithaeron. Jadi dia kini tahu dia bukanlah anak kandung Polybus.
Jocasta, ibu / isteri Oedipus mula berasa kurang senang dan meminta anak / suaminya berhenti mencari kebenaran.
Sudah jatuh ditimpa tangga, lelaki yang melarikan diri sewaktu pertelingkahan yang menyebabkan Laius terbunuh dahulu kembali ke Istana dan mengesahkan Oedipuslah pembunuhnya.

Kecewa dengan tragedi ini, Jocasta menggantung diri.
Dihantui rasa bersalah yang maha agung, Oedipus pula membutakan matanya dengan pin yang tersemat di jubahnya.

Creon akhirnya menghalau Oedipus dari Istana dan baginda merayau-rayau di hutan belantara ditemani anaknya Antigone.

[END OF THREAD]
ANNEXE I
KOMPLEKS OEDIPUS -
Di dalam teori psikoanalitik, nafsu untuk terlibat secara seksual dengan ibu bapa berlainan jantina - anak lelaki dengan mak / anak perempuan dengan ayah - sehingga tercetusnya persaingan / rivalry, merupakan salah satu daripada peringkat penting ...
... di dalam proses perkembangan yang normal. #SigmundFreud memperkenalkan teori ini di dalam bukunya Interpretasi Mimpi (1889).
#OedipusComplex
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to 🗺HELENA
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!