Profile picture
, 57 tweets, 9 min read Read on Twitter
Islam & Sains - Buccaellism?
Saya bleh kata, antara banyak2 thread yg pernah saya tweet sebelum ini, inilah thread yg paling penting sekali. Sebab ia membincangkan isu yg sangat fundamental & ramai orang salah faham, baik komuniti Muslim mahupun non-Muslim.

Jadi, sesiapa yg berkelapangan, sudi2la baca
Kalau siapa2 yg tak mampu baca thread panjang ni, saya nyatakan beberapa konklusi awal spt berikut :-

1- Islam & Sains ada foundation yg berbeza.

2. Sains tidak mampu datangkan kebenaran secara 100% (absolute truth)
3. Al-Quran ada menyebut tentang fenomena2 alam, yg boleh dikaitkan dengan Sains

4. Tetapi utk membuat klaim bahawa ayat2 berikut sebagai 'scientific miracle' dlm Quran, ia ada SALAH

5. Dgn kata lain, istilah 'mukjizat sains' dlm Al-Quran adalah tidak wujud & TIDAK BENAR
Saya rasa tak adil utk share semua ilmu ni dgn membuat thread pendek sebegini, sbb ada byk details yg mungkin boleh trlps pandang. Tapi in sya Allah saya simplifykan semampu mngkin, dan kalian boleh buat rujukan tersendiri.
Okay, tanpa membuang masa, kita langsung ke perbincangan.
Basically, kita kene faham bahawa agama Islam mempunyai foundation yg tersendiri. Wahyu berurusan dengan kebenaran secara pasti, as in, absolute truth (100%).
"Apa maksud absolute truth?"

Maksudnya, truth tersebut akan kekal sepanjang zaman dan ia tidak akan tertakluk kpd sebarang perubahan. Inilah absolute truth.
Contohnya ialah, manusia wujud. Kewujudan manusia ialah absolute truth, dan truth ni kekal sepanjang zaman & tidak akn sesekali tertakluk pada perubahan. Tiada org bleh kata "Eh, mana ada manusia yg wujud"
"Macam mana tahu Islam bleh membawa absolute truth?"

Kalau kita yakin dengan premis awal iaitu Quran & Hadis sememangnya adalah wahyu Allah, maka tidak menjadi masalah utk kita membuat konklusi bahawa Islam bleh menunjukkan kita ke arah absolute truth
Sebabnya, wahyu ni adalah petunjuk yg bersumber dari Tuhan, maka sudah pasti apa2 yg dtg drpd Tuhan adalah absolute truth & bukannya relative truth. Dengan kata lain, ia tidak akan tertakluk pada perubahan sampaila bila2
Contohnya, Muhammad ﷺ adalah Utusan drpd Allah. Hal ini adalah absolute truth. Jika ianya relative truth (kebenaran yg bleh tertakluk pada perubahan), maka kenapa perlu beriman pada baginda ﷺ? Kenapa prlu beriman pada org yg bukan absolutely true Nabi?
Kesimpulan pendek di sini ialah, Islam punya foundation adalah, ia membawa kita kepada absolute truth, iaitu, kebenaran yg mmg 100% pasti dan ianya tidak akan berubah.
Okay, apabila saya ckp Islam mmbawa kita ke arah absolute truth, saya cakap dlm aspek perkara2 usul agama seperti beriman kpd Allah, Nabi, Malaikat dan lain2. Bukan pada aspek cabang agama seperti perkara2 khilafiyah dlm fiqh, mcm cara solat, cara amik air wuduk, etc.
So, harap tak keliru di situ,

Wallahua'lam.
"Adakah Sains bleh membawa kpd absolute truth ? "

Jawapannya, tidak. Sains sesekali tidak mampu membawa kita ke arah kebenaran secara pasti (100% true), kerana sains sangat bergantung pada suatu method - inductive reasoning
Inductive reasoning ni ialah apabila kita membuat suatu konklusi, berdasarkan data terhad yg kita ada.

livescience.com/21569-deductio…
Dengan kata lain, kita buat suatu observation yg limited, tak kisahla sikit atau banyak (yg penting ianya finite), kmdn kita membuat suatu kesimpulan yang umum.
Contohnya, kita nampak ada 1000 angsa berwarna putih, so kita membuat kesimpulan umum bahawa semua angsa adalah berwarna putih.
Jadi kita akan expect apabila kita jumpa angsa yg seterusnya, ia akan jadi warna apa? Putih. Itu adalah konklusi umum yg dibuat.
Tapi masalahnya adakah konklusi itu benar? Tidak.

Sebabnya, ada kemungkinan bahawa kita akan berhadapan dgn observation yg bertentangan dgn konklusi awal tersebut. Boleh jadi, akan ada angsa yg tidak berwarna putih.
Dan hal ini benar2 terjadi. Dahulu, para saintis anggap smua angsa pastinya berwarna putih, sehinggala mereka terjumpa angsa berwarna hitam di Australia pada tahun 1697.

australiangeographic.com.au/blogs/wild-jou…
Kat sini kita nampak bahawa, sains tidak membawa kita kepada absolute truth. Ia bleh membawa kita kepada kepastian dari skala 0% kepada 99%, tapi takkan sesekali sampai kepada 100% kepastian.
Dan saya rasa, kebanyakan kita pun aware dgn macam2 teori dlm sains yg akhirnya falsified. Kalian bleh research sendiri seperti Spontaneous Generation, Vitalism, Steady State theory, Teori Phlogiston dan macam2 lagi
Kesimpulan di sini, Sains adalah suatu arena yg tidak bleh mendatangkan absolute truth. Ya, ia bleh memberikan penjelasan yg baik, tapi penjelasan tersebut masih tidak menafikan bahawa ia akan terbukti palsu (falsified) pada masa akan datang
"Tapi, bukankah sains telah membuktikan Bumi adalah sfera, dan bukankah itu adalah absolute truth?"
Okay, saya rasa ada salah faham di sini. Kita harus bezakan antara scientific theory & observation. Kedua-dua hal ini adalah perkara yg berbeza
Scientific theory dibuat berdasarkan observation, lps tu inferens dibuat, lps tu dikaji menerusi eksperimen yg berulang kali, akhirnya menghasilkan suatu konklusi ataupun teori.
Adapun observation, hanyala sekadar pemerhatian. Kau lihat sesuatu, dan kau nyatakan perkara tersebut tanpa memerlukan proses pemikiran, unlike seperti membuat teori saintifik.
Dalam kes Bumi sfera, ia hanyala sekadar pemerhatian. Kau cipta roket & hantar angkasawan, atau hantar roket ke angkasa lepas, tangkap image dan kau bleh lihat jelas bumi ni sfera. Teori saintifik tiada kaitan dlm hal ini.
Sama juga seperti Evolusi. Evolusi itu sendiri adalah fakta yg 100% benar, sbb kita bleh lihat hal ini berlaku seperti rama2 berubah warna kerana Revolusi industri, bakteria mutate sbb nak jadi resistant pada antibiotik, dan lain2.

Ini adalah direct observation
Tetapi theory of Darwinian evolution? Hal ini mungkin adalah penjelasan saintifik tetapi bukanlah 100% benar

(teori evolusi bleh dibincangkan dengan sgt panjang, sini bukan tempatnya)
Kesimpulan di sini ialah, ada perbezaan antara scientific theory dan observation. Observation adalah fakta yg 100% benar (absolute truth), teori saintifik pula bukan.
Okay, memandangkan kita dah establish bahawa Islam & Sains mempunyai foundation yg berbeda, kita boleh faham kat sini bahawa adalah menjadi suatu kesilapan kalau kita berkata wujudnya "mukjizat sains" dalam Quran.
Tak salah untuk kita kaitkan ayat2 Al-Quran dengan sains utk tujuan tadabbur & tafakkur, hal ni tak salah. Bahkan, itula tujuan sebenar disebalik ayat2 Al-Quran. Tetapi yg silapnya ialah, apabila kita kata ayat2 "saintifik" ini adalah mukjizat
Kenapa salah?

Okay basically ada 3 sebab.
[1] Kalau ikutkan, mukjizat sepatutnya adalah fenomena yg tidak bleh diterangkan secara saintifik. Sebabnya, perkara yg saintifik bermaksud perkara trsebut bleh difahami dengan capaian pancaindera manusia
Jadi kalau perkara trsebut boleh diterangkan secara saintifik, therefore, perkara itu tidak mungkin mukjizat. Sebab ia akan hanya kelihatan biasa sahaja sama seperti fenomena2 alam lain, yg bleh dijelaskan secara naturalistik menerusi pancaindera manusia.
Contoh yg amat mudah, peristiwa Israk Mikraj. Jujurnya, fenomena ini adalah amat tidak saintifik sebab kita masih tak mampu memberi explanation yg naturalistik kpd hal ini. Bagaimana nk buktikan hal ini dari sudut sains? Memang tak boleh.
Tapi kalau nk buktikan dari sudut reasoning, rational atau logic, tidak menjadi masalah. Kita bleh explain dengan cara berikut - "Kalau Allah berkuasa mencipta manusia drpd tiada kpd ada, mencipta langit & bumi, apalah kiranya kalau Dia membawa hamba-Nya itu Israk & Mikraj"
Tapi kalau nk explain drpd sudut sains? Hal ni agak sukar sekali.

Ni sebab yg pertama
[2] Kita tak bleh kata ada "mukjizat sains" dlm Quran sebab ianya bertentangan dengan metodologi Usool Tafseer.
Seperti yg kita tahu, kalimah2 dalam Al-Quran bleh ada beberapa makna. Dan nak tahu makna yg betul, ada macam2 metod yg bleh diguna pakai seperti tafsir Quran dgn ayat Quran yg lain, tafsir dgn Sunnah Nabi ﷺ, tafsir dgn atsar para sahabat & tafsir dgn laras bahasa arab
Tapi tafsir ayat2 Al-Quran berdasarkan pendapat peribadi kerana ia matching dengan sains? Hal ni bleh jadi betul, tapi bukannya absolute truth.

Kerana apa?

Kerana, bagaimana mungkin kita tahu secara 100% pasti bahawasanya makna yg kita interpret itu adalah 100% benar?
Jadi, kita bukannya patut berkata :-

"Ayat Quran bermaksud begini..."

Tetapi, paling baik kita boleh kata ialah

"Ayat Quran MUNGKIN bermaksud begini..."

Kan jelas ada perbezaan di sini
[3] Kalau nk buktikan "mukjizat sains" di dalam Al-Quran, kita kene buktikan bahawa sains yg dimaksudkan itu adalah 100% benar dan pasti tidak akan tertakluk pada perubahan
Dan seperti yg saya dah jelaskan sebelum ini, sains tidak mungkin mencapai tahap kepastian 100%, kerana ia sangat bergantung pada inductive method. Juga, teori dalam sains boleh tertakluk pada perubahan
"Habis tu, sebelum ni X_guy explain pasal mukjizat sains ni, adalah suatu kesilapan ke?"
Okay, apa yg pernah saya sampaikan dlm thread2 sebelum ini ialah, saya hanya membawa alternatif interpretasi kpd ayat2 Al-Quran yg dikaitkan dengan sains
Dengan kata lain, jika ada org berkata wujudnya ayat Al-Quran yg bertentangan dengan sains berdasarkan suatu interpretasi, maka saya akan membawa interpretasi lain yg bleh matching dengan sains. Hal ini tiada masalah
Tetapi yg menjadi masalah ialah, saya tambah kalimah "Inilah mukjizat sains dalam Quran".

Dan ya saya mengaku, itu adalah kesilapan & khilaf drpd saya sendiri. Saya minta maaf atas hal tersebut
Tidak mengapa, saya manusia & saya juga melakukan kesilapan. Ada statement yg salah, saya tidak akan segan mengaku ianya adalah salah. Dan jika saya tidak mengaku salah, saya menanggung dosa kerana berdusta atas ilmu. And I don't want that
Apa2 pun halnya, saya nak tegaskan di sini bahawa nk kaitkan ayat2 Al-Quran dengan Sains adalah dibolehkan atas tujuan tadabbur. Cuma kalau nk kata ia adalah mukjizat? Hal ini adalah salah sama sekali.
"Habis tu, kalau tiada mukjizat sains dalam Al-Quran , apa sebenarnya mukjizat yg ada dalam Al-Quran? Apakah Al-Quran benar2 ada mukjizat"
Hal ini, in sya Allah akan dijawab pada masa mendatang. Ada masa & kudrat, saya sampaikan apa yg mampu.

Wallahua'lam.
Juga, saya rasa video berikut adalah sgt2 bagus sebab byk yg saya kongsi, adalah daripada video2 oleh @HATzortzis. I think they are really good, do have a look



Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to X Guy
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!