JANGAN PAKSA ORANG JADI KAYA!!!
SOALAN : Kenapa ada orang jual nasi lemak tepi jalan tapi tak nak buka kedai?
JAWAPAN : Dia selesa sebegitu.
SOALAN : Kenapa ada orang jadi doktor walaupun gaji tak setimpal dengan kerja?
JAWAPAN : Minat.
JAWAPAN : Hanya itu yang dia tahu, dan dia seronok dapat ikan banyak.
JANGAN PAKSA ORANG JADI KAYA!
Seolah-olah yang memilih untuk makan gaji itu tak berjiwa besar dan tak ingin maju dalam hidup.
Seolah-olah yang memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa itu losers.
Seolah-olah bila bergelar JUTAWAN baru boleh dilabel kaya dan berjaya.
Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza.
Allah mencipta manusia itu berbeza.
Minat berbeza.
Kudrat berbeza.
Kepakaran berbeza.
Pengetahuan berbeza.
Kerana semua memerlukan antara satu sama lain.
Kredit : Ustaz Hanafi




