, 15 tweets, 3 min read Read on Twitter
Di era Melayu berlumba-lumba nak jadi murtad dan menghina Islam, ada seorang uncle, MOHD CHAN namanya.

Siapa kenal?
Kisahnya wajar dijadikan inspirasi hidup kita.

This is a thread.
1. Restoran Mohd Chan, restoran Cina Muslim miliknya, memulakan operasi lebih sedekad yang lalu dari sebuah kedai kecil di Bukit Beruntung, Selangor.

Kini dia boleh tersenyum bangga dengan 18 cawangan di Lembah Klang yang menerima kunjungan pelanggan Muslim dan non-Muslim.
2. Usahawan berasal dari Gombak ini menjelaskan dia tidak pernah memaksa ahli keluarganya yang lain untuk memeluk Islam.

Apa yang lebih mencabar baginya adalah meyakinkan masyarakat sekeliling bahawa agama Islam bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah.
3. “Sudah 11 tahun saya masuk Islam, saya pakai kopiah ke mana saja saya pergi dan tidak pernah menanggalkannya. Mengapa? Sebab dulu pada mulanya ramai yang tidak percaya saya sudah memeluk Islam, lebih-lebih lagi bila mahu mengusahakan restoran Cina Muslim”
4. “Macam mana nak beritahu saya seorang Muslim, soal saya dalam hati. Pakai kopiah, itu yang mereka boleh lihat secara luaran. Tapi bagi diri saya, dalaman saya adalah amalan dan ajaran Islam yang saya ikuti, terutama solat lima waktu sehari”
5. Bapa tiga anak ini berkata dia tertarik dengan Islam kerana disiplin dalam ajarannya, seperti kewajipan menunaikan solat.

Dia juga menyifatkan gayanya berkopiah tidak pernah silap, malah sedikit-sebanyak memberi pengaruh kepada keluarganya mengenai keistimewaan agama Islam.
6. “Selepas saya bergelar mualaf, isteri memeluk Islam tiga bulan kemudian. Anak-anak saya pula mengikut jejak langkah saya dengan pilihan mereka sendiri secara berperingkat. Malah, dua menantu juga membuat keputusan yang sama. Syukur Alhamdulillah,” katanya.
7. Anak lelaki Mohd Chan, Datuk Nik Chan, turut mengakui bapanya bukan sahaja idola untuk menjadi seorang ahli perniagaan berjaya, bahkan mempengaruhinya mencintai Islam.

Dia memeluk Islam pada 2009, ketika berusia 25 tahun dan masih bujang.
8. “Dulu, kami tinggal serumah jadi apa yang ayah buat sentiasa diperhatikan kami sekeluarga. Saya tertanya-tanya kenapa ayah pergi solat, apa yang dia buat”
9. “Kemudian saya dapati agama ini berdisiplin sehingga membuatkan saya minat tentang Islam. Semuanya berlaku secara spontan dan saya hanya berjumpa ayah dan beritahu ‘saya nak masuk Islam macam mana, nak pergi mana?’ Ayah pun tak bertanya mengenai keputusan saya”
10. “Syukur, ayah membantu walaupun dia juga baru memeluk Islam ketika itu,” katanya yang merupakan pengarah Mohd Chan Food.

Nik Chan, 34 tahun, memberitahu dia tidak pernah bertanyakan sebab bapanya berkopiah bukan kerana bimbang dimarahi tetapi cuba untuk memahaminya.
11. “Ustaz selalu datang ke rumah atau restoran untuk mengajar ayah terutama mengaji al-Quran. Sebenarnya sebelum saya masuk Islam, saya sudah tahu baca al-Fatihah sebab bila ustaz ajar ayah, saya ada di sebelah dan dengar dia belajar membaca dan mengaji”
12. “Saya tak menghafalnya, tapi bila hampir setiap hari dengar, saya sudah boleh ingat meskipun tidak tahu maksudnya atau adakah betul sebutan itu,” ujarnya yang tidak menyangka dapat membaca al-Fatihah sedikit demi sedikit meskipun tidak lancar.
13. Selepas memeluk Islam, Nik Chan berkata, beliau kemudian mendalami bacaan al-Fatihah bersama surah-surah yang lain dengan mengikuti kursus dan kelas agama.
14. “Bila saya sudah masuk Islam, saya hanya mengikut ajaran yang ditetapkan dalam Islam. Seperti yang ayah beritahu kami sekeluarga bahawa Islam itu indah. Kita tidak perlu mengubah diri kita hanya kerana bertukar agama tetapi ajaran Islam itu yang harus dipatuhi”

📷 MStar
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to 🗺HELENA
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!