, 29 tweets, 5 min read Read on Twitter
Isu freelance doula dan kelahiran di rumah, yang didebatkan malam tadi antara Prof Dr Imelda (pakar & konsultan O&G) dan Hayati Muzaffar (freelance doula).

Ini ialah thread kupasan saya dari sisi pandang maqasid syariatullah (objektif syariat Allah):
1. Isu kelahiran ini kalau mengikut objektif syariah, akan berkait rapat dengan soal nyawa.

Nyawa ialah nilai yang dijaga tinggi dalam Islam. Apa sahaja yang menggugat nyawa insan, boleh jadi pemberat malah penghalang daripada dibenarkan Islam
Sebab itu timbang tara yang digunakan dalam isu doula dan kelahiran ini misalannya, nyawa ialah subjek yang penting

Yang mana satu lebih rendah risiko kematiannya. Kalau nak kira, semuanya ada risiko.
Tetapi Islam melihat dalam isu yang melibatkan nyawa dan option yang ada semuanya ada risiko, maka mana yang lebih menyelamatkan, menjaga nyawa, atau lebih rendah risiko kematiannya.

Risiko, semua ada risiko. Soalnya, kita nak tempuh risiko lebih tinggi atau yang lebih rendah?
2. Selesa tak selesa, alami tak alami, ia tidak jatuh dalam pertimbangan yang disebut "dharuriyat" (necessity) dalam objektif syariah.

Maka apabila ia tidak berada dalam "dharudiyat", pertimbangan hukumnya akan jatuh antara dua kategori iaitu:
Sama ada kategori

(1) "hajiyat" (keperluan tapi tak sampai level dharuiyat, jika tiada hanya sebabkan kesulitan sahaja),

atau

(2) "tahsiniyat" (untuk kesenangan, keselesaan. jika tiada, tidak timbulkan kesulitan pun).
3. Ada beberapa kaedah fiqh (qawaid fiqh) yang kita perlu beri perhatian dalam isu berhubung doula yang didebatkan.

Antaranya ialah (teruskan baca thread):
I) "Al-yaqin la yuzal bi al-Syak"

Sesuatu yang di tahap "al-yaqin" (conformed, legit, no doubt) tak boleh disanggah hanya dengan sesuatu yang di tahap "al-syak" (doubt, tidak diyakini 100% betul, tidak didasari fakta) - kecuali disanggah dengan fakta yang membuktikan sebaliknya
Dalam erti kata lain, fakta (yang sudah dikaji, diteliti, dibuktikan) tidak boleh disanggah hanya dengan persepsi, keraguan, melainkan didatangkan dengan hujahan fakta yang sama tara yang boleh membuktikan sebaliknya.
II) "La dharar wa la dhirar"

Islam melarang apa-apa yang akan menyebabkan kemudaratan (dharar), bahkan membalas mudarat dengan kemudaratan (dhirar) yang lain juga dilarang.

Kaedah ini juga membawa konotasi yang sama dengan kaedah di bawah iaitu:
(a) "Al dharar yudfau qadira al imkaan"

Sebarang kemudaratan mestilah sedaya boleh untuk dihindar, dikurangkan. Dalam hal ini, mana-mana kaedah yang melibatkan risiko nyawa, kaedah yang manakah lebih rendah risikonya?
(b) "Al-dharar la yuzaal bi mithlihi"

Kemudaratan tidak boleh diganti dengan option lain yang punya kemudaratan yang sama timbang taranya. Kembali kepada kaedah di atas, mesti mengambil pilihan yang lebih rendah risikonya.
(c) "Al-dharar al-ashadd yuzaal bi al-dharar al-akhaff"

Jika ada dua pilihan yang punya risiko mudarat, kita dibenarkan untuk pilih mudarat yang lebih rendah. Bermakna, memilih option yang lebih rendah risikonya.
(d) "Dar’u al-mafasid awla min jalbi al-masalih"

Menghindari mudarat pada sesuatu lebih aula (penting) berbanding menerima maslahah (kebaikan) yang boleh diperolehi.

Jika sesuatu itu ada kedua-dua mudarat dan maslahah, yang lebih utama ialah jauhi mudaratnya.
Contoh, home birth yang abaikan segala kelengkapan yang boleh bantu & pantau ibu-ibu agar dapat melahirkan dengan selamat.

Walaupun ada maslahah (lebih selesa, lebih mudah, natural) tapi yang LEBIH PENTING ialah keselamatan & nyawa ibu dan anak yang dilahirkan.
Pendek kata, lebih baik nyawa selamat walaupun tidak selesa.

Nyawa termasuk dalam "dharuriyat" yang lebih utama untuk dijaga berbanding keselesaan ("hajiyat" / "tahsiniyat")
4. Berbalik pada debat pasal doula, macam mana nak tahu siapa yang betul?

Sebagai seorang yang tidak mengambil bidang perubatan, dan tidak mendalami bidang obstetrics dan gynecology (O&G), maka kita sebagai pendengar kena peka dengan fakta yang dibentangkan.
Fakta dalam hal ini termasuklah data seperti statistik.

Fakta yang mana pakar dan ahli akademik telah uji datanya signifikan atau tidak, corelation variable yang ada, kemudian perbandingan antara dua kaedah yang ada.
Mestilah fakta itu merupakan fakta yang sahih, sumber yang ada autoriti, dan paling penting, orang yang membentangkan fakta itu ialah mereka yang melakukan kajian tersebut dengan disiplin ilmu yang betul.
Contohnya dalam ilmu tafsir Al-Quran dan Hadith, ada disiplin ilmunya ketika kita mahu melihat teks wahyu dan ekstrak maksudnya.

Samalah seperti bidang ilmu yang lain. Mana-mana bidang ilmu jika disiplinnya dilanggar, tentulah kucar-kacir kefahamannya.
5. Merujuklah yang ahli (pakar)

Siapakah yang dimaksudkan dengan 'yang ahli' atau pakar ini?

Mereka yang telah mendalami bidang pada isu yang dibincangkan dengan disiplin ilmu yang betul, memahami dan menguasai kefahaman tentangnya.
Itulah peranan mereka yang pakar dalam bidang mereka. Pakar ialah mereka yang lebih patut kita rujuk, tanpa menafikan kepentingan melakukan bacaan sendiri.

Boleh nak google, tapi jangan lupa rujuk di sumber yang betul.
Saya nak tulis tesis pun google juga maklumatnya, cuma saya cari di google scholar. Tetapi tetap, saya kena tunjuk kepada yang ahli dalam kajian tesis saya, iaitu pensyarah saya yang menjadi supervisor saya.
Begitu juga dalam hal lain, kita boleh cari sendiri dan baca baik buku, jurnal, atau carian di internet, tapi kita perlu rujuk pakar.

Supaya kita jelas adakah apa yang kita faham itu betul. Supaya kita lebih sandarkan pegangan kita pada fakta dan bukannya persepsi dan paranoia.
KESIMPULAN

1. Kaji fakta yang ada. Seperti debat tentang isu doula dan kelahiran di hospital tadi, kaji fakta yang dibentangkan oleh setiap panel. Sumber fakta yang kita cari mestilah dari sumber yang dipercayai autoritinya (senang kata, rujukan tu diterima kalau masuk tesis)
2. Rujuklah mereka yang pakar dalam bidang ini. Dari segi bidang perubatan, rujuklah mereka yang pakar dalam disiplin ilmu ini. Dari segi agama, rujuklah mereka yang pakar dalam disiplin ilmu agama.
Semoga perbincangan ilmiah semakin subur dalam kalangan masyarakat kita. Masyarakat yang semakin berfikir & kritis, akan lebih bijak bila berbicara. Masyarakat yang semakin membaca & membudayakan ilmu, akan lebih berhati-hati sebelum menerima hal-hal yang tidak berasaskan fakta.
Semoga para doktor dan ilmuan lain tidak jemu mendidik masyarakat dengan ilmu melalui media sosial @MedTweetMYHQ @MedMythbusterMY @MedicineMsia dan yang lain-lain yang giat aktif berkongsi dan menjadi rujukan masyarakat
Wallahua'lam, dari saya;

Pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam & Sains (Genetik), UM.

Sebarang pembetulan sekiranya saya ada tersilap mana-mana fakta, atau menambah fakta yang kekurangan dari saya, dialu-alukan.

rujukan saya boleh refer post penuh sini: facebook.com/syahirahozami/…
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Syahira Hozami
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!