Sekitar tahun 1773, seorang zoologis bernama J.A.E Goeze telah menjumpai sejenis binatang aneh dalam kajian-kajian sehariannya.
“Binatang halus ini sangat menghairankan. Rupanya aneh, persis seekor beruang versi halus. Disebabkan ini, aku mahu memanggil makhluk ini sebagai ‘beruang air.”
Kebanyakan bakteria dan arkea akan mati apabila disejukkan ke tahap suhu serendah -20 C, di mana air di dalam mereka membeku menjadi kristal, lalu mengoyakkan tubuh sel mereka dan mati.
Pada tahun 2007, beruang air ni dihantar ke angkasa vakum oleh Agensi Angkasa Eropah untuk ujikaji. Natang ni boleh survive tanpa udara, tekanan, radiasi merbahaya selama 10 hari.
Walaupun beruang air ni tahan lasak, ia tak bermakna mereka ini merupakan ekstremofil seperti arkea. Tak, mereka tak mampu jadikan neraka sebagai syurga. Mereka tak mampu berpesta dan berkembang biak dengan bagus pada keadaan yang ekstrem.
Apabila mereka memasuki fasa kriptobiosis, beruang air akan merendahkan tahap metabolik mereka
Berbalik kepada eksperimen aku di makmal, hal berkaitan tentang bakteria, arkea dan beruang air ini memberi aku satu pengajaran. Sekecil mana pun benda itu, seremeh mana pun organisme tersebut, pasti mempunyai kepentingan yang boleh dipelajari manusia