, 30 tweets, 6 min read Read on Twitter
Antara bangsa di bawah, yang mana paling dekat dengan bangsa Melayu?
a)Siam
b)Jawa
Jawapan: Jawa

Kalau bangsa Parsi?
a)Arab
b)Jerman
Jawapan: Jerman

Wait, what?
[THREAD ANTROPOLOGI BANGSA]
Benda ni bermula waktu aku lepak dengan pensyarah genetic aku, Dr Naim kat UIAM Kuantan pasal evolusi, untuk video ML Studios. Lepas lama menyembang, tetiba Dr Naim kasi cerita pasal budaya.
Sebagaimana evolusi yang sebut organisms ni berpunca dari satu organisma, maka budaya pun macam tu. Dari satu kelompok induk masyarakat, kemudian ada yang berhijrah ke luar dan membentuk budaya baru. Walau bagaimanapun, budaya baru ni masih terkandung budaya lama.
Masyarakat induk ni ialah rumpun asal, dan masyarakat hijrah ni sub-rumpun/bangsa. Bila Dr aku cerita macam tu, tetiba aku teringat pasal mitologi Yunani, Hindu dan Norse. Aku baru perasan mitologi rumpun Indo-Aryan-Eropah ni sama.
1)MITOLOGI HERO DAN ULAR

Dalam mitologi Yunani ada kisah pasal Hercules vs Hydra. Kemudian, kita ada Zeus vs Typhon. Ini dua hero yang lawan ular dalam milotogi Yunani. Next, kita move on to Norse. OK, kalau korang pernah main God of War 4, kan ada scene
-Kratos jumpa ular besar Jormungandr tu kan? Haa, kalau versi ori, Thor ni hero yang lawan Jormungadr. Hindu ada apa? Ada dewa Indra vs Vritra. Parsi? Yang ni kena tengok agama Majusi. Yes, depa pun ada. Ahura Mazda vs Zahhak. Dia yang lagi menarik pasal persamaan ni ialah,
-semua hero tu sky god/thunder god, kecuali Hercules. Itu pun, Hercules ni anak Zeus.
2)DWI-PENCIPTA DAN ALAM

Dalam mitologi Majusi, alam ni dicipta dalam bentuk telur oleh Ahura Mazda untuk mengekang kejahatan Angra Mainyu. Kemudian, dia cipta Gayomard, manusia pertama dan seekor lembu. Namun, dua hidupan ni mati dibunuh Angra Mainyu tapi sisa mereka
-menjadi hidupan dan alam sekarang. Dalam mitologi Norse, ada cerita pasal hidupan pertama bernama Ymir yang melahirkan manusia. Kemudian, dewa2 Norse macam Odin guna sisa badan Ymir untuk membentuk bumi.
Dalam mitologi Hindu, ada cerita cerita pasal alam ni dicipta selepas Purusha, hidupan pertama dikorbankan oleh dewa untuk mencipta alam. Mengikut kajian pakar antropologi David W. Anthony, kalau kita susun balik mitos kosmogeni rumpun ni,
-selalunya melibatkan dua hidupan bernama YEMO dan MANU dan seekor lembu. Kemudiannya, Manu akan korbankan Yemo atay lembu dan alam dicipta. Kalau perasan la, Gayomard tu ada root letter YeMo, Angra Mainyu ada MaiNyU dan ada cerita pasal lembu.
-Norse pulak...well, YMir yang kena korban. Mitologi Hindu takde root word ni, tapi cerita dia lebih kurang macam Ymir.
3)BAHASA
Of course, mana lengkap kajian antropologi kalau takde kajian bahasa kan? Jadi korang pehatikan dewa dalam rumpun depa ni sebab bunyi lebih kurang sama. Root word dia DEUS PHATER (Sky Father). Greek panggil zEUS. Latin ada JuPiTER. Hindu ada Deva. Majusi ada DAEva.
Antara kitab suci Hindu ni ialah Rig Veda. Majusi ada Avesta. Hindu ada Bhagavad Gita, Majusi ada Ghata. Kitab Gita dan Ghata ni ialah kitab zikir/puja depa.
Perkataan tikus dalam bahasa rumpun ni semua root word dia MUS. MoUSe dalam English, MUS dalam Parsi, Perancis etc.
Oh ya, semua rumpun ni kaki perang. Tengok je la tamadun awal dunia. GG.

Sekarang, kita lompat pada rumpun Melayu. Kita ialah rumpun Austronesia. Austronesia ni natang apa?

Kalau rumpun Indo-Aryan-Eropah ni rumpun berperang, maka rumpun Austronesia ni pula rumpun pelayar purba
Kalau rumpun tadi asal dari area Parsi, rumpun kita ni pulak berasal dari selatan China/Taiwan dari kajian arkeologi. Namun, kajian DNA cerita kita berasal dari Asia tenggara. Setakat ni pengkaji masih debat pasal hal ni.
Teori Taiwan mengatakan kita berlayar dari Taiwan ke Benua Sunda (waktu Indonesia, Malaysia dan Borneo merupakan tanah besar) dan kemudiannya berlayar ke seantero dunia. Kalau ikut teori Asia Tenggara, kita ni based dekat Benua Sunda
-dan kemudiannya berlayar ke Taiwan dan seluruh dunia. Walaupun pakar masih berdebat, tapi fakta pelayaran tu masih ada. Dari dapatan ni, kita dapat bahagikan rumpun Austronesia kepada sub rumpun Melayu-Polynesia dan Formosan (Taiwan).
Malangnya, tak banyak kajian yang ada full pasal rumpun ni, so aku refer memori aku based on perbincangan dengan geng sejarah dan field trip aku ke kawasan orang asli.
1)UBI DAN KELAPA
Disebabkan rumpun Austronesia kuat berlayar, maka depa akan bawak makanan yang tahan lama. Disebabkan benda ni, korang pergi la mana-mana negara yang ada rumpun ni, mesti ada ubi taro dan kelapa. Ubi tu aku tak kisah sangat, tapi kelapa ni signifikan.
Habitat asal buah kelapa ialah Asia tenggara, tapi buah ni dah tersebar jauh sampai Madagaskar, New Zealand dan Hawaii. Apa persamaan antara negara ni? Penduduk asal depa semua ialah orang Melayu-Polynesia.
2)MITOS SKY FATHER DAN EARTH MOTHER

Dalam mitologi Austronesia, selalunya mitos dua divine beings ni disimbolkan dalam warna putih dan merah. Kesucian langit dan kekotoran tanah. Nak tau apa yang menarik tak? Motif ni ada dalam semua rumpun Austronesia. Kalau area Asia Tenggara
- motif ni dipanggil sang saka. Sang Saka Merah (Indonesia) dan Sang Saka Malaya (Tanah Melayu). Tapi yang menarik pasal motif ni ialah ia membawa kepada perumpamaan lelaki dan perempuan ni sama taraf dan bahasa rumpun ni takde male/female pronoun.
Sebab tu kalau kita tengok budaya orang kita sampai la orang Maori sana tu, semua ada pemimpin lelaki dan wanita yang power. Berbanding dengan Indo-Aryan-Eropah dan Afro-Asiatik, fokusnya adalah lelaki. Maybe sebab tu la kot aku suka perempuan power (aku masih single ya).
3)BAHASA

Sebab aku nak save ruang, aku hantar ni je. Juga, disebabkan kita ni rumpun pelayar, root word PRH selalunya merujuk kepada kapal. PeRaHu untuk rantau Melayu-Jawa, PaRaHu untuk orang
RUJUKAN:
P/S: Ni ialah orang Formosan ya. Sebijik macam Melayu, Dayak, Maori.
P/S 2: Satu lagi aku perasan pasal mitos Austro. ni ialah mitos burung garuda. Aku rasa ni cuma saduran daripada Hindu, tapi dalam Merong Mahawangsa garuda ni fokus utama, dan orang Maori pun ada cerita pasal garuda. Dua-dua cerita pasal garuda bawak lari orang.
P/S 3: Oh ya, semua rumpun Austronesia ada mitos pelayaran dan buruj, walaupun depa duduk jauh terperuk dalam hutan untuk beribu tahun. Contohnya, Si Tanggang.
P/S 4: Bab cari awek tu aku gurau weh jangan ambik serious hahaha 😂
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Ammar Akmal
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!