, 16 tweets, 4 min read Read on Twitter
SEJARAH MARTABAK: BAWANG JERUK ATAU KARI, ATAU ENAK DIMAKAN BEGITU SAHAJA

Martabak, atau murtabak merupakan makanan kegemaran orang ramai terutamanya pada bulan Ramadhan. Juadahnya yang mudah dan enak, menjadikannya makanan pilihan ramai orang.
Martabak berasal dari perkataan Arab, 'mattabaq' yang bermaksud 'lipat'. Ianya popular dari kalangan imigran Kerala yang tinggal di sana. Pun begitu, di Kerala, tempat asal usul barrota (atau roti canai), versi di Yaman ini meletakkan inti daging kambing di dalam lipatan roti.
Dalam bahasa Kerala, ia dipanggil 'mutabar'. Muta bermaksud telur, sementara bar pula ringkasan dari perkataan barotta bermaksud roti.

Di Kerala dipanggil barotta, sementara di kawasan Tamil dipanggil prata dan sampai di Malaysia ia dipanggil roti canai.
Dengan meletakkan daging cincang, bawang, cili, dan digaulkan dengan telur, ia menjadi juadah yang digemari oleh masyarakat tempatan di Yaman.

Apabila mereka ini tiba di Semenanjung Malaysia, mereka membuka warung kecil dan martabak menjadi kegemaran ramai di Malaysia.
Di Malaysia dan Singapura, ada pelbagai jenis martabak yang digemari ramai. Di Singapura ada martabak Singapura yang ada inti daging di luar roti itu.
Di Malaysia, ada pelbagai jenis martabak seperti Martabak Mengkasar yang popular di Pekan, Pahang. Sementara di Kelantan pula, Martabak Raja pula yang popular.
Martabak Mengkasar berasal dari Kampung Mengkasar, Pekan, yang merupakan makanan kegemaran Tuanku Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar.

Martabak Mengkasar merupakan martabak yang disalut telur.
Martabak Raja di Kelantan pula intinya lebih tebal dan berlapis-lapis seperti lasagna.
Bagi martabak biasa kita makan itu, biasalah ia macam roti canai yang berinti daging. Pun begitu ada juga orang meletakkan inti sayur dan sardin.

Martabak sardin jarang dipanggil martabak tetapi ia dipanggil roti sardin walaupun ia memenuhi ciri-ciri martabak.
Ada juga martabak Maggi yang berinti mi segera tapi yang itu merupakan fusion makanan moden dan tradisional.
RESIPI MARTABAK

Untuk roti:

4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cawan)
Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.

Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hingga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit.
Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.

Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.
INTI MURTABAK

300g daging cincang
Bawang besar dipotong dadu Bawang putih dipotong dadu
Serbuk rempah kari
Garam+gula secukup rasa
1 bawang dipotong nipis
6 biji telur
Tumis bawang besar, bawang putih yg di dadu.

Masukkan daging cincang dan rempah kari.

Masukkan garam dan gula, masak hingga kering.

Setelah siap, matikan api dan sejukkan.Bila daging sudah suam, campurkan telur dan bawang.

Kacau hingga sebati.
Kibarkan doh roti ( sapu minyak sedikit) atau tarik nipis, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.

Goreng dgn api perlahan hingga masak.

Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah, kari, atau makan begitu sahaja.

Selamat mencuba.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Eleena M.
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!